nuffnang

NUFF

Selasa, 20 Ogos 2013

MONSTERCHEF: RESEPI IKAN BAWAL BLACKPEPPER & IKAN MASAK TIGA RASA

31 Julai, Dewan Makan SK Nanga Grenjang

*selamat hari raya semuahhh! walaupun dah berakhir bulan ramadhan, entry pasal monsterchef belum habis-habis lagi.. biasa la. Cuti beraya sungguh-sungguh ni!!! hehe..

Saya chef E-jan, merangkap peserta terakhir untuk musim ini. Peserta terakhir untuk giliran memasak je, bukan peserta terakhir yang tinggal okey..

Menu masakan kali ini boleh dikatakan agak menyedihkan kerana saya tidak dapat menyediakan masakan bervariasi. Dua-dua menu menggunakan ikan sebagai bahan utama. Menu berganda? Ke manakah ayam pergi? Planning asal mahu masak ayam juga..tapi..tapi.. *biarkan rahsia*

Moh ler kita intai menu kali ini. Sebelum tu, saya memang suka decorate masakan cantik-cantik. Trade mark la kununnya! hehehe..Presentation itu penting yeop!

Resepi Ikan Bawal Blackpepper

Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal
1 paket segera rempah blackpepper
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
serbuk secukup rasa
garam
gula

Cara memasak
1. Goreng ikan bawal biar sedikit garing. Hiaskannya dengan menarik.

2. Tumis bawang-an biarkan ia naik bau. Masukkan sedikit air ke dalam serbuk/rempah segera blackpepper dan kemudiannya masukkan dalam bahan tumis tadi. Sempurnakannya dengan menyeimbangkan rasanya: tambah serbuk secukup rasa, garam dan gula.
p/s- serai & cili yang dipotong tu untuk menu lain tau..


3. Senangkan, guna perencah balckpepper je dah siap dia punya kuah. Then, tuang je atas ikan yang dah digoreng tadi. Taraaa.. siap dihidangkan.



Next resepi adalah masakan berasaskan ikan juga. Ikan bawal gak. bosan tak? Tak pe la.. sebab tu je yang tinggal dalam peti sejuk kitorang. Walaupun ikan yang sama, tetap nak buat variasi. Nah, terimalah:

Resepi Ikan Masak Tiga Rasa

Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal
2 sudu besar cili giling
2 sudu kecil tomato puri
2 cili padi (dipotong)
1 sudu sos tiram
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 batang serai diketuk
serbuk secukup rasa
garam
gula

Cara memasak
1. goreng ikan bawal sehingga agak garing. Hiaskan cantik-cantik. Ketepikan.

2. Tumis bawang yang dimayang bersama-sama cili giling dan sos tiram. tambah sedikit air bila kelihatan agak kering. Kemudian, masukkan serai, cili yang dipotong dan tomato puri. masukkan lagi air kalau ianya kering dan tambahkan gula, garam secukupnya..







3. Tuangkan kuah tiga rasa ni atas ikan. siap!



Tepi-tepi.. dulu you mencelah kat entri I, kali ni I pun nak interprem kat entri you jugak! *sambil rampas micropon*

test suara.. test suara.. I chef dina. I tak puashati la dengan you sebab masak ikan bawal je.. haish, tak best la.. ikan bawal..ikan bawal.. boring! Jom ikut I masak menu yang diseledup dari resepi chef cikgu fahmi!

Menunya, resepi daging cincang masak tauchu

Ini adalah antara bahan-bahannya. Ingat, lenyek tauchu dulu tau!


kobis bakal masuk dalam masakan & merangkap hiasan juga..

celur dulu kobis


susun elok-elok dalam mangkuk besar


sediakan bahan dulu untuk memasak


panaskan minyak


goreng bawang putih dulu


dah naik bau?


masukkan cili


goreng lagi


masukkan daging cincang


biar dia sebati dengan cili dan bawang


masukkan garam dan serbuk perasa


masukkan taucu dan sedikit air asam


dah siap goreng, curahkannya atas kobis tadi. senangkan?

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN
*jom puasa enam! eh, korang dah abis puasa? bagusss..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...