nuffnang

NUFF

Selasa, 27 Disember 2011

TRAVEL: BALI, INDONESIA [PART4]

Hari keempat (1 Dis)

Hari ni adalah hari terakhir di sini. Flite kami tengahari. Check-out pukul 10.30 dari tune hotels legian. Sebenarnya sempat je kalau ambik half day tour tapi adik aku mmg tak sanggup lagi nak jalan-jalan. So, pagi tu aku bersiar-siar sekitar pantai legian. Agak jauh jugak la kaki aku menapak. Mungkin dlm 1.5km. Tapi tak sampai-sampai jugak ke pantai Kuta. . aku 0atah balik ikut jalan raya. Masa tu kedai banyak tak bukak lagi. Kalau ada pun restoren hotel & rumah makan yg ternama pagi pelancong asing.

Singgah kat Circle-K (macam seven-E) utk beli air. Puas menghirup udara segar. Aku main kat gigi air. celup-celup kaki. bosan. hahaha.. kat pantai legian ni aku jumpa beberapa sekolah belajar surfing. Kalau korang nak main papan luncur kat sini, cari je kat sini. Dalam sejam training, dah dapat merasa pengalaman ni..






Tunggu kat lobby. Airport transfer dah tempah awal-awal lagi. Kat Tune pun ada airport transfer ni. Murah jugak. Kalau pegi beramai-ramai untung sikit berkongsi sebab caj airport transfer base on sebuah kereta.


Kami tiba kat airport agak awal jugak la. Tapi barisan drop luggage lembab.
Happy je adik aku kat airport sbb tak payah letihkan kakinya lagi.. eee geram rasanya.

Balik terengganu naik kapal terbang gak. Flite kul 8 mlm. Ayah jemput kami kat airport sultan mahmud.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...