nuffnang

NUFF

Isnin, 17 Januari 2011

ULANG TAHUN KELAHIRANKU

Hari ni, ulangtahun kelahiran aku. Terima kasih kepada yang wish melalui facebook. Penuh la nanti inbox emel aku dengan notification dari fb. hehehe.. memang tiada ape-ape sambutan dibuat sempena hari bersejarah ni. Macam rutin biasa je. Mengajar. Cuma aku telah menghadiahi diri sendiri dengan tiket flite pergi balik kuching-kuala lumpur untuk next week (dah lama dah book/beli ni). Nak harap orang lain bagi hadiah, memang takde la..huhuhu!

Kalau diikutkan, tiket flite ni lebih special. Aku akan naik flite firefly yang baru beroperasi 2 hari lepas. So, baru seminggu kapal terbang tu digunakan aku dah berkesempatan menaikinya. Harap-harap servis firefly tak mengecewakan. Tak sabar nak naik flite baru!
Route BARU Firefly, klia-kuching bermula 15 Jan 2011. Kapal terbang pun BARU, jenis 737-800. Lebih besar. Bukan yang jenis otter tu (ATR) yg kecil macam airplane Maswing tu.

Setakat ni, taktau lagi nak buat ape kat KL nanti. Aku tak balik kampung, maybe just round2 KL je kot. Sesiapa yang nak order kek lapis ke, ape-ape ke.. silakan.. Cuma belanja ar aku sket bila sampai KL nanti; belanja makan ke, belanja nengok wayang ke.. hehehe.

Sempena hari bertuah aku ni.. aku doakan semoga perjalanan hidup aku sepanjang tahun ni diberkati serta dapat menjalankan kewajipan aku sebagai hamba Allah dengan sempurna. Amiin. Dan aku berharap segala urusan seharian aku dipermudahkan-Nya. Harap-harap semua yang dirancang untuk tahun ni berjalan lancar.


1 ulasan:

  1. rancangan nk bina "MASJID" termasuk x?

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...