Tempat Menarik di Bintulu
TAMAN NEGARA SIMILAJAU
Selepas hampir sejam setengah menjengah Taman Tumbina, aku mengambil keputusan segera ke Taman Negara Similajau yang terletak kira-kira 20km dari pusat bandar. Perjalanan aku ke sana memakan masa sekitar setengah jam. Untuk ke sana, sila ambil jalan bintulu-miri(highway pesisir pantai). Kemudian, ada signboard ke simpang Tapak Pusat Latihan Khidmat Negara Similajau. Sekiranya dari bandar bintulu, korang akan menempuh beberapa roundabout sebelum masuk highway ni. Setelah menemui simpang itu, TN similajau terletak kira-kira 9km dengan memandu terus(tak perlu belok-belok) ke situ. Apabila sampai di sana, sila ke pondok guard dan bayar rm10/orang sebagai entrance fee bagi taman negara. then, baru gate akan dibuka untuk masuk ke situ. Ada kafe, ada chalet kat TN similajau tau!
Actually, ini adalah kali kedua aku sampai ke sini. Sebelum ni, just round2 kawasan HQ je dan jenguk2 kawasan sahaja. Tapi kali ini, aku pegi trekking tanpa sebarang pemandu arah(guide). Pegi sorang-sorang je. Not bad.
Kat bawah ni peta trekking.. Aku just pegi kat view point & turtle beach 1 sahaja akibat kesuntukan masa. Turtle beach terletak kira-kira 7 km dari HQ dan ini bermakna aku telah trekking sejauh 14km untuk pegi-balik! Oleh kerana aku tiba di HQ hampir-hampir sahaja pukul 12 tengahari, jadi terpaksa speedy sikit kita trekking! Hasilnya kaki aku terseliuh... Gara-gara memecut berjalan kaki tanpa henti. Bayangkanlah, aku cuma ambil masa 3jam 15minit je berbanding recommended time iaitu 4jam. Leguh kakiku maaa...
Ni kat view point, aku ingat taknak pegi sebab takut tak sempat. tapi pegi jugak. aku berlari-lari anak tau untuk ke sini.
Trek/trailnya tidak terlalu mencabar. kurang kawasan berbukit. TN Bako,kuching lebih mencabar berbanding di sini. Best jugak la dapat merasai trek yang menelusuri pinggir pantai, sekali sekala terasa hembusan bayu pantai. Sepanjang trek ni, banyak sangat titi kecil. Ada alur paya bakau. Jangan sesekali bermain air paya ni, dikhuatiri ada buaya paya air masin!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan