Hari ni, bermula episod aku menjadi seorang pembakar semangat. Hampir-hampir setaraf ketua pasukan sorak. Hehe.. kenapa? Percutian yang seharusnya best ni diuji dengan perangai adik aku yg kurang 'stamina' ni.. Dia asyik merungut katanya letih.. pastu lenguh berjalan.. pastu nak duduk-duduk je.. pastu nak rehat-rehat.. tak larat. Fuhh, jenuh aku suntikkan semangat kat dia ni.
Seperti yg dijanjikan (mahu guna khidmat en.Bob lagi), dia datang lebih awal dengan SUV berseorangan. Kami diangkut masuk ke perut kereta dan berbual-bual mesra seperti biasa. Dia mula memberi beberapa cadangan untuk aktiviti sepanjang hari itu. Aku ikut aje, dan ada juga aku pinda sikit (kena ikut mood adik aku yg keletihan ni).
Tempat pertama dituju adalah nusa dua. Pergi ke pantai.
Lepas tu ke Tanah Lot
Makan tengahari, kemudian ke denpasar. Pegi ambik barang yang diorder kelmarin.
Pegi Kuta. Round kedai & Matahari. Jenjalan kat pantai Kuta. Depan Hard Rock Cafe. Then, Makan McD.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan