Salam semua! Walaupun letih & terasa berat mata ni, aku masih nak ceria-ceriakan blog ni. Aku nak tulis ringkas je. Kisahnya bermula 24Nov lalu. Rabu.
24Nov - Rabu
* Bosan giler duduk kat rumah di Saratok, so aku amik keputusan jalan-jalan ke Sarikei
* Lunch kat Chicken King (ada logo halal tau)
* Tapau KFC utk dinner..hahaha, kuatnya aku melantak!
Set Nasi Goreng Pataya yang aku order kat chicken king
25Nov - Khamis
* Pagi tu, aku packing barang. Kemas rumah sikit.
* Bertolak dari Saratok ke Serian pada waktu rembang
* Sempat singgah kat The Spring. Tengok wayang citer 2 Alam. Sangat hempeh! Aku kasi 1/5. Nyesal beli tiket (nak buat cemana, tu je tayangan yg ada dengan waktu aku nak!)
* Balik dari Kuching ke Serian dah hampir lewat malam!
26Nov - Jumaat
* Pegi Digi Centers kat Satok. Terminate broadband digi aku.
* Pusing-pusing kuching, then Check-in Tune Hotels
* Last skali, tengok wayang lagi.. citer Ngangkung. Komedi-seram yang best!
Wow! dah 8888km dah kete Fahmi.. Si kelabu saya baru 6+++km.. puas pusing Mukah.. tak gerak2 meter tu..huhuu..bila la jalan Mukah~Sibu nak siap?? 2tahun dah kat Mukah.. xsiap2.. sabo je la..
BalasPadamBetul tu, Suzi memang tak dapat lawan kilometer saya selagi tak dapat kuar dari Mukah. hehehe.. Nanti, kalau jalan yang x siap2 tu dah okey (lepas kita berjaya transer ke semenanjung kot.huhuh).. bukan stakat nak gi Sibu aje..gi Bintulu, Miri atau Kuching pun dapat!
BalasPadam