Tempat Menarik di Bintulu
Lepas aku pergi ke pantai Tanjung Batu, destinasi kunjungan aku seterusnya adalah Taman Tumbina yang hanya beberapa ratus meter sahaja jaraknya dari pantai Tanjung Batu tu. Taman Tumbina ini merupakan sebuah taman yang menempatkan beberapa spesis tumbuhan seperti orkid, pokok palma dan juga terdapat haiwan liar dikurung(macam zoo) seperti harimau, beruang dan rusa, termasuk juga spesis burung & rama-rama.
Bayaran masuk cuma rm2 bagi dewasa dan hanya 50sen bagi kanak-kanak. Murah kan? Susah nak jumpa mana-mana taman seperti ini dengan harga yang begitu murah!
Landskap di sekitar taman ini sungguh cantik dan boleh diumpamakan seperti zoo dalam taman. Lenguh jugak aku nak pusing satu taman ni. Hampir sejam setengah aku ambil masa nak pusing satu taman ni tau! Selamat berkunjung ke Taman Tumbina Bintulu..
TAMAN TUMBINA BINTULU
Bukit Bunga Kertas - Kat sini, korang dapat lihat pemandangan bandar Bintulu. Siap ada signbord arah ke manila, jakarta dll dengan jarak dlm km lagi..huhu
Alam Kelebar- Kat sini ada banyak rama-rama. Sebenarnya rumah peliharaan rama-rama, korang boleh lihat bagaimana kitar hidup rama-rama kat sini. Pemandangannya pun cantik, siap ada anak sungai mengalir kat bawah sangkar gergasi rama-rama ni.
Succulent Collection- Koleksi pokok jenis kaktus (pokok kulit berlilin) boleh dijumpai di sini. Banyak spesis yang tak pernah korang jumpa ada di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan