Pada 28hb april yg lalu(kelmarin), sekolah kami telah diundang ke SK Nanga Budu untuk memenuhi hajat bagi memperlihatkan perlawanan persahabatan bola sepak bwh 12tahun yg mewakili sekolah masing-masing.
Bagi mencungkil bakat dan mendedahkan murid-murid terhadap perlawanan antara pasukan luar, program ini berjaya menyuntik semangat serta meningkatkan keyakinan mereka.
Meskipun sekolah kami tidak berjaya merangkul kejuaraan, dengan tewas 2-3 kepada tuan rumah, perlawanan ini mampu membangkitkan rasa berkobar-kobar & keseronokan di kalangan murid-murid.
Apepun, aku amat berpuashati kerana mereka semua gembira
Tiada ulasan:
Catat Ulasan