nuffnang

NUFF

Sabtu, 1 Januari 2011

TAMAN NEGARA BAKO

Kemarin iaitu hari terakhir tahun 2010, aku dengan gembiranya melakukan aktiviti cuti-cuti malaysia. Kunjungan ke Taman Negara Bako adalah pertama kali bagi aku sejak berada di bumi kenyalang setelah hampir 2 tahun bertugas di Saratok (tambahan pula, aku balik ke sarawak awal, jadi secara tak sengaja aku merancang aktiviti ni ;P).

Bosan la asyik pusing-pusing waterfront aje tiap kali gi kuching, pastu round2 shopping mall kat situ.. memang naik jemu! Asalnya aku takut gak nak gi ke Bako National Park (bukan National Geographic okey..), sekarang kan musim hujan, takut laut terlalu bergelora. Tapi, alhamdulillah cuaca sangat mengizinkan aku ke sana, cuma pada sebelah petang kelihatan langit sudah mendung.

Aktiviti utama yang aku lakukan kat sana adalah Trekking! Letih tapi seronok. Okey, sila baca rentetan aku ke Taman Negara Bako secara bersendirian. Sorang-sorang je tau!

Bertolak dari hotel (waterfront) pada pukul 8.30 pagi. Aku setkan GPS ke Jetty Bako. Dalam 35km jaraknya. Hampir pukul 9.00 pagi aku tiba di Jeti. Sampai kat sana, sila daftarkan nama anda dikaunter. Aku tengok ramai warga asing kat situ. Daftar kat kaunter tu kena bayar rm10. Just jot down your name & nationality there.

Korang kena berurusan dengan boatman kat jeti tu untuk ke Bako NP. Satu bot rm47 sehala. Aku kongsi dengan seorang foreigner dan 2 lagi local. Menurut notis yang ditampal kat jeti tu, pada musim tengkujuh (nov to feb), muatan maksimum penumpang untuk sebuah bot hanya 4 orang sahaja. Cuma rm12 aje yang aku bayar untuk sehala. Waktu balik pun sama. Yang lecehnya kat situ, nak cari geng supaya dapat kongsi sebuah bot. Asalnya kami sudah bertiga, nak cari sorang lagi 'ahli kongsi' tu yang payah.
Melewati pukul 9.30pagi, kami bersiap-siap pakai life jaket dan menikmati pemandangan muara sungai bako. Sampai kat pesisir laut, keadaannya agak bergelora. Walaupun cuaca agak cerah dan baik, namun laut masih bergelora. Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 15 minit. Waktu kami sampai tu, air laut tengah surut. So, terpaksa la boatman tu drop kitorang kat tepi pantai je. Best la dapat main air kat gigi pantai tu bila turun dari bot.

Sorang foreigner dari Hong Kong minta supaya aku me- nemani nya trek- king. Tak Kisah. Aku pun sorang- sorang gak. Ada buddy best gak jalan2 nanti. So, kami berdua terus ke pondok pendaftaran (untuk langkah keselamatan tau) sebelum memulakan trekking. Asalnya aku nak pegi nengok sea stack, tapi buddy aku tu kata, better pilih trek yang tak lalu/guna jalan pegi-balik yang sama. Jadi kitorang guna trek Lintang's Trail. Trek ni akan pusing sebahagian kecil Bako NP. Jaraknya 5.8Km dan hampir 4 jam kami nak habiskan trek tu.

Korang boleh pilih pelbagai trail(trek) kat sini. Paling jauh 8-9 jam berjalan one way (yang ini konfirm korang kena camping kat sana). Lenkali boleh try trail tu pulak. huhuhu.

Sepanjang trekking tu, aku dapat la lihat monyet proboscis atau monyet belanda (hidungnya besar). Trek agak basah sebab maklumlah sekarang kan musim hujan. Pacat memang tak ada. Nyamuk pun kurang. Overall, trek still okey & tak terlalu mencabar fizikal.


Kami bermula pada pukul 10.05 pagi, dan habis trekking lebih kurang pukul 1.45tghari. Kami tak berhenti rehat tapi cuma stop kat satu-satu tempat untuk mengambil gambar. Biasalah, buddy aku ni kan orang asing. Teruja sangat nak snap photo-photo kat dalam hutan tu.


Sebaik sahaja selesai trekking, kitorang pegi ke restoren yang ada kat Bako NP tu. Harga tak terlalu mahal sangat. Aku makan nasi + sayur + ikan goreng dan air mineral botol 1.5ml cuma rm 6.50 je. Lepas makan, register for coming back(after tracking) at HR office dan terus gi kat jeti untuk pulang dalam pukul 2.30ptg.

Tips ke Bako National Park
1) Terdapat perkhid- matan bas ke sana dari kuching. Bas terakhir dari jeti Bako ke kuching adalah pada pukul 5 ptg.
2) Carilah geng untuk naik sebuah bot ke sana. Jimat sikit.
3) Boleh bermalam kat sana. Ada chalet. Nak camping pun boleh.
4) Sila bawa air minuman kalau nak trekking. Haus gak kalau round2 pun.
5) Kalau korang nak trekking aku ke mana-mana tempat kat Bako NP, sila bawak baju extra sebab nanti baju yang korang pakai tu akan basah lenjun. Macam aku. Nasib baik aku bawak baju extra.
6) Semua tempat-tempat menarik kat Bako NP agak jauh. Be prepare with your feet. Kalau sakit kaki, jangan pegi la..buang masa je. Pakai kasut yang empuk sikit :)

Perbelanjaan aku ke Bako NP
Entry fee per person = RM 10.00
Tambang pergi balik = RM 24.00 (sbb kongsi 4 org)
Makan tghari/lunch = RM 6.50
Jumlah besar = RM 40.50

Bacaan lebih lanjut --> BACA KAT SINI PANDUAN: BAKO N.P


16 ulasan:

  1. rajinnye ko tulis blog..best gak g jalan2 eh..boleh jadu tourist guide la ko nih...blog ko nih blh jadi inspirasi utk org2 yang kena posting kat sana...

    BalasPadam
  2. Salam, tumpng tnya...sebelum g ke bako ni...kena cntact dulu x @ terus g jer...kalo x wat jungle taracking bole x?? means still bole nmpak x haiwan2 yg ada tu??

    BalasPadam
  3. @azma: TQ. Dtg la srwk. Nanti aku leh jadi tourist guide utk ko pulak. Hehe.

    @arabiz: kalau nak dtg tmn negara bako x perlu contact sana, terus pergi je.. Smpai je kat parking di jeti tu,akan jumpe satu bangunan admin & daftar kat situ (ada kafe kecil juga kat dalam). Then berurusan lah dgn boatman kat jeti utk ke Bako NP.
    Pasal nk lihat haiwan tu, rasanya kena berjalan jugak sikit(tak perlu trekking jauh2 maksud saya). Kalau monyet belanda, boleh dijumpai sekitar 1km dari HQ kat bako NP.
    Sebenarnya, haiwan liar kat sini susah gak nk jumpa melainkan anda trekking & ada luck.
    Bagi pencinta alam, Bako National Park adalah tempat menarik utk dikunjungi. Ada bukit, ada hutan, ada laut, ada paya bakau, ada pantai, ada muara sungai, ada air terjun(jauh sgt), ada tempat for camp-fire, ada keunikan tersendiri..

    BalasPadam
  4. ada plan nk g sarawak..mcm best jer g taman bako..tq atas info anda k

    BalasPadam
  5. TQ j@i atas minat anda membaca info dlm blog ni. Sekiranya anda tidak mahu trekking keseorangan, cuba cari guide. Agak mahal, sekitar rm200 rasanya..

    BalasPadam
  6. pergi dalam 3 orang. Aktiviti kat Tmn negara Bako hanya trekking jer ke?? tak der aktvti lain. kalau pergi juz nk jalan tgk2 sbap gambar leh tak??..hehehe nk kumpul mklumat.

    BalasPadam
  7. jangan lupa kt sini jugak banyak tetamu yg tak diundang..termasuk kerbau pendek yg seperti kambing di tempat kita...9khinzir)..hehhehe.dahulu sektu nk mbik air wudhuk solat subuh disana..aku dikejutkan dengn sapaan babi hutan yg besar mcm anak lembu..mmng terkejut...jinak sungguh bermaian di hadapan rumah tumpangan aku heheheh...pertama kali melihat hiwan itu 200 meter di depan aku

    BalasPadam
  8. seronok dgr cerita awk. say & kwn2 mmg tgh bercdg nak ke sane, cume tgh kumpul maklumat skrg ni...

    BalasPadam
  9. trimas sbb baca blog saya. anyway, semoga berjaya menjejakkan kaki ke taman negara bako yang best ni..

    BalasPadam
  10. seronok baca blog awak..
    sy n rakan2 pun baru posting kat kch ni..
    tgh bercadang2 nak xplore taman negara..
    rasanya nak try tmn neara bako dulu..

    BalasPadam
  11. hmm.. tmn negara bako mmgg best (bagi yang suka nature!), selamat berkunjung ke situ azira!

    BalasPadam
  12. sewa chalet kt itu brapa RM untk 1 malam??

    BalasPadam
  13. Pasal sewa chalet kat sana, saya kurang arif.. tapi saya pernah tanya pekerja kat kafe pasal chalet ni,katanya chalet ni ada banyak jenis, ada yang 2 bilik, 3 dan 4 bilik. kebanyakannya kongsi toilet/bilik mandi (bagi yg duduk bilik lain, satu chalet). Rasanya sebuah chalet(yg rate paling mahal) tak sampai rm200 satu malam.

    Tips: chalet ni terdedah dgn gangguan monyet & babi hutan. Jadi pastikan makanan disimpan ditempat tertutup, pakaian tidak dijemur sebarangan..

    BalasPadam
  14. Dipetik dari Berita Harian

    2 Sept 2011

    KUCHING: Taman negara tertua di Sarawak, Taman Negara Bako ditutup buat sementara kepada pelawat yang ingin bermalam di situ kerana masalah serius ketiadaan bekalan air bersih ke taman berkenaan.

    Penutupan berkenaan berkuat kuasa serta merta, demikian menurut kenyataan dikeluarkan Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) di sini, hari ini.
    SFC menyatakan pengumuman selanjutnya akan dibuat apabila taman itu yang terletak di penghujung semenanjung Muara Tebas, kira-kira 37 kilometer dari sini, bersedia menerima pelawat untuk bermalam di situ.
    Diwartakan pada 1957 dan meliputi kawasan seluas 2,722 hektar, taman berkenaan adalah yang terkecil di Sarawak tetapi dipenuhi dengan hampir setiap jenis tanaman yang terdapat di Borneo.

    Taman Negara Bako memberi peluang terbaik untuk pelawat mengenali hutan tropika dan pesisir pantai Borneo, dengan sejumlah tarikan serta aktiviti yang boleh dijalankan di situ menjadikannya taman paling popular di Sarawak. - BERNAMA

    BalasPadam
  15. tq for da info.. teringin nk ke sana.. tp tak pasti laa dapat pg ke tak.. sbb smp sn dlm bulan puasa

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...