Minggu lepas, kerja-kerja menceriakan bilik guru telah dijalankan. Aktiviti hari pertama dimulakan dengan membuang segala barang-barang lapuk lagi ‘menyemak’ itu. Hari berikutnya, bilik guru telah dicat. Kerja-kerja ini semuanya dilakukan secara berperingkat sehingga sekarang masih belum siap lagi. Susun atur meja dalam bilik guru telah diubah dan lantai telah digantikan dengan tikar getah yang baru.

Ketika kami sibuk mengalihkan rak, tiba-tiba muncul gecko atau lebih dikenali sebagai cicak kukgo di sini (kalau kat terengganu orang panggil pokke rasanya). Besar la jugak saiznya. Budak-budak bila dapat tau, terus diorang kejar & tangkap. Kalau dijual mungkin laku kot. Hehehe. Tapi akhirnya cicak itu dibebaskan atas rasa belas kasihan. SEKIAN.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan