Okey, tahun ni boleh dikatakan sebagai pembuka minat aku untuk mengembara dan menjelajah tempat-tempat menarik & pelancongan. Tambahan pula, ada satu 'faktor' yang membuatkan aku lebih terdorong untuk meneruskan aktiviti ini. Tak perlu la aku perjelaskan 'faktor' itu, kerana jika ianya dibongkarkan di sini pasti menimbulkan ketidakselesaan beberapa pihak.
Tahun ini diwarnai dengan pelbagai destinasi pelancongan dalam dan luar negeri. Hampir setiap bulan, aku menjelajah dan mengembara. Semuanya bercirikan budget traveller kecuali pakej umrah yang aku sertai.
Tak sangka, salah satu azam aku pada tahun ini tertunai juga dan memberi kepuasan kepada diri sendiri! Siapa kata orang kaya je boleh melancong? Aku yang tergolong dalam golongan sederhana pun berupaya juga.. cuma tak mewah la. hehehe
Perancangan perlu teliti untuk menjayakan siri travelling aku ni. Bayangkanlah, aku duduk di sarawak, kawasan agak terpencil dan jauh dari airport. Cemana aku boleh manage yea?? hehe.. Perkara yang paling rumit apabila mahu ke luar negara, macam-macam kena fikir dan perlu dipertimbagkan. So, sini tips travelling aku:
1) Kalau ada tiket flite promo, mesti kena alert & cepat2 grab!
2) Oleh kerana aku seorang guru, waktu cuti terhad (cuma ada7hari je cuti tahunan,CRK) jadi gunakan sebaik mungkin cuti sekolah, kebanyakannya aku guna cuti umum yang bersambung dengan cuti hujung minggu!
3) Buat homework sikit tempat yg hendak dilawati (search internet, baca buku etc)
4) Kuatkan semangat & stamina (as solo traveller cam aku!)
5) Rancang tabungan travelling sendiri
Aku suka travel sorang-sorang. memang ada positif dan negatifnya. So, pandai2 la kita hapuskan perkara negatif ni jika travel secara sendirian.. banyak yang aku boleh celoteh pasal semua ni, tapi letih pulak mata nak ngadap pc lama2 ni. Ringkasnya baca la rentetan travelling aku sepanjang tahun 2011 ni.
Januari :
*Ke Taman Negara Bako
*Aku buat passport antarabangsa
*Mencuba penerbangan bersama Firefly (route baru kch-kul-kch & kapal terbang model baru) yg baru beroperasi selama seminggu!
Februari :
* Kampung budaya, kuching sempena Tahun Baru Cina.
* Mengunjungi Kota Kinabalu menaiki pesawat MAS. Fokus pada pulau-pulau sekitar KK.
Mac :
* Bawak mak, ayah dan dua org adik cuti-cuti sarawak, bermula dari sibu then ke saratok pastu terus ke kuching, pusing-pusing kuching (gi serikin, waterfront, pasar minggu satok dll) kemudian patah semula ke saratok, jelajah sarikei dan round bandar sibu.
* Sekali lagi aku jalan-jalan ke kuching (sorang-sorang pulak) - pertama kali jejak ke Taman Sahabat.
April :
* Ke Bintulu secara bersendirian, memang dah target untuk trekking di Taman Negara Similajau. Puas hati!
* Repeat ke Kota Kinabalu (pada cuti Good Friday). Kali ni tertumpu ke arah hutan. Naik jambatan Tamparuli, singgah kat Pekan Nabalu, pergi Memorial War, Naik jambatan gantung kat Poring dan mandi hotspring, serta meneroka kaki gunung di Kinabalu Park. Rasa nak ulang lagi trip ke kota kinabalu ni.
Mei :
* Sempena cuti hari pekerja, pergi ke Medan (lebih tepat menyaksikan keindahan Danau Toba yg terletak kira-kira 5jam dari Medan).
* Pergi Langkawi di penghujung bulan 5 dengan adik-adikku. Aktiviti: shopping, naik kereta kabel, makam mahsuri, padang matsirat, kolam air panas, galeri perdana, pantai dan menikmati makanan.
Jun :
* Pi Umrah. First time naik long-haul flite. Naik MAS. Ada dua kali meals. hehe.. Kalau boleh nak repeat lagi pergi umrah. Rasa sangat tenang. harap-harap dapat repeat sekali lagi dalam masa terdekat. Nak pegi dengan family pulak ~Amiin~
Julai :
* Kali ni ada travelmate! Pegi short trip ke Penang. Sewa kereta kat Hertz. Musim durian masa tu! Seronok pulak bila pergi berteman.
Ogos :
* Starting bulan puasa. Pergi Kuching dan Sibu. Borong kek lapis dan shopping baju raya.
* Try berbuka puasa secara mewah di Hotel Merdeka Palace, Kuching. hehe.
September :
* Balik kampung (Terengganu). Apalagi beraya sakan la..
* Travel sensorang ke Laos. Negara yg jarang orang pegi tapi aku pegi jugak!
Oktober :
* Gi pusing-pusing Kuala Lumpur & Genting Highland. Pergi dengan sorang kawan. Layan Outdoor Theme Park, Genting. Kebetulan, ni lah flite terakhir aku bersama Firefly boeing-747 (kerana tiada lagi operasi Firefly Kch-Kul atau Sbw-Kul).
* Bawak sepupu aku jenjalan sekitar kuching. Ambil dari Airport Sibu dan hantar pulang juga ke Airpot yng sama. korang tahu tak yang dari sibu ke kuching mengambil masa kira-kira 7 jam perjalanan menaiki kereta! aku drive sorang je..
November :
* Balik kampung sambut hari raya haji
* Trip lawatan sekolah ke Sibu
* Pulang ke Terengganu (cuti sekolah)
Disember :
* Penghujung Nov hingga awal Dis, bercuti ke Bali bersama adik bongsu ku. kami berdua.
SAlam... tahniah sebab punya minat yg unik.. solo backpacker.. minat yg sama dgn saya..
BalasPadamEncik patut cuba Hatyai-Krabi-Phuket.. Uji kemampuan solo backpacker