nuffnang

NUFF

Jumaat, 14 Januari 2011

KALAU BOLEH, SETIAP MINGGU..

Aku ni kadang-kadang malas giler nak update blog. Munculnya tahun baru ni, aku harap dapat mencoret at least satu post setiap minggu (semoga berjaya la harapnya!). Aku ni kurang sikit idea bila nak menaip.. selalu kering aje (walaupun banyak aktiviti yg aku buat dalam seminggu sebenarnya!)

Baiklah, last week aku ada pegi kuching. Tujuan utama nak angkut barang-barang kawan aku yang hendak berpindah dari serian ke saratok. Penuh kereta aku dengan barang-barang dia. Di kesempatan itu juga, aku sempatlah pergi ke pejabat imigresen di kuching untuk membuat pasport antarabangsa. first time ni. berbekalkan sedikit maklumat yang aku dapat dari internet, aku meneruskan hasrat aku tu. Aku pegi sana pada pagi sabtu. Memang bukak pejabatnya pada hari tu. Jadi, aku sudah siapkan semua dokumen yang penting sebelum ke sana. Untuk pertama kali buat passport macam aku ni, diingatkan supaya membawa dua keping gambar paspot, kad pengenalan, sijil kelahiran dan satu salinan bagi setiap dokumen tu..
Mujur aku sampai awal, dapatlah giliran ke-7. Proses membuat paspot agak lambat kerana hampir semua petugas imigresen tu adalah pelatih. Mereka sedang dibimbing oleh senior di kaunter. Setelah 20minit berurusan, akhirnya pemprosesan paspot aku diluluskan dan bersedia ke kaunter pembayaran. Sebelum aku lupa, paspot yang aku buat tu valid untuk 2 tahun aje dengan bayaran rm100. Kalau nak 5 tahun pun boleh, tapi bayarlah rm300. Jam menunjukkan pukul 8.35 pagi dan aku harus menunggu selama sejam lagi untuk mendapatkan paspot. Aku isikan masa terluang tu dengan surf internet guna henpon.

Dalam pukul 10.00pagi, aku dah settle semuanya dan sudah berada di kedai makan untuk breakfast. Laksa sarawak menjadi sarapanku. Kemudian tapau nasik campur sebelum menuju ke serian sebagai bekalan makan tengahari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...