nuffnang

NUFF

Ahad, 28 Disember 2008

JALAN-JALAN CARI KAWAN

Salam semua. Semalam merupakan hari sabtu yang agak meletihkan. Aku ingat nak tulis entry pada malam tadi tapi takde mood. Maknanya, satu hari aku tak online kemarin..

Aku pegi kenduri kawen kawan satu sekolah dan merangkap coursemate masa kat UTM dulu. Kalau tak silap aku, masa form 1 dan form 5 aku sekelas ngan dia, dan kat UTM pastinya selalu jumpe dalam kelas (kami kan coursemate!). Nasib baik tak masuk KPLI sama-sama. hehehe. So, aku sanggup susahkan diri pegi kenduri kawen dia..majlis sambut menantu, semata-mata kerana dia seorang kawan lamaku.

Asalnya aku nak datang ngan sepupu tapi dia pulak ada hal lain. Plan B aku nak ajak je sape2 yang nak gi Kuala Terengganu. Malangnya, takde sape yang nak gi. Transport dah ler takde, pastu terus aku ambil pilihan terakhir iaitu naik bas! Apa lagi, pagi-pagi sabtu aku dah bangun awal. Siap-siap nak gi K.Trgnu. Rumah dia kat pengadang baru. Untuk makluman tuan puan sekalian, bas dari rumahku ke K.T hanya ada 2 trip sahaja.. So aku memilih naik trip yang paling awal iaitu pukul 8pagi. Aku sengaja turun kat Mydin Mall sebab awal sangat sampai. Pusing-pusing kat mydin sambil cari hadiah untuk kawan aku nih. Sorry la, Hadiah dibeli dari mydin je..hehehe (ingat nak bagi hadiah yang adikku punya;siap berbungkus untuk diberi kepada kawan dia yang nak kawen gak).

Bila tengahari baru aku bertolak ke rumah kawan aku tu. Ops lupa nak perkenalkan namanya. Hafizal Abu Hassan. Isterinya orang perlis. Sampai je kat rumah dia, aku terpinga-pinga. call dia, tapi tak angkat. Redah je lah. Aku terus jumpe ayah dia yang sibuk melayan tetamu kat pintu pagar rumahnya. Kenalkan diri sikit pastu tanya pasal anak dia. Ayah dia suruh aku pegi kat ruang tamu rumah dia untuk jumpe si Hafizal tu. Aku pun pergi la.. Oh, patut la dia tak angkat call aku. sesi fotografi rupanya. Bila dia nampak aku, dia tersenyum malu. malu kot sebab tengah posing maut dengan isterinya. hahaha.. Aku tunggu dengan sabar,kemudian waktu break kejap, sempat cakap-cakap sebentar dengan dia pastu dia kena sambung balik sesi fotografi tu. Dengan perut yang lapor, aku terus ke tempat makan untuk mengkedarah selepas perbulan kami terputus untuk sesi fotografi tu.

Sekali lagi, aku masuk ke ruang tamu rumah pengantin untuk bertemu kawan aku tuh. tapi kali ni, sesi fotografi macam dah berakhir. Kesian dia, cuma beberapa orang je kawan-kawan (schoolmate & coursemate) dia yang datang. kali ni, agak panjang sikit aku boleh bercakap ngan dia. Dan hadiah (yang dibeli kat mydin tu) segera diberi kepadanya. Kami bergambar bersama-sama sebagai kenangan.

Lama jugak aku duduk kat umah dia (sebenarnya banyak habiskan masa tunggu diorg siap berposing depan photographer). Disebabkan masih awal lagi bas yang akan membawaku ke kampung semula, jadi aku ambil keputusan jalan-jalan kat bandaraya kuala terengganu. Gi pasar payang tapi tak beli ape-ape pun.. Mundar-mandir kat sekitar stesen bas bandar sampai letih, tapi bas tak muncul-muncul jugak. dah dekat pukul 4ptg tapi bas takde lagi. So, untuk menghilangkan rasa bosan tu, aku gi gunting rambut. hahahaha, nampak sangat takde kerja nak buat.. Bas sampai kul 5ptg, dan aku sampai kat rumah dekat pukul 7. Bas yang sesak macam sardin tu lambat betul sebab banya kali berhenti turunkan penumpang.

Masa aku jalan-jalan kat bandar tu, sempat la aku beli buah tangan untuk adik-adik aku kat rumah. Dan malam tadi, aku tidor dengan lenanya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...