nuffnang

NUFF

Rabu, 24 Disember 2008

DOKUMEN UNTUK DIURUSKAN

Adakah aku akan selalu update blog sendiri selepas ni? Aku ingat baru bersemangat nak aktikan diri dalam blogging. Macamana la nasib Blog ni dan Blog kelas Sn3 Ipkt nanti bila di-postingkan ke sarawak nanti. May be ada je internet yang guna parabola kat sekolah pedalaman, tapi aku paling takut bila blogspot (web blogging ni) tak boleh diakses sebab diblock oleh KPM.

Nanti, kalau ada diantara kita yang nak tau perkembangan aku, just akses je my blog ni. okey la, ketepikan dulu kisah ni. Nanti sampai kat sarawak, tau la nasib blog ni..

Aku nak citer pasal kisah semalam; bertungkus-lumus nak siapkan pasport ke srwk @ dokumen perjalan terhad. Memula, aku gi K.trgnu ngan ayah aku umtuk daftar adik aku masuk Sekolah Menengah Khairiyah. Lama gak la tunggu. Ingat lepas tu, nak wat pasport kat pejabat imegresen kuala terengganu, tapi dinasihatkan oleh seorang cikgu kat situ, dia kata baik buat kat dungun je.. ramai sangat orang.

Pastu, kami beredar dan terus ke dungun, kira on the way balik ke rumah sendiri la ni.. Sampai kat dungun dah pukul 12.35thghari. Cepat-cepat singgah kat kedai gambar. Ambil gambor ukuran passport then terus ke pejabat imegresen cawangan dungun. Tengok jam dah dekat 12.50tghari. Nasib abaik bukak lagi. Aku melangkah masuk. Untung. takde orang yang sedang beratur atau menunggu. terus ke kaunter, bagitau nak gi sarawak sebab jadi guru yang di-posting ke sana. dia mintak i/c, 2 keping gambor dan nak salinan i/c. Fotokopi I/C? nasib baik aku ada spare I/c sendiri dalam surat beranak. keadaannya berlipat. aku kasi kat dia, dan dia tak kisah pun. dia pulak kasi borang. Kena bayar seringgit. Isi borang tu cepat-cepat. sebelum tu dia mintak 5 ringgit untuk proses dokumen. Pastu dia kata datang balik kul 2ptg. sebab apa? dah pukul 1 tghari. pejabat nak tutup daa.. hehehe.

Surprisely, aku datang kul 2ptg dah siap. suruh sign sikit dan ambil cop jari. Resit ada sekali kat dokumen perjalanan terhad tuh. warna biru buku tu. belek-belek sikit dokumen tu. tersengih sendirian. boleh tergelak sorang-sorang tengok muka sendiri kat pasport tu. ye la, ekspress giler siapkan gambor passport. Muka berminyak. rambut berterabur. hahaha..

Alng-alang datang ke bandar, tunggu pulak pesuruhjaya sumpah. tak masuk ofis lagi walaupun dah kul 2.30ptg. Sehingga 2.45ptg baru kelibat tua pesuruhjaya muncul. Bergegas masuk ke pejabat dia. Tapi kena bagi dia masuk dulu sebab dia je yang ada kunci. hehehe.. Surat akuan sumpah ditandatangani dan dicop, tak perlu pun bersumpah depan dia, just bagi i/c sahaja. Dompet dikeluarkan, 5 ringgit diletakkan di atas meja. di pulangkan balik seringgit. Aik? Pegawai bhgn sumber manusia tu kat rm5. Tapi Rm4 saja. Biarlah. kemudian pegi kedai fotostat kat sebelah pejabat kecik peuruhjaya sumpah yang kecik tu. Fotostat 5 copy termasuk surat tawaran pelantikan. Apa lagi, terus balik rumah. Sampai rumah terus tayang dokumen perjalanan terhad tu kat adik-adik. bangga. tapi sebenarnya sedih pada batinnya.

2 ulasan:

  1. aik, kene bayar jugak ke angkat sumpah? Su xyah bayar pun. jimat rm4. ikut tempat kot.

    BalasPadam
  2. suzi, surat akuan sumpah suzi tak sah sebab tak bayar ape2 kat pesuruhjaya sumpah tu..hehehehe. Gurau je.. suzi gi kat majistret ke? rasanya tak payah bayar kat situ kot.

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...