nuffnang

NUFF

Ahad, 5 Disember 2010

RASA NAK CUBA..

Jumaat baru ni.. aku, adik-adik dan anak sedara aku telah ikut abang aku (& wifenya) ke kuala terengganu. Kami nak mencuba makanan Radix Fried Chicken (RFC) yang baru dibuka tu.. RFC dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera dan yang lebih penting, milik orang islam.. Semua produknya berasakan produk HPA yang dijamin bersih lagi berkualiti (hmm, mcm promote je..tapi aku belum lagi ahli HPA okey!).

RFC terletak di belakang stadium bola, kuala terengganu.. ala belakang bangunan yayasan terengganu tu je..

Kitorang ingat nak makan nasi tomato RFC, tapi takde la pulak, baru nak masak.. so kitorang order nasi ayam. dan tapau jugak set kombo yang ada ayam + fries + kentang putar + nuget + dll.

Rasa herba yang agak kuat pada sup ayam tu. Dari segi harga, lebih kurang KFC jugak.. kalau ahli HPA dapat diskaun sikit.


Sebelum sampai ke sana, sempatla beli kacang tanah rebus kat jalan dungun ke marang tu. Satu plastik rm1. plastik kecik je.. kami beli 5 dan makcik tu bagi percuma satu. 6 plastik semuanya..

Sedap makan kacang tanah rebus masa panas-panas tau!

p/s- dah dapat bonus, terus belanja adik-adik.. hahaha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...