nuffnang

NUFF

Sabtu, 30 April 2011

TRAVEL: MEDAN, INDONESIA

Aduh.. Macam2 perasaan aku sekarang. Paling menebal, berbaur rasa takut & gelisah. Aku travel sorang2 je ni, tak pasti arah tuju bila sampai sana. Kira gamble aje la.. Aku tak pernah rasa begitu gelabah teramat-amat, tapi aku dapat rasakan dup dap,dup dap yang tak henti2. Biasanya, aku prepare dulu bila nak pegi kemana-mana walaupun sedikit. Tapi, kali ni tak. Penginapan tak book, dan aku tawakal je nanti.

Skrg ni, aku masih kat lcct. Rancangan pertama aku sebaik smpai airpot polonia, medan nanti..terus ke information centre. Harap2 nampak sikit jalan ke sana..
(akan disambung lagi)

Bas ekspress ke Parapat

Hujan selepas 3 suku perjalanan

Ada 'pantai' di danau toba!

Bot kecil dan pemandangan di danau toba

Inilah Ciptaan-Nya. Indah.

Masjid Parapat, berhampiran pintu gerbang

Hotel penginapan ku. Katil double. Aku datang single je. hehe.

Ringkas. Tapi selesa.

Layan je citer indon, agak lewat jugak aku tidur sbb tengok tv

Bilik air je yang agak 'kureng'

Seluas mata memandang.

Dari atas feri, sebelum bertolak

Pelabuhan/jeti Tiga Raja dari kejauhan

Kerusi besi. Ruang terbuka.

Ruang bahagian dalam feri






Rumah tradisi kaum batak

Kat area Tomok, pulau Samosir

Makam

err.. lupa dah persembahan ni. ditutup kain. nak tengok sila bayar okeh!





Pintu masuk muzium





Kedai-kedai di sepanjang sewaktu menuju pulang ke pelabuhan/jeti Tomok

Pelabuhan Tomok

30 APRIL 2011 (first day)
Sebelum naik flite, kat waiting/departure hall lcct, aku ambil kesempatan mengecas henset dulu (memang sudah ada tempat khas di situ). Siap ada wifi free lagi. Flite QZ8051 yg aku naik merupakan di bwh AirAsia Indonesia. Penerangan keselamatannya dlm bahasa indonesia (& bhs inggeris). Peramugarinya orang indonesia. Di dlm flite. Penumpang di minta mengisi borang, nasib baik aku ada terbawak pen dlm beg. Sebarang pembelian makanan atau cenderamata boleh dibeli dalam matawang rupiah.

Kat Airport Polonia,Medan.
Di sini benar-benar muncul kesulitan yg aku igaukan sblm ini. Sampai je, aku terus beratur mengikut line yang ditetapkan. Tiba-tiba kedengaran seorang pegawai memanggil-manggil rakyat malaysia supaya mengisi satu lagi borang. sekali lagi kena isi borang(arrival&depart). Sudah membazir masa kat situ. Hampir 5minit aku dah beratur tau! Ini baru halangan kecil. Ok. Kemudian aku beratur lagi. Setibanya aku kat kaunter imigresen, terasa tak sedap hati. Rupanya betul. Pegawai imigresen mintak bukti yang aku akan berada di Indonesia selama 2hari. Aku pun tunjuklah itinerary tiket pegi-balik melalui henset. Tapi dia takmau. Dia nak tengok yg print-out copy punya. Pastu dengan selamba je dia reject aku dan suruh jumpa sorang pegawai keselamatan kat situ. Sempat juga dia mintak tip kalau nak settlekan semua tu cepat. Tapi aku tak mahu. Aku takmau menyokong rasuah ni. Then, aku rasa terkapai-kapai tapi tak mahu menyerah kalah. Lama jugak la aku tunggu. Dekat 10min. Akhirnya pegawai keselamatan itu menyuruh aku jumpe ajen AirAsia yg berada kat airport itu. Jadi, ajen itu(org malaysia yg bekerja ngan AirAsia) mintak nombor booking & 2minit kemudian aku sudah berjaya dapatkan print-out itinerary aku. Dan beratur sekali lagi..aduh!

Sebaik melangkah keluar daripada airport. Mak aii.. Ramai nya orang menawarkn perkhidmatan pengangkutan. Aku buat taktau je bila ditegur. Dalam otak aku, kena cari kaunter informasi dulu. Yes, jumpa juga kat airpot tu. Aku pun bertanyalah macam-macam kat situ. Tujuan utama aku: mahu ke danau toba! Memang teringin sangat mahu ke situ sejak belajar geografi masa sekolah dulu-dulu.

Aku memilih menaiki bas mini(van je sbnrnya, diorang sebut "angkut"). Aku tunggu kat bas stop berdasarkan pandu arah yg diberi oleh makcik kat kaunter informasi. Keluar dari airport, ada roundabout dan nampak traffic-lite. Pegi ke arah lampu isyarat itu sejauh kira-kira 100m. Setibanya kat situ, ada simpang 4. Bus stop berada di sebelah kanan simpang. Ambil bas mini ke Amplas. Amplas adalah stesen bas bandar ke tempat-tempat jauh di sumatera utara. Aku mengambil bas ke Parapat. Ongkos kedua-dua pengangkutan; bas mini - 40ribu rupiah, bas ekspress - 22ribu rup. Aku rasa mcm musykil je harga bas mini(angkut) itu, sedangkan bas ekspres ke parapat lagi jauh perjalanannya!

Bas mini(angkut) ni memang ganas, mencilok sana sini. Hon asyik berbunyi je. Orang kat sini memang dah jadi kebiasaan bunyikan hon kalau nak memotong kenderaan lain. Pastu memang tak ikut peraturan sangat. Nak berenti, ikut suka hati mak bapak diorang je. Sepanjang ke Amplas, byk kali juga orang turun naik. Dah la kadang-kadang pemandu ni brek mengejut. Rasa nk tercampak keluar je rasa! Sampai je kat Amplas (lebih kurang 15minit perjalanan), ada sebuah bas ekspress yg mahu ke Parapat hendak bertolak. Aku dengan segera naik bas itu. Bas tak seindah yg disangka. Nama je bas ekspres, tapi berenti-renti jugak. Betul ke bas ekspres yg aku naik tu? Nama bas itu Sejahtera. Pemandu bas mini(angkut) yg cadangkan aku naik bas ekspres itu. Sungguh kurang selesa dlm bas. Nasib baik dpt tempat duduk. Ada gak org yg kena berdiri!

Perjalanan 5jam ke parapat membuatkan aku berpeluh-peluh dan rasa berkematu punggung. Aircond terpasang, tapi tak rasa ape-ape. Mujur hari hujan setelah 3suku perjalanan. Pemanduan diorang teramat la hebat. Kagum aku. Lorong satu lane dah jadi macam 2 lorong. Disebabkan aku letih giler, tertido juga aku pada awal perjalanan. Tersenggok-senggok. Setiapkali lalu je kat bandar-bandar kecil, memang hingar teramat bunyi hon! Cemana diorang boleh tahan ek? Apabila semakin menghampiri parapat(bandar di tepi danau toba), bas mula mendaki kawasan berbukit. Ada gaung kat tepi jalan raya. Gentar juga hati terasa. Mana tak nya, dah la bas asyik mencilok & slalu memotong lori.. At last, sampai juga aku ke Parapat.

Sampai di parapat, terus aku mencari tempat menginap. Dapat juga hotel murah. Sebenarnya banyak hotel murah kat sini. Nak yang berbintang-bintang pun ada! Hotel aku diam tu namanya Hotel Sedayu. Biliknya kira okey, ada tv, ada bilik air, ada almari & tidak terlalu sempit. Harganya 149 ribu rup. Petang itu, aku keluar jap, jalan2 sekitar hotel dan pegi tengok danau toba. Jalan kaki je. Sempat juga beli simkad indon. Prepaid simPATI. Dengan isian pulsa(kredit) 15rb rp. Harganya simkad itu keseluruhannya, 27rb rp.
Aku tak makan pun kat parapat pada hari tersebut. Aku dah siap bawak bekal roti yang dibeli di LCCT.

**Update 18okt**
Okey.. disambung kembali selepas ditinggalkan sekian lama. huhu.

Makan malam aku cuma roti aje. Ingat nak makan kat sekitar pekan parapat tu. Memandangkan hari semakin gelap, aku lupakan hasrat tu. Sebenarnya banyak juga kedai makan (rumah makan <--orang sana sebut), tapi rumah makan halal aku tak berapa pasti berapa banyak yang ada.

Aktiviti pada waktu malam tu, aku cuma tengok tv dan tidur sepuas-puasnya. ahaha. Simpan tenaga la. Lagi pun lenguh jugak kaki aku pergi ke 'pantai' danau toba petang tu. Oh ya. lupa nak citer pasal 'pantai' tu.. disebabkan kawasan itu berpasir dan dikunjungi oleh ramai orang, dinamakan sedemikian. Pantai di tepi tasik, pelik bukan? hehehe.. dan sebelum aku tidor, sempat la menelefon mak kat malaysia guna simkad yg aku beli tuh. Lama jugak la. lupa pulak kadarnya.

1 MEI 2011 (second day)
Pengembaraan aku secara sendirian ini cuma mengambil masa 2 hari sahaja. Jadi semuanya perlu tepat dan tidak membazir waktu. Fokus utama aku sebenarnya nak menatap danau toba sahaja di samping melakukan aktiviti yang manfaat sepanjang berada di sana.

Pagi aku dimulakan dengan breakfast (termasuk dalam pakej penginapan). Aku dihidangkan dengan nasi goreng. Seperti biasa, aku yang cerewet pasal halal haram terus tanya receptionist kat kaunter sama ada halal atau tak. Katanya halal lagipun tukang masaknya juga beragama islam. Risau juga aku. lagi pun kebanyakan penduduk parapat ni berbangsa batak. Orang batak jarang beragama islam. Nasi gorengnya biasa-biasa saja rasanya.

Sekali lagi aku pegi ke kaunter meminta bantuan agar dapat ke pelabuhan (jeti). Rancangan aku pada hari tersebut ingin merentasi danau toba nan indah dan ke Tomok, pekan kecil yang terletak di pulau Samosir(tengah-tengah danau tu). Aku sengaja berurusan dengan penjaga kaunter hotel agar tidak mudah ditipu. Pekerja hotel tu menahan sebuah mini van (angkut) dengan bayaran murah (aku lupa dah harga tambangnya) dan seterusnya membawa aku ke pelabuhan Tiga Raja. Di situ aku naik feri. Kalau tak silap aku, tambang feri sehala cuma 7 ribu rupiah je. Kat atas feri aku memang tak duduk diam. Suasana sungguh mendamaikan. Aku tak habis-habis snap gambar..sebanyak mana pun gambar yang aku ambil, takkan sama berbanding apa yang dilihat! Danau pula kelihatan berombak-ombak, langit cerah membiru dan pemandangan sungguh cantik! Ya Allah, indah nian ciptaan-Mu.

Sampai sahaja di Pulau Samosir itu (jeti Tomok), aku bergegas untuk menjelajah kawasan sekitarnya. Ramai betul umat manusia kat situ. Dicelah-celah kesibukan itu, aku redah sambil menjeling-jeling kedai menjual barangan cenderamata. Untuk pengetahuan semua, laluan sepanjang jeti menuju ke muzium, kiri kanannya dipenuhi dengan kedai-kedai. Aku tidak mahu bazirkan waktu lalu terus ke muzium, kemudian ke makam dan beberapa tempat menarik di sekitar Tomok tu. Puas menjelajah, baru lah aku membelek-belek cenderamata yang dijual. Kena pandai tawar menawar tau. Mereka (penjual) suka ambil kesempatan. Sengaja letak harga tinggi. Kadang-kadang memperdaya pelanggan dengan menyatakan harga 'termurah' mereka. Jangan percaya sangat. Bandingkan terlebih dahulu dengan kedai lain. kat tomok ni, jalan kaki je.. kalau nak pusing-pusing jauh boleh sewa motorsikal (tapi aku takde/kesuntukan masa nak cuba!)

Disebabkan pengembaraan aku berkonsep ala-ala backpacker (memang backpaker pun..hehe), jadi borong-memborong tu jauh panggang dari api la. No shopping-mopping. Aku cuma beli keychain dan beberapa item sebagai cenderamata je. Lupa pulak harga barang-barang tu (ye laa..dah berapa lama aku tak update cerita kat Medan ni). murah jugak sbb aku pandai tawar. Setengah hari aku pusing-pusing area ni. Then, aku cepat-cepat pulang ke jeti. Flite aku pada malam nanti. takut gak terlepas..

Tengahari, feri(bot) mula menghantar aku ke Parapat semula. Kekerapan feri macam banyak juga, hampir setiap setengah jam ianya membawa penumpang. Tapi ianya bergantung kepada kawasan tertentu. Feri yang aku naik mungkin sejam sekali kot kekerapannya. Setiba aku di jeti Tiga Raja, aku ambil angkut dan pulang ke hotel semula. Di situ aku check-out dan makan tengahari. Eh, aku lupa nama kedai tu, makan nasi padang. Banyak lauk dihidangkan atas meja dan makan je yang sesuai dengan tekak. lauk yang tak diusik tak dikira dalam bil. Puas makan dan usai bersolat di masjid parapat, aku kena cari pengangkutan untuk kembali semula ke Medan, untuk ke airport.

Rancangan asal aku mahu naik bas utuk kembali ke Medan, tetapi memandangkan masa semakin suntuk. Aku cuba mencari alternatif lain. Di masjid parapat sebelum ni, aku cakap-cakap dengan penduduk setempat mencadangkan aku kembali semula ke jeti Tiga Raja. Di situ ada agen pelancongan yg menyediakan pengangkutan kereta/mpv terus ke Medan. Jadi aku tak ragu-ragu dan terus ke sana. Nasib menyebelahi aku kerana sebuah MPV Kijang memerlukan beberapa penumpang utk bergerak ke Medan. Selepas berbincang dengan, pengusaha itu sanggup menghantar aku terus ke airport polonia, medan. Hooray! Tambangnya kalau tak silap aku 60 ribu rupiah. Bersama-sama dengan 3 pelancong asing(omputeh semuanya) & 2 warga tempatan, MPV yang dinaiki aku bertolak agak lewat kira-kira jam 3petang (sbb tercari-cari penumpang lain). Tak kisah la, aku tiba di lapangan terbang menghapiri pukul 8malam dan Alhamdulillah, masih sempat utk check-in..

Setibanya di airport, perut terasa sedikit lapar. Berbekalkan makanan ringan yang dibeli ketika persinggahan sementara (ntah, aku pun tak pasti kat mana MPV ni singgah), sekurang-kurangnya dapat dijadikan alas perut. Insiden di airport: pegawai imigresennya sempat lagi mintak tips (dia mintak duit Malaysia, katanya sebagai kenang-kenangan), tapi aku tak beri pun biarpun senyumannya semanis madu. hahaha. Bayar cukai airport (kalau aku tak lupa) 75 ribu rupiah. Sori kalau silap. Kat airport, aku call lagi mak kat kampung, sengaja habiskan sisa kredit(pulsa). Flite tiba pada masanya. Aku tiba di Kuala Lumpur lewat malam. Tak sabar menunggu hari esoknya sehingga sepanjang malam kat Lcct aku tak tido pun. Dan destinasi aku seterusnya, pulang ke Sarawak .. tempat aku mencari rezeki di mana dengan penerbangan awal pagi ke kuching(2 Mei 2011)

Puashati la pengembaraan aku ni. Ni la first time aku jejak kaki keluar negara secara solo. Sebelum ni pernah la gi singapura, itupun ketika aku masih belajar kat UTM skudai dulu-dulu. Pegi in group, buat pas lawatan berkumpulan..


8 ulasan:

  1. Jurney sorang2.. Bagus2! Jauh Perjalanan, Luas Pemandangan.

    BalasPadam
  2. bestnyer..sama kepala kita dua...nanti nk pi mana ajak saya sekali...heheheheh sy guru di lundu,kuching..asal penang..0194341814

    BalasPadam
  3. Best baca blog trip medan ni..next week ktorg 3 dara pinggitan pun nak gamble sndiri ke medan...bole jugak bantu ktorg kat sana nnti...

    BalasPadam
  4. thanx sbb baca blog yang tak seberapa ni.. actually, citer pasal medan ni tak habis lagi. hehehe. malas nak sambung. asyik tertangguh je.

    BalasPadam
  5. update la part medan ni.hehe.info yg ada ni pun sdikit sbyk bole mbantu jg sbgai panduan kat ktorg

    BalasPadam
  6. Dah disambung kisah pengembaraan ni. Sila la baca, banyak yang dah lupa. maaf utk part yg lupa tu..

    BalasPadam
  7. Salam Cikgu...
    Terima kasih atas perkongsian... Saya juga berhajat utk ke Medan pada September ini. Kalau ade sambungan cerita, sila la sambung ye :)

    BalasPadam
  8. Salam. Hee mencabar juga layan korupsi indon itu.

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...