Tahun ni boleh aku isytiharkan sebagai tahun melancong. Hampir setiap minggu aku akan berjalan-jalan jauh. Kalau kat sarawak ni, banyak tempat yang aku dah jelajah. Kuching dan Sibu tak payah sebut. Kerap kali sangat ke sana.
Bila cuti umum aje, ada je program yang aku dah rancang untuk pergi melancong. Alhamdulillah, setakat ni, tiada apa-apa masalah lagi dan tak melebihi bajet berbelanja+melancong lagi. Seronok bila dapat berjalan-jalan ni. Nanti bila umur dah lanjut, susah sikit nak bergerak ke mana-mana kan? Sehingga penghujung bulan april ni, aku cuma sempat jelajah sampai ke sabah je (paling jauh). InsyaAllah, lepas ni ke luar negara pulak. semoga percutian & perjalanan liburan ku berjalan lancar seperti yang dirancang.
Tips persiapan awal melancong;
1. Rancang dengan teliti & study/buat research tentang tempat yang bakal dilawati. cari maklumat melalui website, forum internet atau bahan bacaan.
2. Mulakan dengan bajet tertentu pilihan anda. kemudian buatlah persiapan berdasarkan bajet itu. mulakan perancangan anda dengan bajet tersebut!
3. Bahagikan perancangan anda kepada beberapa sektor supaya mudah dicapai. Sebagai contoh, adanya sektor penginapan, sektor pengangkutan, sektor makan-minum, sektor perbelanjaan dan sebagainya. Sila perincikan setiap sektor itu dengan bajet anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan