nuffnang

NUFF

Ahad, 23 Januari 2011

REVIEW: FIREFLY FLITE

Pada 21 dan 23 Jan aku telah selamatnya diterbangkan oleh syarikat Firefly (Kch-Kl & Kl-Kch). Secara keseluruhan, boleh dianggap aku cukup berpuashati meskipun route penerbangan itu baru diperkenal dan menggunakan pesawat baru iaitu jenis Boeing 737 800. Sebelum ni, flite FF hanya pernah menggunakan /handle pesawat jenis ATR yang kecik je. Okey sila baca review ini;

Firefly guna pesawat baru, boeing 737 800. Enjin jet kan? At last, dapat la merasa pesawat baru yang baru digunakan seminggu je! Masih baru..


Counter Service

Di kuching, kaunter pembelian tiket boleh dibeli di booth yang terletak pada aras dua (departure level). Ianya berada bertentangan dengan kaunter check-in MAS, dekat dengan mesin scan. Kaunter check-in adalah pada C3 dan C4. Masa aku nak check-in, tak ramai orang, Cuma seorang je berbaris di depan aku masa tu. Maybe awal sangat aku dating kot. Huhuhu.

kaunter jualan FF di Kuching Airport

Gambar ni diambil sejurus selepas aku check-in, tetiba datang satu gerombolan group ni datang beratur kat kaunter FF di Kuching Airport

Kat KLIA, kaunter check-in nya terletak di A3 & A4. Sederet dengan pintu berlepas dalam negeri dalam negeri (domestics departure gate). Waktu aku sampai tu, ada seorang petugas FF yang jaga kat area tu. Korang boleh tanya dia kalau ada apa-apa problem pasal check-in. Dia jugak ada suruh beberapa penumpang supaya beratur kat mana-mana barisan yang pendek (ada 2 kaunter ke KCH & ke KK). Lupa nak ambil gambar kaunter kat KLIA ;P


Waktu Menunggu

Kat departure hall di kuching, pada mulanya aku ingatkan tak ramai yang nak naik flite (ye lah, aku sampai awal kan), sekali.. berduyun-duyun beratur bila nak melalui pintu berlepas A6 tu. Seperti Air Asia; warga tua, OKU dan ibu mengandung dijemput terlebih dahulu. Manakala di KLIA, setelah golongon istimewa ini dijemput, para penumpang yang memegang tiket bagi seat/tempat duduk baris 16 hingga 33 dipanggil dahulu (nak elak kesesakan la tuh!). Lambat jugak la aku masuk walaupun aku dah bergegas berbaris di depan. Hahaha, padan muka! Overall, ketepatan waktu berlepas & ketibaan boleh dipercayai dan aku puashati.


In-flite Services

Sebijik macam Air Asia; presentation keselamatan, jualan makanan dan cenderamata pun ada. Cuma pakaian flite attendant tu je tak sama. Merah versus Oren. Huhuhu.. Dalam pesawat, kitorang diperdendangkan dengan alunan muzik tradisional seperti rentak inang sebelum berlepas. Just minus-one je muzik tu. Pramugari dan pramugara diorang semuanya muda-muda lagi dan ramah jugak. Boleh dikatakan cun & hensem gak. Hehe.

Pramugari yang sentiasa senyum, sewaktu aku nak kuar dari pesawat. Aku adalah antara orang terakhir yang turun padahal duk kat seat 5A yang kat depan tu..hehe

Katalog jualan makanan & cenderamata. Simple dan nipis je, available from Jan to March. Pastu mungkin katalog lain pulak diorang kuarkan.

Antara menu makanan dan minuman yang dijual dalam flite

Cenderamata yang dijual. Aku ingat nak beli jersey, tapi takde saiz yang aku nak.. so, aku beli cap aje. not bad la, rm 10.


Seat

Aku sengaja booking hot seat (alah taktau ke?, seat kat row 1 to 5) dan standard seat. Dari Kch-Kl aku duduk kat seat 5A dan pulang, duduk kat seat 6F. Bagi aku, ruangan kaki kat kedua-dua jenis seat tu, tak nampak beza pun. May be they have same spaciousity. Cuma seat paling depan merupakan seat yang agak luas. Seat 2D, 2E & 2F (seat paling depan) paling luas kot sepanjang pemerhatian aku nih. Semua seat berwarna biru gelap (termasuk hot seat) dan teksturnya kulit/leather seperti Air Asia.

Seat leather, cam Air Asia gak. Ruangan kaki antara hot seat dan standard seat sama luas aje kot..

Seat paling depan, sebelah kanan pesawat(2D, 2E, 2F). Seat ni ada ruang letak kaki yang lebih luas berbanding seat lain.


Makanan

Ada 4 jenis makanan yang boleh diorder secara online iaitu; nasi goreng, nasi lemak, nasi beryani & nasi ayam. Aku memang dah masukkan sekali makanan (ambil yang standard package) dalam itinerary aku bila beli tiket aritu. Masa pergi (kch-kl), aku makan nasi beryani. Tasteless. Tak sesuai ngan tekak aku. Macam kurang masin je. Biasanya nasi beryani tu pun dah rasa sikit masin. Lauk/kari ayamnya pun macam kurang garam. Tapi habis jugak aku bedal. Lapar. Bila pulang ke Sarawak (kl-kch), aku makan nasi ayam. Ni boleh tahan sedapnya. Nasi dan ayamnya okey. Sambalnya nampak menyelerakan. Yang kurang pasal nasi ayam ni, diorang tak letak salad/timun dan tiada sup.


Nasi beryani. Rasanya kurang menyengat. Nasi dan kari ayamnya kurang masin. Makanan kesihatan kah? huhuhu..

Nasi ayam. Aku suka! Cuma takde salad dan sup.. kenapa ek? Boleh dipanggil nasi ayamkah tanpa dua bahan itu? Hmmm..

Sambal/Cuka-cili yang pedas. I loike yang pedas-pedas..hehehe


Landing & Berlepas - Overall, takdelah teruk sangat. kira okey la. cuma aku rasa macam agak laju sikit pesawat ni meluncur turun dan naik. maybe enjin terlalu power sangat kot. huhuhu..

Aktiviti - Actually aku ke Kuala Lumpur bukan untuk melancong. Just jalan-jalan santai je. Pegi rumah kakak aku kat serdang then dia bawak gi round-round, gi shopping complex. Window shopping je.. sebelum pulang ke sarawak, beli roti banyak giler..kawan-kawan kirim. Roti Gardenia yang lembut tu jarang dijumpai kat sarawak tau! kalau ada, harganya berganda-ganda mahal!

Kalau korang datang sarawak, banyak menarik kat sini (ceh, sempat lagi buat promosi!) Anyway, kat area kuching memang banyak tempat menarik. Aku pun belum habis teroka sejak lebih 2 tahun bekerja kat sini. Antaranya yang aku dah jelajah adalah taman negara bako, pasar serikin, taman negara niah dan lain-lain.

Okeh, letih dah menaip.. harap korang enjoy membaca! Sekian.



2 ulasan:

  1. picture yang paling atas tu seat brp? 6F kah?

    BalasPadam
  2. memang seat 6F tu.. duduk tepi tingkap (sebelah kanan pesawat), kalau nak luas..sila beli seat 2D, 2E ataupun 2F.

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...