Sebenarnya tak perlu nak persoalkannya pun.. Allah sudah tetapkan perjalanan kehidupan kita tetapi ianya masih bergantung kepada usaha, tawakal dan doa seseorang. Bagi aku nikmat yang dikurniakan-Nya sudah menggambarkan hidup aku cukup bertuah. Nikmat sihat tubuh badan, tiada cacat, tidak fakir dan yg penting nikmat iman. Syukur aku dilahirkan sebagai islam.
Tak pernah aku bayangkan sebelum ini akan menjawat sebagai seorang guru dan ditempatkan di sekolah yang jauh di pedalaman. Kenapa memiliki ijazah kejuruteraan kimia dari universiti ternama tidak memilih profesyen sebagai engineer? Hampir semua coursemate ku bergelar sedemikian dan mudah pula ditawarkan jawatan itu? Jawapan ringkas, Takdir! Namun, ada hikmahnya dan aku sudah menemuinya sedikit demi sedikit.
Jika aku bukan seorang guru;
mungkin sikap & kelakuanku tidak seindah sekarang,
mungkin menjadi jurutera yang terlalu sibuk dan tiada waktu senggang,
mungkin tiada sahabat berhati mulia,
mungkin lalai pada kerakusan dunia,
mungkin terkial-kial mencari kerja sempurna,
mungkin menyusahkan keluarga dan ibubapa,
mungkin tidak seberapa gembira,
banyaknya mungkin...
Bertuah dapat menjejak kaki ke negara orang. Kalau tak duk sarawak dan 'terbiasa' dengan kapal terbang ni, rasanya takde r travel & visit ni semua.. (gambar: borang departure & arrival yg perlu diisi sblm melepasi imigresen Laos)
yang pasti, aku merasa naik kapal terbang dan membuatkan diri ini suka travel sorang-sorang. Hahaha. Pelikkan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan