Aku dah hampir lupa bahawa blog ni masih wujud. hehehe.. So, arini aku updatekan beberapa peristiwa yang berlaku sepanjang bulan November 2010 ni. Hmmm, nak start dari mana dulu ye.. Okey la, pada awal bulan ni peperiksaan akhir tahun telah dijalankan. Semua matapelajaran diuji termasuklah subjek muzik, pjk, pendidikan seni dan lain-lain.
Murid-murid tahun 6 sedang menghadapi kertas Bahasa Inggeris. Ada juga yang sempat tidur tu! (tak reti buat la tu, huhuhu... )
Selama seminggu berlangsungnya final exam tu, then kitorang telah berjaya menganjurkan aktiviti yang menyihatkan badan dan mencerdaskan minda untuk murid-murid! Apakah itu? Ya, sukan tahunan laa..hehehe. Minggu kedua diserikan dengan acara rentas desa. Agak lewat juga acara ni bermula, panas terik masa tu. Aku jadi penjaga check point ke-3. Kat hujung rumah panjang (perlu ke bagitau?hehehe).
Akibat kepanasan dan berpeluh-peluh, budak-budak ni bukak baju. Inilah akibatnya kalau start agak lewat. Hari dah panas waktu tu..
Keesokannya, berlangsung pula sukan olahraga peringkat saringan. Hari berikutnya sukan olahraga peringkat akhir dan diikuti pula dengan sukaneka! 3 hari berturut-turut kami berkampung di padang sekolah. Eh, ada lagi.. hari seterusnya, ada pula sukaneka untuk ibubapa (yang ini akan diceritakan dalam part 2).
Rumah sukan. Kena hias kawasan rumah sukan masing-masing biar jadi ceria. Aku telah buat maskot burung nuri mewakili rumah hijau. Cantik tak?
Berbaris... Memasuki padang sekolah dan ada istiadat perbarisan.
Menanti penuh debaran.. Penyampaian hadiah untuk acara rentas desa, rumah sukan terbaik, sukaneka dan beberapa lagi kategori.
p/s- Hadiah/pingat/piala bagi acara sukan olahraga dianugerahkan sewaktu Hari Penyampaian Sijil & Hadiah yang menyusul pada minggu terakhir persekolahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan