nuffnang

NUFF

Sabtu, 2 Januari 2016

[TRAVEL] Bercuti ke Busan dan Gyeongju -9- Terpesona akan Anapji Pond

Sambung balik kisah seterusnya di Gyeongju. Sebelum tu, belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada pembaca sekalian. Esok dah start bersekolah bagi negeri-negeri tertentu (kumpulan A). Selamat bersekolah kepada anak-anak dan selamat bertugas cikgu-cikgu semua!

Baiklah, kita teruskan pada poin utama. Selepas puas merayau-rayau dan sakan bergambar di kawasan bulguksa temple, kami tunggu bas dalam 20 kemudian, bas 700 tiba. Aku segera ambil peta dan cuba mentafsir laluan bas sebaik sahaja bas mula bergerak.

Seperti yang diharapkan, bas tersebut akan melewati muzium Gyeongju. Sepanjang perjalanan lebih banyak pokok-pokok kelihatan berbanding bangunan. Kami tidak mahu ke Muzium Gyeongju lagi, tapi dalam laluan yang sama, kami mahu berhenti di Anapji pond.

Anapji Pond
Bas akan lalu dekat muzium itu yang letaknya di sebelah kiri jalan dan kira-kira 500m di sebelah kanan adalah Anapji Pond. Mujur ada penumpang lain yang mempunyai destinasi yang sama jadi tidak perlulah kami untuk menekan loceng bas.


Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke Anapji Pond ni. Tempat ni cantik, tapi kami sampai sini matahari dah mula menggalah tingginya. Mujur awan banyak di langit. Mendung dan redup sahaja ketika itu.



Kawasan Anapji Pond agak luas sebenarnya. Tapi masih ada tempat untuk berteduh kalau panas terik. Ada pepohon kayu atau bangunan yang disediakan untuk berlindung dari panas dan hujan.





Ketika kami sampai, tak ramai yang melawat tempat ni. Jadi kami ambil kesempatan bergambar sepuas-puasnya. Nak posing tunggang terbalik pun boleh. Tak ade lah kami buat macam tu.




Dalam tasik atau kolam ni ada banyak ikan. Pakcik kat sebelah aku suka bagi makan ikan dan kami juga suka dapat melihat ikan-ikan tu timbul di permukaan air, Hehehe..

Gambar kat bawah ni adalah miniature Anapji Pond. Senibina korea zaman dulu boleh tahan menariknya.


Lenguh juga kaki untuk melengkapkan satu pusingan kawasan Anapji Pond ni. Kami cuma santai sahaja di sini.







Cuaca redup dan mendung menyebabkan kami berjaya mengelilingi Anapji pond dengan kadar cepat. Sambil berjalan, aku dan Jiji akan berbual-bual. Kadang-kala berhentia ambil gambar. Kebanyakan gambar yang aku masukkan dalam ni adalah menerusi kamera telefon bimbit je.






Moh la kita beredar, banyak lagi tempat kami nak lawat. Kami di Gyeongju bukannya lama, cuma seharian sahaja. Itu pun dari pagi sampai petang sahaja.


Destinasi seterusnya adalah Gyeongju National Museum. Seperti yang aku bagitahu sebelum ini, lokasi muzium dengan kolam/tasik ni tak jauh antara satu sama lain. Jadi jalan kaki pun boleh dicapai.

Bersambung..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...