nuffnang

NUFF

Ahad, 10 Januari 2016

[TRAVEL] Review/Ulasan Tentang Chicken Cottage, Kuala Terengganu

Chicken Cottage? Penginapan ke? Bukan.. Mungkin Chicken Cottage agak baru di Malaysia kerana restoran makanan segera ini lebih popular di United Kingdom.


Okey, cuba korang baca ni:

KUALA TERENGGANU, 16 Dis 2015 — Anda tidak perlu ke negara England untuk menikmati ayam goreng halal produk negara itu, Chicken Cottage.
Rangkaian pengeluar makanan segera halal itu kini akan membuka cawangan pertamanya di Ladang Tok Pelam, Jalan Sultan Zainal Abidin esok.
Pengarah Urusan (M) Chicken Cottage Sdn Bhd, Khaliza Mahmud berkata, pembukaan cawangannya di sini akan memberikan peluang kepada penduduk tempatan untuk terlibat sama dalam memajukan perniagaan francais di negara ini.
“Kakitangan utama kami orang Malaysia, terutamanya anak Terengganu yang mempunyai kelayakan profesional dari Terengganu atau lain-lain tempat.
“Kami mahu memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, dan peluang untuk memberikan hasil cemerlang menerusi cawangan francais,” katanya dipetik portal New Straits Times Online, semalam.
Chicken Cottage mula diperkenalkan di Wembley, London pada tahun 1994 dan kini mempunyai lebih daripada 100 cawangan di Eropah, Britain, Afrika, Timur, dan Asia.
Ayam goreng jenama tersebut diadun dengan perisa campuran dari masakan India dan selatan Amerika Syarikat. 
Pada Februari tahun lepas, syarikat TI Global Food Holdings Ltd yang dimiliki dana negeri Terengganu Incorporated Sdn Bhd, mengambil alih 70 peratus saham Chicken Cottage.
Produk makanan segera itu juga akan bekerjasama dengan Universiti Sultan Zainal Abidin untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan produk makanannya, ayam goreng dan burger.
Seiring dengan perkembangan pemasaran produk makanan segera di negara ini, Khalizan percaya produk itu boleh dipasarkan dengan baik di negara ini.
“Dengan rekod prestasi yang sangat menguntungkan, kami yakin Chicken Cottage akan menarik lebih ramai lagi pengguna halal di rantau ini dan dapat menawarkan produk alternatif untuk bersaing dengan restoran makanan segera lain,” katanya.
Cawangan pertama pembukaannya akan dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.
**(dipetik dari www.themalaymailonline.com)

Aku kebetulan singgah di Kuala Terengganu petang kelmarin dan berjaya merasai sendiri makanan yang ada di Chicken Cottage. Sebelum tu jom kita layan antara menu yang ada.





Lokasi restoran boleh dikatakan agak strategik dan beroperasi dari premis yang baharu dibina. Kawasan yang itu bakal menjadi tumpuan baru pada masa akan datang.


Apapun, aku nak ulas sikit pasal rasa makanan yang aku cuba pertama kali ini, Aku telah membeli Cottage Grilled half chicken combo dan makan di sana.



Rasa ayam panggangnya boleh tahan tetapi kurang juicy sikit. Rempahnya perlu sedikit modifikasi untuk tekak orang malaysia, tapi aku boleh terima akan rasa rempah perapannya sebegitu. sedap juga sebenarnya. Ayam panggang didatangkan bersama french fries bersaiz sederhana dan minuman berkarbonat. Aku memilih air iced lemon tea (yang mana termasuk dalam pilihan minuman bikarbonat itu)

Sos cilinya ada rasa sedikit masam berbanding sos cili yang digunakan oleh KFC. kentang goreng (french fries) tidak jauh berbeza dengan KFC.

Aku juga tidak ketinggal untuk merasa menu lain yang ada, jadi aku telah membelinya sebagai take-away. Menu yang dibawa pulang itu adalah set ayam goreng crunchy combo dan Cottage Grilled Chicken burger. Set kombo ayam goreng disertakan sekali kentang putar, coleslow, dan minum berkarbonat.



Predict? Ayam gorengnya memang berbeza sedikit daripada KFC, rasa pepper lebih kuat dan sesetengah orang mungkin menggemarinya. Aku pula lebih suka ayam goreng KFC kerana sudah terbiasa dengan rasanya sejak kecil lagi. Tapi masih pass di tekak aku!


Kentang putarnya lebih banyak berbanding KFC tapi rasanya kurang menyengat. Dan coleslownya juga sama, lebih banyak kuantitinya. Rasa coleslownya kuat sedikit rasa masamnya tetapi aku sukakannya. Kalau di KFC, coleslownya selalu terasa seperti aku gigit bahagian kobis yang pahit tetapi tidak di Chicken Cottage.

Burgernya biasa-biasa sahaja. Mungkin aku sudah terasa kenyang kerana set kombo ayam goreng habis ditelan oleh aku sebelum itu. Tapi menarik juga burger tu kerana menggunakan kepingan ayam panggang.

Waktu operasi bermula 10pagi dan ditutup pada 10 malam setiap hari. Kalau korang buat order dikaunter, nanti sesudah membayarnya cashier akan menyuruh kita menunggu di kaunter mengambil makanan yang siap tu. Mereka guna sistem nombor giliran. Pada resit pembelian ada nombor tersebut.


kaunter mengambil makanan yang siap diorder. Kat skrin ada nombor tempahan tertera
Bagi aku secara keseluruhannya boleh dikatakan chicken cottage sebenarnya dari segi rasa tidak setanding harganya. Memang mahal harganya berbanding saingan terdekatnya KFC. Kalau harganya sama atau lebih murah, rasanya lebih tinggi sambutannya. Tambahan pula, harga yang tertera belum termasuk cukai GST, kalau di KFC, kita bayar ikut harga di papan harganya!

Cadangan aku kepada pihak chicken cottage; harga perlu lebih kopetitif, buat promosi seperti KFC di mana ada lunch dan dinner treat, variasikan menu dan yang paling penting, tingkatkan kualiti rasa pada setiap menu mengikut citarasa rakyat malaysia.

5 ulasan:

  1. Lokasinya agak pelik...Ladang Tok Pelam...

    Nampak macam mahal Ipc Chicken combo pun hampir rm14... kalah KFC...

    Anyway suka warna korporatnya... merah biru gitew...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ladang tok pelam nama tempat tu, nk buat macam mana, nama sejak azali lagi tu..hehe

      dan memang betul la, agak mencekik sikit harga dia berbanding dengan kfc

      Padam
  2. Boleh try kalu singgah KT ni..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. should try sebab chicken cottage ni masih baru kat negara kita, dan setakat ni ada kat kuala terengganu je. jadi lah orang pertama! hehehe..

      Padam
  3. Walaupun pandangan cita rasa pelanggan bukannya ulasan profesional, tapi pelangganlah target jualan dan faktor utama sesebuah premis makanan sama ada terus bertahan atau gulung tikar.
    Untuk permulaannya, dilihat lebih banyak maklum balas tidak berpuas hati dari mendapat pujian. Tapi itu bukan penentu kejayaan chicken cottage Terengganu.
    Sebagai warga Terengganu saya sangat berharap chicken cottage bijak dalam memberi perhatian pada setiap maklumbalas yang mereka terima. Review seperti entri ini boleh menjadi servey percuma untuk chicken cottage meningkatkan kualiti dan memenuhi kehendak pelanggan.

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...