nuffnang

NUFF

Khamis, 25 Disember 2008

HUJAN

Titisan Itu

Rembang tadi,
Aku berdiri di sisi jendela,
Membiarkan hati ini bercambah,
Bersama titisan hujan,
Kubiarkan fikiran ini melayang,
Mengikut rentak dedaun pisang yang membuai..

Air yang jatuh ke tanah,
Melambangkan kesayuan hati ini,
Mungkin tempiasnya,
Menyentap sanubari di sekelilingnya,
Tanah itu juga segera meresapkannya,
Umpama tiada apa-apa berlaku..

Daun pisang di hujung jendela,
Teguh dan beralun-alun ditimpa gerimis kental,
Mengajarku agar lebih bersemangat,
Meskipun berjuta-juta titisan menimpa,
Hati ini berusaha menerima kebaikan sang hujan..

*Sajak yang seberapa indah ini kunukilkan kepada ahli keluargaku dan teman-teman rapatku sekalian.
Entah kenapa bila hujan berkunjung pada waktu tengahari, hatiku selalu tersentuh bila bersendirian. Lebih-lebih lagi mengenangkan memori lama. Dan aku dapat rasakan perasaan ini makin menebal sejak akhir-akhir ini.

Cepatlah hujan serik. Kembalikan semula zulfahami yang ceria dan happy-go-lucky tu..

P/s- Aku bukanlah penulis sajak yang baik, tapi kalau nak tengok kreativiti aku dalam penulisan, boleh lawati blog aku klik sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...