nuffnang

NUFF

Jumaat, 26 Disember 2008

AL-KISAH BUKU RUJUKAN SAINS

Hari ni, ari jumaat. Tak kemana-mana pun kecuali pegi sembahyang jumaat tengahari tadi. Pagi tadi aku malas nak online. So, aku start membelek majalah CHIP yang dibeli kat Kinokuniya kat KLCC aritu. Baca ala kadar je. Pasni nak baca lagi bila boring. Sambil tu sempat gak aku memanaskan corong telinga aku ni dengan lagu-lagu dari radio.

Dah puas baca majalah CHIP tu. Aku pun gi kat rak buku usang kat dalam bilik aku. Jari-jari aku pantas meng-kerebek susunan buku kat rak tu. Dan terjumpa la sebuah buku ilmiah. Buku rujukan sains UPSR yang macam nak hancur. Eh, buku rujukan ni la yang banyak membantu aku untuk menyiapkan lesson plan sewaktu praktikum dulu..


Nak kata buku ni lengkap, tak jugak. Tapi amat mengikut silibus sains KBSR. Salah seorang panel penulisnya pun adalah pengarang buku teks sains KBSR. Banyak soalan dan nota yang aku ekstrak daripada buku nih. Aku selalu rujuk buku ni sewaktu mengajar dalam kelas. kejap-kejap belek buku ni.. Bila Puan Badrul Muin (pensyarah yang observe aku waktu praktikum)datang, aku bukak luas-luas buku tu atas meja sambil di-cover dengan helaian kertas kerja (worksheet). Aku ni bukan bagus sangat speaking untuk mengajor sains ni. So, buku sains berbahasa inggeris tu memudahkan aku explain kat murid-murid tu..

Hurmm, aku rasa macam nak bawak je buku penuh kenangan (sewaktu praktikum dulu) ke sarawak. Perlu ke? taktau lagi nak putuskan sama ada nak bawak ke tak. Nanti beg jadi berat, terlebih lak 20kg..

Apepun, aku memang takde ape nak buat hari ni. jadi aku pun dengan ringan mulut memperihalkan kisah buku rujukan sains sewaktu praktikum baru ni. banyak lagi buku rujukan sains kat pasaran, tapi buku nii lah yang sangat membantu aku dalam P&P. tak pasti la pulak sama ada buku ni seswai dijadikan rujukan kepada murid-murid atau tak? macamana pun, buku nih tetap menang di hatiku sebagai madah bahan pengajaran.

Wallahu'alam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...