Sarawak Cultural Village (SCV) atau lebih dikenali sebagai Kampung Budaya Sarawak terletak di sekitar Santubong/Damai sebelah utara bandar Kuching. Aku telah melawat ke sini pada cuti Tahun Baru Cina yang kedua. Tak sangka ianya dibukakepada orang ramai meskipun masih dalam cuti umum!
"Kampung budaya ini juga digelar 'Muzium Kehidupan' ditubuhkan bagi memelihara dan mempamerkan warisan kebudayaan dan kesenian negeri Sarawak. Muzium ini terletak di Pantai Damai, Santubong hanya 32km dari bandar Kuching merupakan tempat yang terbaik untuk mengenali budaya dan cara hidup tempatan.
Perkampungan seluas 17 ekar ini mempunyai seramai 150 orang penduduk yang mempamerkan aktiviti harian suku kaum negeri Sarawak seperti aktiviti memproses sago dan menghasilkan kraftangan. Mereka memakai pakaian tradisional dan mengadakan persembahan tarian tradisional untuk para pelawat. Penduduk kampung ini menerangkan tentang cara hidup dan kepelbagaian budaya mereka kepada pelawat. Pelawat juga boleh melihat replika bangunan yang mewakilkan setiap suku kaum pribumi utama yang ada di Sarawak; rumah panjang bagi orang Iban, Bidayuh dan Orang Ulu, rumah-tinggi Melanau dan rumah ladang orang Cina. Perkampungan ini juga mempunyai sebuah pentas di mana pelawat boleh menyaksikan persembahan tarian tradisional pelbagai kaum, sebuah restoran dan kedai kraftangan. Anda juga boleh melangsungkan perkahwinan anda di Kampung Kebudayaan Sarawak mengikut gaya tradisi kaum Iban, Melayu, Bidayuh atau Orang Ulu.
Rumah panjang yang terdapat di sini mempunyai deretan bilik-bilik yang bersebelahan yang disambungkan dengan sebuah ruang serambi yang panjang yang digunakan untuk aktiviti-aktiviti seperti mengukir kayu dan menganyam bakul. Pelawat sering dijemput menghadiri majlis pada waktu malam dan dihidangkan minuman tuak yang diperbuat sendiri oleh penduduk kaum Iban dengan menggunakan beras. Rumah tumpangan yang selesa juga ada disediakan untuk pelawat."
-Dipetik dari web site Tourism Malaysia
Aku pergi ke SCV ni berdua(dengan housemate). Terserempak la geng-geng maktab aku dulu kat situ. Sekiranya korang nak tau pasal sarawak, bagus datang ke sini kerana sebahagian besar maklumat tentang etnik-etnik kat sarawak boleh dijumpai di SCV. korang jangan berat mulut nak bertanya mereka yang berada/jaga di setiap rumah tu.
Bayaran masuk:
RM 60, dewasa (Warga Malaya & Pelancong asing)
RM 45, dewasa (warga sarawak/ i.c kod-13)
RM 45, dewasa (warga sarawak/ i.c kod-13)
RM 30, kanak-kanak (bukan warganegara)
RM 45, dewasa (warganegara) *promo CNY*
RM 20, dewasa (warga sarawak/ i.c kod-13)*promo CNY*
RM 15, student (sila tunjuk kad matrik IPT)
Waktu show (kat bilik teater):
Pukul 11.30 pagi & pukul 4 petang
(mesti tengok ni, rugi bayar mahal-mahal kalau tak tengok)
Berikut beberapa gambar yang telah aku ambil.
Pintu masuk kampung budaya. Ada 2 kaunter, sebelah kanan dan kiri.. boleh pilih nak bayar kat mana-mana kaunter. Dan juga foto panorama sebaik sahaja masuk ke dalam SCV.
Paspot & stiker-entry (ditampal pada baju) akan diberi kepada anda di kaunter. Pastu paspot tu boleh la dicop setiap kali mengunjungi setiap rumah di SCV.
Persembahan/show yang menarik. Kira-kira sejam pertunjukan itu. Seni tarian dan alunan muzik memang best!
Kat rumah bidayuh. Perasan tak ada tengkorak yang digantung (gambar kiri paling atas) terletak pada rumah/pondok kawalan diorang. Bahasa orang bidayuh tak sama dari satu kawasan dengan kawasan lain.
Yang ini rumah panjang orang iban (aku dah biasa tengok kat area sekolahku). Orang iban dan bidayuh bermusuhan pada ketika dulu tau!
Orang penan tinggal dalam pondok je sebab diorang selalu berpindah. Sempat la aku try menyumpit kat situ. RM1 setiap tiga cubaan sumpitan.
Ni pulak rumah orang ulu. Sebaik aje aku sampai situ, hujan pun turun. Korang boleh bergambar dengan sape(sejenis alat muzik) yang digantung kat dinding tu. Err..boleh ke? Takde tulis "don't touch" pun.. hehe
Kat rumah tinggi orang melanau. Aku beli tabaloi yang dibuat secara 100% tradisional. Hati-hati naik-turun tangga sebatang(gambar kiri tengah) yang terletak pada aras paling tinggi rumah tu. Makcik-pakcik berumur tak digalak naik menggunakan tangga ni.. susah nak turun nanti!
Kat rumah orang melayu sarawak. Ada tempat main congkak. kuih sepit dan bahulu ada dibuat & dijual di sini. Bawah rumah, ada buaian besar.
Time ni, aku dah malas nak ambik gambar. letih dah. Sampai je kat rumah orang cina, korang akan dihidangkan dengan teh cina & sedikit makanan ringan(termasuk limau mandarin). Halal. Kebanyakan orang cina sarawak, dulu-dulu usahakan kebun lada hitam. Terdapat mesin kisar & mesin blower lada hitam yang kuno kat situ.
saya sgt ske dgn blog anda nie...t'lalu byk info...best2 :) thanks sgt2...
BalasPadamPROMO CNY TU APA?MANA NAK DAPAT PROMOSI TU?REPLY KAT EMAIL iasha6@yahoo.com..
BalasPadamcny is stand for Chinese new year ^^
PadamMinta no telefon n no fax kampung budaya kuching....huhuhu g lawat....
BalasPadamAssalamu'alaikum... tumpang promote yer :)
BalasPadamMahu Kereta sewa di Kuching?
ataupun Pakej kereta berserta pemandu untuk lawatan ke kuching,
Kami menawarkan
khidmat kereta sewa dan juga khidmat kereta berserta pemandu selama 9 jam sehari untuk ke tempat2 menarik di kuching,sarawak..
utk info lanjut bolehlh pm saya or sms di nombor 01119192137