Yang pasti bukan aku kahwin! Hehe.. Entri sebelum ni aku dah citer pasal kawan aku yang sorang ni. Kenapa pulak aku pakai baju melayu lengkap bersampin tu? Hmmm, korang fikirlah sendiri..hehehe. Semoga kedua-dua mempelai kekal sehingga ke akhir hayat. Ameen.
Sebaik sahaja mengantin berarak tiba ke perkarangan rumah pengantin perempuan pada pukul10.30, paluan kompang dan gendang berbunyi. Diikuti pula dengan persembahan silat, kemudian, tarian zapin klasik pula. Meriah! Sementelah masuk ke dalam rumah, pengantin terus ke pelamin dan kumpulan berzanji memulakan bacaan doa serta berwirid/zanji. Baru lah kemudiannya proses menepung tawar! Dan selepas tu, sesi suap menyuap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan