nuffnang

NUFF

Rabu, 28 Disember 2011

REVIEW: KAD DEBIT MY CASH-i RHB

Di sini aku nak review la sikit pasal kelebihan dan kelemahan yg ada pada kad debit my cash-i rhb. Aku baru je guna kad ni dlm seminggu. Aku tukar kad atm lama kepada kad debit. Tak sampai setengah jam berurusan di kaunter rhb cawangan dungun, kad itu sudah siap siaga berada di genggamanku.


Sebagai langkah keselamatan, aku terus tukar temporary pin number dan terus membuat cubaan keluarkn duit melalui mesin atm. Berjaya. Seterusnya, aku godek-godek lagi mesin atm tu dan hasilnya kad debit ni tiada bezanya seperti kad atm aku sebelum ni; dpt beli top up thru atm, dpt byr bil dan sebagainya..

Kad debit ada 2 jenis yg aku tahu stakat ni. Jenis pertama, kita perlu reload/isian semula dgn memindahkn sejumlah wang dari akaun bank atau menggunakan mesin auto-cash. Manakala, jenis kedua adalah seperti kad debit cash-i ni yg mana ianya umpama kad atm biasa yg berkeupayaan sbg kad debit. Bermakna,kita tidak perlu reload kerana access pengeluaran wang dari akaun disambung terus pada kad ni..


Kelebihan kad debit my cash-i

§ Berfungsi sbg kad debit biasa. Tidak perlu membawa wang di tangan dgn jumlah yg besar utk membeli belah @ berbelanja.

§ Membeli barang-barang secara online kerana kad debit ni support visa/mastercard (ingat: bukan semua, sesetengah menyediakan transaksi kad debit)

§ Kita tidak berhutang bila berbelanja, tidak seperti kad kredit.

§ Kad ini menyediakan rebet. § Pengeluaran tunai masih boleh digunakan pada mesin atm selain rhb yg support MEPS dgn sedikit caj (rm1 setiap pengeluaran tunai)

§ Rhb kadang-kadang menyediakn promo & contest utk kad debitnya. Untung-untung boleh menang tv led! Takpun dpt voucher percuma.


Kelemahan kad debit my cash-i

§ Amat bahaya kepada golongan yg boros berbelanja. Habis la duit simpanan korang! Kalau jenis kad debit reload, terancang sikit expenses korang, malangnya kad ni sebaliknya..

§ Transaksi online melalui kad debit lebih berisiko berbanding kad kredit. Jgn mudah terpedaya terhadap scam & mendedahkan maklumat kad debit. Ingat, kad debit ni ada access terus ke akaun simpanan/semasa!

§ Caj tahunan agak mahal iaitu rm20. Transaksi di luar negara juga agak tinggi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...