nuffnang

NUFF

Ahad, 30 Januari 2011

LANGIT DIJUNJUNG

Cuaca sekarang selalu sahaja hujan. Kat saratok, hampir setiap petang dan awal pagi, pasti hujan turun. Kadang-kala lebat juga. Kelmarin, aku ada menelefon mak aku kat kampung. Katanya, acapkali hujan, jarang-jarang langit kelihatan cerah. Mendung. Kain-baju pun payah nak kering. Lama juga kami berbicara pasal keadaan langit di kawasan masing-masing menerusi talian telefon. Air sungai kat kampung makin menokok. Aku berdoa agar terengganu tidak dilanda banjir. Kesian juga mak ayah aku nanti.

Gambar ini diambil ketika bulan disember yang lalu di sekitar kawasan Esplanade Pasar Payang, Kuala Terengganu. Lihat langitnya, kelam sungguh meskipun pada waktu tengahari ketika itu. Syukur pada Allah, tiada laporan banjir teruk direkodkan saat tersebut.

Petang tadi, agak awal aku masuk ke perkarangan sekolah. Mujur sempat mendahului hujan lebat. Kalau tidak, bersusah payah lah aku memandu ke destinasi ini dalam hujan lebat. Risau juga. Pemandangan terhad. Jalan sempit. Becak dan berlumpur sudah pasti.. Alhamdulillah, selamat tiba juga aku.

Teringat pada kisah ketika tahun pertama aku di-posting-kan. Hujan teramat lebat dan berlarutan sehingga berhari-hari. Jalan begitu teruk sekali hinggakan kereta pun terlekat dalam jalan berlumpur. Kena tarik dengan pacuan 4 roda lagi.. tak cukup dengan itu, terpaksa ditolak pula oleh kudrat empat kerat. Maka, bermandi keringat lah dalam hujan yang renyai-renyai.
Semoga cuaca tahun ini tidak seteruk seperti tahun itu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...