Tempat Menarik di Bintulu
PASAR UTAMA BINTULU
Hari terakhir aku di Bintulu, aku telah menjejakkan kaki ke sini. Lebih kurang pukul 9pagi check-out dan terus menapak ke pasar ni. Agak sukar nak cari tempat parking pada hujung minggu di sekitar pasar ni. Pasar Utama Bintulu sebenarnya lebih mirip kepada market-market lain di negara kita.
Dataran Esplaned Bintulu dari pemandangan di tingkat atas pasar ini.
Ada tempat makan kat bahagian atas pasar. Aku menjamu selera dengan mi sup dan milo ais sebagai sarapan.
PASAR TAMU, BINTULU
Ianya terletak betul-betul bersebelahan dengan pasar utama bintulu. Pelbagai hasil hutan & laut dapat ditemui di sini. Aku tak melepaskan peluang untuk membeli cencaluk dan belacan yang dikatakan agak terkenal di bintulu. Belacan yang aku beli adalah masih baru tak baunya tak sekuat belacan lain.
Dan kemudiannya, aku mula beredar dan memandu pulang ke Saratok. Sayonara Bintulu! Oleh demikian, tamatlah episod travel ke bintulu. Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan