Ermmm, sakit hati betul hari ni, call bahagian pengurusan sekolah rendah kat putrajaya tak dapat-dapat. Geram. dari pagi sampai petang line asyik busy je.. Petang tadi sempat la aku berbual dengan shah melalui phone (tension akibat tak dapat call putrajaya!)
Apepun, aku nak ucapkan salam maal hijrah kepada semua pembaca blog ni. Kebetulan tahun baru islam dan tahun baru omputih dekat-dekat.. jadi apa azam tahun baru ni?? Aku doakan(sempena bergelar guru pada tahun depan) iaitu supaya Allah tetapkan hati dan fokus diriku pada amanah seorang guru. Semoga dipelihara dan tidak melencong dari landasan. Azamku, salah satunya nak memperbanyakkan lagi ilmu agama di dada. Lagi pun kena posting kat sarawak, mana la tau nanti anak murid tanya itu dan ini pasal agama terutamanya murid-murid bukan islam. Boleh la dakwah sikit kat diorang. hehehe..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan