nuffnang

NUFF

Sabtu, 16 Januari 2016

[TRAVEL] Bercuti ke Busan dan Gyeongju -22- IU Motel Seomyeon dan Bertolak Pulang

Entri yan g ni, aku kira entri yang terakhir bagi siri kembara ke Busan dan Gyeongju. Kalu ada entri pasal Busan dan Gyeongju selepas ini pun, mungkin pasal itinerary atau perbelanjaan kami sepanjang kat sana.



Berbalik kepada kisah yang asal, kami sampai bilik dah malam. Dekat pukul 11 malam rasanya. Balik bilik, kitorang terus bersihkan diri dan aku pasang tv. Hampir semuanya berbahasa korea.
Esok pagi, rencana kami mahu terus ke airport. Flight kami dalam pukul sepuluh pagi. Jadi kena ada awal sikit kat sana.

Nak cerita sikit pasal penginapan kami kat Seomyeon ni. Nama hotel kami IU Motel. Lokasinya kira-kira 200m dari Metro Station Seomyeon.


Bagi aku, hotel ni agak selesa dan best jugak la kalau nak disbanding dengan harganya. Kalau korang kaya dan banyak duit, hotel ni nampak biasa sangat sebab  korang boleh cari yang lagi bagus. Bagi aku, hotel ni berbaloi bagi rate 20,000 hingga 30,000 won semalaman.

Kenapa berbaloi? Kemudahan dalam bilik lengkap. Toiletries lengkap, sampaikan kondom pun diberi percuma!





Peti sejuk/fridge, cerek air dan tv flat skrin memang dianggap bonus kalau ada dalam bilik berkadar sederhana ni. Yang paling best dan menarik, ada komputer disediakan dalam bilik! Wifi pulak agak laju jugak la.




Aku suka decorating dalam bilik tu. Ada kelainan dan mempunyai identiti yang tersendiri.  Katilnya juga agak empuk, dan lagi nyaman bila aircond terpasang. Kami bukak je tingkap bila tidur (tak pasang aircond) sebab nak dapat udara lebih segar dan lebih dingin.


Keesokannya, kami bangun agak awal. Lebihan makanan yang kami tapau malam tadi sama-sama kami jadikannya sarapan pagi dan tidak lupa juga kami habiskan maggi cup yang tersisa daripada bekalan dari Malaysia. Kalau bawak balik semula, buat berat beg saja.






Proses check-out agak mudah, dan kami terus ke Stesen Seomyeon untuk bergerak ke Airport. Kalau dari Seomyeon kena turun di Sasang dan terus ambil airport rail ke Gimhae Airport.


Sampai di airport lebih awal daripada yang kami jangka sebab perjalanan kami begitu lancar. Pertukaran tren tidak mengambil masa yang lama.

Di airport, kami rehat-rehatkan diri dan menghabiskan makanan yang berbaki seperti roti, jajan dan minuman yang ada. Proses check-in tiada masalah kerana kami memang dah rancang untuk travel lite je. Tiada lebih berat pada bagasi kami (hand-carry).






Dalam masa terdekat ni, agak malas aku nak pergi ke korea selatan kalau ada orang ajak bukan kerana tak best. Aku dah dua kali ke sana, yang pertama pergi ke Seoul dan Jeju, kali kedua Busan dan Gyeongju.




Aku bukannya kaki K-pop atau peminat hiburan dari korea ni, jadi tak adalah rasa membuak-buak sangat nak berulang kali ke sana. Aku rasa, lebih baik aku simpan duit pergi ke tempat lain dulu.

*Tamat kisah bercuti di Busan dan Gyeongju. Terima kasih kerana membaca*

1 ulasan:

  1. Menarik sangat tulisan saudara. Saya baca bermula dari taman negara bako lagi.
    Boleh jadikan reference berguna.
    thanks for sharing :)

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...