nuffnang

NUFF

Khamis, 2 Disember 2010

BILA DAH TIBA DI KAMPUNG..

Sudah 3 hari aku berada di kampung.. hari pertama tiba di kampung, memang letih tahap gaban! 29Nov- Flite aku dari kuching ke kl tiba dengan selamatnya(waktu tgh terbang tu hujan lebat giler) pada pukul 4 ptg. Kemudian sebelah malamnya, aku naik bas menuju ke kampungku di terengganu. Sampai di rumah dekat-dekat pukul 4 pagi..dan aku umumkan bahawa hari tersebut merupakan hari tidur sedunia. hehehe. Kemarin masih ada sisa-sisa lenguh kat badan aku, dan hari ni baru la 'full charge' kat badan aku! so, dengan senang lenang aku pun main internet.

Story kat kuching tak abis lagi ni.. aku nak review sikit pasal hotel yang aku bermalam kat sana.
Agak puas hati jugak la hotel 360 Xpress CityCenter. Berkonsepkan hotel butik bajet, memang murah dan berbaloi..

Bilik 408 di tingkat satu. Dilengkapi aircond, free parking for car, air mineral, dua bijik bantal empuk+ sebiji anak bantal dan berciri moden.

Dilengkapi peti sejuk, TV LCD dengan 20channel, pengering rambut, cerek air dan pancuran air panas (shower)
Hmm, dah sampai kat kampung, tak tau nak buat apa pulak.. Bonus rm500 utk penjawat awam dah masuk, perlukah aku jalan-jalan esok? huhuhu..

2 ulasan:

  1. hotel yg u duduk ni deluxe queen ke?

    BalasPadam
  2. Yup, deluxe queen.. hotel 360 Xpress CityCenter ada juga single room. lebih murah kalau booking online..

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...