nuffnang

NUFF

Khamis, 30 Disember 2010

AZAM TAHUN 2010 (DAH SETTLE?)

Tahun 2011 dah nak muncul jadi aku nak citer sikit pasal azam aku untuk tahun ni (yang berbaki beberapa hari lagi). Okey, sebenarnya aku ada 3 azam yang besar pada tahun ni.. dua daripadanya dah tercapai, cuma satu lagi yang belum.

Azam yang pertama dah tercapai dengan agak jayanya. Lihat sahaja aku, saiznya dah menyusut! anyway, aku tengah maintain dengan berat badan sekarang ni. Taknak terlalu kurus dan terlalu berisi (cuma bila balik kampung aje, makan macam tak hengat dunia!!).

Azam yang kedua pulak agak lewat sikit nak dimakbulkan. huhuhu. Hasrat aku takmau menyusahkan & menumpang orang lain ke tempat kerja dah jadi kenyataan. Dengan terbelinya kereta, memudahkan aku nak ke mana-mana. hehehe.

Azam yang ketiga ni amat personal (ye ke? padahal biasa2 je, baru nampak cam suspen sikit). Hmmm, susah sikit nak citer kat sini. Apepun mungkin aku kena terus berdoa dan berusaha lagi..

--------@@@
Actually banyak lagi azam aku yang kecik-kecik, tapi malas la nak bagitau.. kalau korang nak azam jadi kenyataan, sila baca tips yang terlintas dalam kepala hotak aku ni:

Tips membina Azam (for New Year Wish-maker)
1) Kena pasang impian terlebih dahulu..
2) Pastu berusahalah ke arah impian tu dengan menanam kata-kata semangat (sampai termimpi-mimpi lagi bagus! huhuhu).
3) Kemudian, letakkan tanda aras supaya senang nak target.
4) Rancang step by step azam korang supaya nampak lebih realistik. Jangan hanya sebut di mulut dan benamkan azam korang dalam hati je, tak ke mana-mana la jawabnya!

Azam aku untuk tahun depan apa ek?? :-)

Isnin, 27 Disember 2010

HOTEL MURAH/BAJET KAT KUCHING

Kali ni aku nak ceritakan pasal hotel-hotel murah kat kuching yang pernah aku bermalam. Takde la murah sangat, tetapi berbaloi dengan harga la..Sebelum tu (aku nak cerita jugak) aku juga pernah menginap kat hotel bajet (memang cikai giler) kat area kuching tu.

Medan Pelita, Kuching
Hotel-hotel bajet
Kalau korang nak cari hotel bajet ni kat area Kuching ni, berlambak sebenarnya. Hmmm..tapi aku suka pilih kat area Hotel Harbour View (hotel HV) tu. Depan Medan Pelita, bersebelahan/belakang hotel HV. Hotel kat situ murah bangat, semurah rm30 pun ada! Dekat aje ngan waterfront kalau pilih hotel bajet kat area ni. Ada 3 buah hotel bajet yang aku pernah stay kat area tu. Dua daripadanya aku dah lupa namanya. Salah satu hotel tu, toilet/bilik mandinya teramat la teruk. Bocor. Air siap mengalir masuk bawah katil tu..hahaha. Bau pun kurang menyenangkan. Satu lagi hotel tu, so far conditionnya so-so aje. Namanya hotel bajet kan.. hotel yang seterusnya ni, aku ingat namanya. kalau tak silap Kuching Hotel. Betul-betul bertentangan dengan Medan Pelita. Dah banyak kali aku menginap kat situ. Aku selalu ambil bilik yang takde aircond & shared-bathroom. Memang murah. 30 hengget je. Biliknya luas tapi takde tv la..

Di kesempatan ni, aku nak bagi tips cari hotel bajet:
* Jangan cari hotel bajet yang letaknya di ceruk-ceruk kawasan.
* Pilih bajet hotel yang tidak terlalu usang/lama. Biasanya perabot/kemudahannya amat uzur.
* Sila jenguk-jenguk bilik terlebih dahulu sebelum book. check katil, lantai, peralatan dan kemudahan lain di dalam bilik. Request aje kat receptionist sblm booking, InsyaAllah memang dia bagi kita tengok-tengok bilik tu dulu. lawat dulu beberapa bilik lain dan bandingkannya.
* Elakkan pilih bilik berkarpet. selalunya ada bau yang kurang enak. kalau ada aircond, lagi hapak kot. tapi tak semua seteruk macam tu. berwaspada lah.

Waterfront, Kuching

Tinggalkan dulu cerita pasal hotel bajet dan murah tu dulu. Okey cerita lain pulak. Dua hotel yang akan aku cerita ni (kat bawah ni) bukan hotel bajet, tapi agak kompetitif dari segi harganya. Kira murah la dan yang penting berbalai dengan harganya!

Tune Hotels
Dah banyak kali aku duk kat hotel ni. Sebelah Hotel Hilton aje. Murah, selesa dan bersih. Murah kalau booking online dan bila ada promo (macam air asia la ~memang anak syarikat AA pun..hehehe). Biliknya agak sempit tapi dari segi kualiti materialnya tersangat la bagus. Lokasi pun bagus. Dekat dengan waterfront. Pada pendapat aku, hotel ni tak sesuai untuk family yang besar. Aku pernah buat review pasal hotel ni. Cuba korang cari kat post terdahulu dalam blog ni.

360 Xpress Citycenter Hotel
Online booking menyebabkan harganya lebih murah, tapi kena booking awal-awal sikit la. Overall aku sangat berpuashati. reviewnya aku ada buat, cuba lihat kat sini. Ada beberapa gambar yang aku dah masukkan kat situ.

Kedua-dua hotel di atas menyediakan kemudahan pengangkutan pergi-balik ke airport dengan harga yang sangat berpatutan. Lebih kurang rm8 sehala sahaja. Kalau naik teksi, lebih rm23 sehala tau!


Selasa, 21 Disember 2010

RUBIK

Selama berhari-hari aku kat rumah semasa musim cuti ni, aku nampaknya dah mahir bermain-main dengan bongkah yang dipanggil rubik ni (sila lihat gambar di bawah). Macam mana aku boleh terjebak dengan permainan ni? Bermula apabila aku belikan utk anak saudara minuman probiotik vitagen.. belikan satu paket(berisi 5 botol) percuma mini rubik. Aku pun main2 la menda alah ni.
Sekarang, skill aku dah improve.. Aku dah dapat 'rentak' macamana nak siapkan semua permukaan sama kaler! walaupun terkedek-kedek, at least aku berjaya juga. Orang kata, nak main ni kena ada step2nya tersendiri. ada juga lah aku search kat internet step2 tersebut tapi macam tak dapat ikut je.. aku ikut cara aku sendiri lagi senang. fikir dan fikir.. mmg lambat tapi berhasil.

Apa yang best main rubik ni, sebaik sahaja korang dapat menyiapkan keseluruhan permukaan sama color dengan jayanya. Bila dah siap, rasa bangga sangat ~sebab berjaya fikir sendiri (kadang-kadang sampai dah nak give-up bila tak dapat siapkannya!).Hehehe..

Selasa, 14 Disember 2010

BILA CUTI SEKOLAH; KENDURI!

Seperti biasa, bila masuk saje musim cuti sekolah, encik kenduri akan bermaharajalela.huhuhu. Banyak pulak tu. Kadang-kadang best jugak, tapi adakalanya jadi tak best(sbb bertindih2 dengan program/majlis/aktiviti kita).

Yang paling latest, kenduri sempena sepupu aku bertunang ahad baru-baru ni. Dan sebelum tu, dah ada berderet2 kenduri kat area kampung aku nih.

Sekitar majlis pertunangan sepupu aku. Eh, mana gambar sepupu aku nih? Memang takde la. Biarkan. Anggaplah ianya privacy.


Dan sepanjang minggu ni, aku selalu lekat kat depan laptop je (tapi malas giler nak update blog!). Sebenarnya, takde idea nak taip utk blog ni. Anyway selamat menyambut maal hijrah! (wei, dah ketinggalan la aku ni; baru nak wish ke?..hahaha)

Ahad, 5 Disember 2010

RASA NAK CUBA..

Jumaat baru ni.. aku, adik-adik dan anak sedara aku telah ikut abang aku (& wifenya) ke kuala terengganu. Kami nak mencuba makanan Radix Fried Chicken (RFC) yang baru dibuka tu.. RFC dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera dan yang lebih penting, milik orang islam.. Semua produknya berasakan produk HPA yang dijamin bersih lagi berkualiti (hmm, mcm promote je..tapi aku belum lagi ahli HPA okey!).

RFC terletak di belakang stadium bola, kuala terengganu.. ala belakang bangunan yayasan terengganu tu je..

Kitorang ingat nak makan nasi tomato RFC, tapi takde la pulak, baru nak masak.. so kitorang order nasi ayam. dan tapau jugak set kombo yang ada ayam + fries + kentang putar + nuget + dll.

Rasa herba yang agak kuat pada sup ayam tu. Dari segi harga, lebih kurang KFC jugak.. kalau ahli HPA dapat diskaun sikit.


Sebelum sampai ke sana, sempatla beli kacang tanah rebus kat jalan dungun ke marang tu. Satu plastik rm1. plastik kecik je.. kami beli 5 dan makcik tu bagi percuma satu. 6 plastik semuanya..

Sedap makan kacang tanah rebus masa panas-panas tau!

p/s- dah dapat bonus, terus belanja adik-adik.. hahaha

Khamis, 2 Disember 2010

BILA DAH TIBA DI KAMPUNG..

Sudah 3 hari aku berada di kampung.. hari pertama tiba di kampung, memang letih tahap gaban! 29Nov- Flite aku dari kuching ke kl tiba dengan selamatnya(waktu tgh terbang tu hujan lebat giler) pada pukul 4 ptg. Kemudian sebelah malamnya, aku naik bas menuju ke kampungku di terengganu. Sampai di rumah dekat-dekat pukul 4 pagi..dan aku umumkan bahawa hari tersebut merupakan hari tidur sedunia. hehehe. Kemarin masih ada sisa-sisa lenguh kat badan aku, dan hari ni baru la 'full charge' kat badan aku! so, dengan senang lenang aku pun main internet.

Story kat kuching tak abis lagi ni.. aku nak review sikit pasal hotel yang aku bermalam kat sana.
Agak puas hati jugak la hotel 360 Xpress CityCenter. Berkonsepkan hotel butik bajet, memang murah dan berbaloi..

Bilik 408 di tingkat satu. Dilengkapi aircond, free parking for car, air mineral, dua bijik bantal empuk+ sebiji anak bantal dan berciri moden.

Dilengkapi peti sejuk, TV LCD dengan 20channel, pengering rambut, cerek air dan pancuran air panas (shower)
Hmm, dah sampai kat kampung, tak tau nak buat apa pulak.. Bonus rm500 utk penjawat awam dah masuk, perlukah aku jalan-jalan esok? huhuhu..

Isnin, 29 November 2010

MAJLIS PERKAHWINAN

Yang pasti bukan aku kahwin! Hehe.. Entri sebelum ni aku dah citer pasal kawan aku yang sorang ni. Kenapa pulak aku pakai baju melayu lengkap bersampin tu? Hmmm, korang fikirlah sendiri..hehehe. Semoga kedua-dua mempelai kekal sehingga ke akhir hayat. Ameen.

Sebaik sahaja mengantin berarak tiba ke perkarangan rumah pengantin perempuan pada pukul10.30, paluan kompang dan gendang berbunyi. Diikuti pula dengan persembahan silat, kemudian, tarian zapin klasik pula. Meriah! Sementelah masuk ke dalam rumah, pengantin terus ke pelamin dan kumpulan berzanji memulakan bacaan doa serta berwirid/zanji. Baru lah kemudiannya proses menepung tawar! Dan selepas tu, sesi suap menyuap.
Letih aku berdiri di majlis itu, waktu makan menjelma. Nasi minyak berlaukkan ayam masak merah, hati-sayuran campur, daging gulai, udang, sayur nenas manis, gulai umbut dan pencuci mulut. Kalau kat terengganu, majlis perkahwinan biasanya berakhir lewat petang tapi di sini, jamuan makan berakhir sebelum pukul 2ptg! Sekejap je kan?


Selepas majlis aku hantar kawan baik aku yang hadir ke majlis tersebut ke airport. dia nak balik kl. Sebelah malam, aku ke Topspot menjamu diri sendiri (mkn sorang-sorang la ni!), makan seafood! Menu: udang goreng milk-butter dan sayur midin belacan.

Ahad, 28 November 2010

AKAD NIKAH

Majlis akad nikah kawan aku berlangsung hari ini!(bukan aku okey..) Kadinya adalah Imam Besar Masjid Negeri Sarawak. Grand-nya! Hehehe.. (rupanya rumah tok kadi tu depan rumah pengatin je.. ). Anyway agak besar juga la sambutan majlis akad nikah si kawan aku ni, Mushrizwan, member a.k.a coursemate aku masa kat UTM dulu. Pasangannya orang Kuching..

Nak tulis panjang-pajang macam tak larat je. Padat sgt aktiviti kelmarin mcm perdana menteri aje aku *ok, part disamakan dengan mcm PM melampau sikit! Takde la sesibuk sgt la.. Nah check it out gambar yang aku snap.

Ketibaan pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan diiringi barang hantaran

majlis akad nikah bermula. ada khutbah yang agak lama juga..

Sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz sahaja. tahniah!

diikuti pula dengan marhaban sesudah sesi menyarung kan gelang dan cincin

aku bergambar dengan pengantin. yang lain tu gambar family dia..
Majlis bermula sejak pukul 10pagi sampai pukul 2ptg. Lenguh wehh.. Pastu gi amik kawan kat airport Kuching. Gi check in hotel dan bawak diorang jalan-jalan kat sekitar kuching samapi malam.

Jumaat, 26 November 2010

KEMUDIAN KE KUCHING..

Salam semua! Walaupun letih & terasa berat mata ni, aku masih nak ceria-ceriakan blog ni. Aku nak tulis ringkas je. Kisahnya bermula 24Nov lalu. Rabu.

24Nov - Rabu
* Bosan giler duduk kat rumah di Saratok, so aku amik keputusan jalan-jalan ke Sarikei
* Lunch kat Chicken King (ada logo halal tau)
* Tapau KFC utk dinner..hahaha, kuatnya aku melantak!

Set Nasi Goreng Pataya yang aku order kat chicken king

25Nov - Khamis
* Pagi tu, aku packing barang. Kemas rumah sikit.
* Bertolak dari Saratok ke Serian pada waktu rembang
* Sempat singgah kat The Spring. Tengok wayang citer 2 Alam. Sangat hempeh! Aku kasi 1/5. Nyesal beli tiket (nak buat cemana, tu je tayangan yg ada dengan waktu aku nak!)
* Balik dari Kuching ke Serian dah hampir lewat malam!

Milage kereta aku, cantik nombor ni kan? kat Simpang Sri Aman..
pukul 2.30 ptg masa tu..

26Nov - Jumaat
* Pegi Digi Centers kat Satok. Terminate broadband digi aku.
* Pusing-pusing kuching, then Check-in Tune Hotels
* Last skali, tengok wayang lagi.. citer Ngangkung. Komedi-seram yang best!

Sekitar kuching; lenguh kaki aku berjalan!

Ngangkung. Aku kasi 4/5. Mengisah 3 sahabat yang terima akibat buruk akibat main nombor ekor, diselitkan lawak2 yang menarik..

Rabu, 24 November 2010

MASAK KETAM PULAK

Kelmarin, aku gi market beli ketam. Sekilo rm10 je. Aku mintak setengah kilo, tapi still dapat 6 ekor ketam. Masih banyak untuk makan sorang-sorang. Setelah lapan kali pikir, aku putuskan untuk masak black pepper ketam tu. So, hasilnya seperti di bawah:


4 ekor aku masak ketam tu, licin aku makan sorang-sorang. Gambar yang paling kecil tu adalah sisa/kulit ketam yang aku makan. Kekenyangan makan tengahari kemarin! terus tidor pastu..hahaha, tak seswai langsung!

Selasa, 23 November 2010

SEMINGGU TU!

Cuti Raya Haji aku tak balik kampung. Stay kat Sarawak..macam kurang meriah aje sambutan raya qurban kat sini berbanding kat kampung aku, Dungun. Anyway, petang raya tu, kami (usop, zek & aku) telah bertolak ke Serian. Usop nak settlekan hal nya sikit. Aku ringkaskan cerita ni dengan tentatif aktiviti aku sepanjang ketidakpulangan-aku-ke-kampung! Sila baca:

17Nov- Hari Raya Qurban Pertama (Rabu)
* Bertolak ke Serian. Akibat masih kurang kedai makan yang bukak, kitorang dinner kat KFC.
* Tidur kat umah sewa Usop kat situ. Booking tiket utk Usop.. (Kaya nya beli tiket last minutes!)

18Nov- Hari Raya Qurban ke-2 (Khamis)
* Kami ke bangunan Datuk Patinggi. Hampeh la GPS, ada ke patut PPD kuching ditafsirkan sebagai JPN. Nyaris kami sesat (bukan ke dah sesat?hahaha).
* Pastu lunch kat Pizza Hut. Aku order set yg ada 2 meals. Bernafsu sangat tu.. mcm kebulur je, last2, tak habis pun!
* Petang tu, hantar Usop ke Airport. Then Zek & aku merayau2 kat The Spring. Malam tu, hantar Zek pulak. Tinggallah aku sorang2 kat Serian.
* Gambar kat bawah ni aktiviti sepanjang hari khamis tu;

19Nov- Jumaat
* Makan kat Serapi Corner. Kena ngan selera tekak aku. Masakan semenanjung.
* Pegi The Spring, nengok movie sorang2(ini bukan kali pertama aku tengok movie kat panggung sorang2 tau!). Citer Skyline.. not bad. aku kasi 3/5.

20Nov- Sabtu
* Sekali lagi aku drive dari Serian ke Kuching, gi makan kat Serapi Corner. For breakfast & lunch.
* Kali ini, aku ke Serikin. Sorang2 jugak! Sampai sana aku jumpa lecturer IPKT. En.Jailani & his wife Pn.Tengku. Ada juga beberapa pelatih lain. Lawatan katanya. Tak sangka En.Jai still kenal aku lagi..
* Then, aku terus drive pulang ke saratok tanpa singgah kat Serian.

21Nov- Ahad
* Kemaskan rumah sewa aku yang agak bersepah di Saratok.
* Tidor, then, tidor lagi.. lepas gian sebab letih driving kemarin.

22Nov- Isnin
* Pagi penuh semangat! Aku masak untuk breakfast. Mee goreng peria (di-publish dalam facebook).
* Pastu, jalan-jalan pusing saratok. Taktau nak wat ape. Hahaha.

23Nov- Selasa
* Still in progress.. aku sedang menaip blog sekarang!

Isnin, 22 November 2010

AKTIVITI TERAKHIR.. (PART 2)

Sesudah 3 hari berturut-turut murid-murid menyihatkan badan masing-masing (para guru juga pun sihat juga kerana terpaksa jaga mereka! huhu), maka berlaku pula sukaneka untuk orang-orang tua..mak bapak budak pulak.

lucu bila tengok apai-indai nembiak main tiup belon dan tarik upih

kreatif! hias cantik-catik tau.. acara lain pun best jugak

Dan pada hari pertama minggu terakhir persekolahan, sempat aku anjurkan majlis jamuan untuk bebudak kelas jagaan aku. tahun 6. terasa sedih jugak, yelah diorangkan nk tinggalkan alam sekolah rendah.. dikesempatan itu jugak, aku telah mengkotakan janji.. sesiapa yang cemerlang(dapat A) dan lulus matematik UPSR mendapat habuan! Gembira sungguh terlihat pada wajah masing-masing bila dapat hadiah. Keputusan UPSR matematik kali ini sungguh mengejutkan, kerana sebelum ini murid-muridku menunjukkan prestasi tak bermaya. Rata-rata setiap kali peperiksaan selalunya dua tiga oragng sahaja yang lulus.. Alhamdulillah, saat-saat akhir berjaya juga aku 'membentuk' mereka dan hasilnya cuma 3 orang daripada 16 orang yang tidak lulus matematik. ketiga-tiga mereka adalah bekas murid pemulihan 'tegar'.. (tapi aku masih berharap diorang lulus juga!)

Jamuan perpisahan kelas tahun 6 yang happening!

Hari terakhir persekolahan, muncullah Hari Penyampaian hadiah & Sijil. Aku ditugaskan untuk menyediakan buku program dan melatih murid-murid tahun 6 membuat persembahan (mcm tak menarik je pesembahan aku sediakan tu..hehehe).

Murid-murid terbaik mengikut darjah masing-masing menerima hadiah

Hadiah untuk matapelajaran teras terbaik

Menerima pingat/medal/piala sempena sukan olahraga yang lalu




P/s- Apuuu.. mayuh bendar foto urang terima hadiah/medal! Hahaha. Kenangan beb!

tahun 6 menerima sijil

Tenaga kerja ber-posing apabila majlis hampir tamat. Anugerah murid cemerlang UPSR: Annette Sambai, dia juga berjaya dapat A dalam matematik (murid-murid lain cuma dapat C je & 3org gagal)

Hari terakhir, majlis berakhir, salam terakhir? hehehe.. Ok la, bergambar sebelum berpisah! Sedih ke? Hmmm..

AKTIVITI TERAKHIR.. (PART 1)

Aku dah hampir lupa bahawa blog ni masih wujud. hehehe.. So, arini aku updatekan beberapa peristiwa yang berlaku sepanjang bulan November 2010 ni. Hmmm, nak start dari mana dulu ye.. Okey la, pada awal bulan ni peperiksaan akhir tahun telah dijalankan. Semua matapelajaran diuji termasuklah subjek muzik, pjk, pendidikan seni dan lain-lain.

Murid-murid tahun 6 sedang menghadapi kertas Bahasa Inggeris. Ada juga yang sempat tidur tu! (tak reti buat la tu, huhuhu... )

Selama seminggu berlangsungnya final exam tu, then kitorang telah berjaya menganjurkan aktiviti yang menyihatkan badan dan mencerdaskan minda untuk murid-murid! Apakah itu? Ya, sukan tahunan laa..hehehe. Minggu kedua diserikan dengan acara rentas desa. Agak lewat juga acara ni bermula, panas terik masa tu. Aku jadi penjaga check point ke-3. Kat hujung rumah panjang (perlu ke bagitau?hehehe).

Akibat kepanasan dan berpeluh-peluh, budak-budak ni bukak baju. Inilah akibatnya kalau start agak lewat. Hari dah panas waktu tu..

Keesokannya, berlangsung pula sukan olahraga peringkat saringan. Hari berikutnya sukan olahraga peringkat akhir dan diikuti pula dengan sukaneka! 3 hari berturut-turut kami berkampung di padang sekolah. Eh, ada lagi.. hari seterusnya, ada pula sukaneka untuk ibubapa (yang ini akan diceritakan dalam part 2).

Rumah sukan. Kena hias kawasan rumah sukan masing-masing biar jadi ceria. Aku telah buat maskot burung nuri mewakili rumah hijau. Cantik tak?

Berbaris... Memasuki padang sekolah dan ada istiadat perbarisan.

Menanti penuh debaran.. Penyampaian hadiah untuk acara rentas desa, rumah sukan terbaik, sukaneka dan beberapa lagi kategori.
p/s- Hadiah/pingat/piala bagi acara sukan olahraga dianugerahkan sewaktu Hari Penyampaian Sijil & Hadiah yang menyusul pada minggu terakhir persekolahan.

Jumaat, 29 Oktober 2010

PICNIC

Pada 28hb Oktober 2010, satu perkelahan tidak rasmi ke air terjun (di WongPilai) telah dianjurkan melibatkan 15 orang pelajar tahun enam dan diiringi oleh 2 orang guru telah diadakan. Aiseyy.. macam nak tulis report aktiviti sekolah jer. hahaha.. Apepun, kami mengambil masa 1 jam berjalan kaki ke sana. Lenguh wei.. Nasib baik aku pegi ke situ tumpang pacuan 4 roda (hilux) guru besar. Cuma time balik je jalan kaki. Memang best mandi kat sana. Ada tempat air yang dalam, kalau berenang memang best!

Berjalan kaki menuju ke tapak perkelahan, kena menyeberang anak sungai terlebih dahulu.

Dah sampai ke destinasi, ape lagi.. jom mandi!

Tak sah kalau tak posing kat air terjun!

Bersiap-siap untuk pulang, tapi masih sibuk nak bergambar

Berjalan pulang.. baju aku yang lenjun, hampir kering bila sampai ke sekolah. hmmm.

Rabu, 1 September 2010

MERDEKA! MERDEKA!

PERTANDINGAN KECERIAAN KELAS
SEMPENA HARI KEMERDEKAAN KE-53


Kat bawah ni adalah beberapa gambar untuk pertandingan itu. Aku selaku guru kelas tahun 6 tak berjaya menjadikan kelas aku sebagai pemenang. Hahahaha...

Kelas tahun 1

Kelas tahun 2

Kelas tahun 3

Kelas tahun 4

Kelas tahun 5

Kelas tahun 6

p/s- lambatnya update.. dah lama program ni berlalu. hehehe..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...