nuffnang

NUFF

Khamis, 22 Ogos 2013

MONSTERCHEF: RESEPI LEMANG, RENDANG & KUAH KACANG ALA GRENJANG

1 Ogos, Dewan Makan SK Nanga Grenjang

*Ini adalah entry terakhir pasal Monsterchef 2013, lepas ni boleh la aku sambung balik entry pasal korea pulak yang tergendala sekejap tu!

Sempena penutup program monsterchef yang disertai oleh chef dina, chef ijan, chef hanis, chef azizi dan chef fahmi (aku sendiri), kitorang dah berpakat nak masak sama-sama diakhir program ni.

Maka, cadangan memasak lemang adalah sangat dipersetujui kerana bahang hari raya makin terasa di hujung ramadhan kan? Kebetulan, pada malam itu adalah malam tujuh likur! Err, kami masak awal lagi, bukan petang mahu pun malam tetapi tengahari! *kering tekak ketika jaga api lemang*

Nak buat lemang ni tak perlu banyak bahan. Cuma kena tahu cara dan teknik yang betul je, kalau tidak mungkin lemang tak masak, mentah, terlampau berkerak dan paling tidak lemang masak tapi berderai!

 


Resepi Lemang ala Grenjang

Bahan-bahan
3 kilo beras pulut
3 biji kelapa
garam
buluh lemang
daun pisang 

Cara Memasak
1. Buluh lemang dibersihkan. Jangan pilih buluh yang terlalu muda sebab mudah mengecut dan mudah pecah ketika proses memasukkan pulut dan ketika dibakar.


2. Rendam beras pulut sekurang-kurangnya 3 jam. Kemudian tos-kannya. Ketepikan.


3. Gulung daun pisang dan masukkan ke dalam buluh. Ketepikan.



4. Perah santan. Pastikan ianya pekat jadi guna sekali perahan (tak pakai banyak air). Tambah sikit air dalam santan yang pekat tu. Masukkan garam. Part ni kena alert sikit. Biarkan rasa santan itu sangat masin. Diulang.. SANGAT MASIN. Setakat terlebih masin sikit masih tak cukup!


5. Dengan menggunakan sudu, masukkan beras pulut yang ditos tadi ke dalam buluh. Setiap 3, 4 kali beras dimasukkan dalam buluh, hentak perlahan-lahan supaya beras pulut turun padat ke bahagian bawah buluh.

6. Tuangkan santan yang tadi ke dalam buluh sehingga kira-kira 2 atau 3 inci dari aras beras pulut dalam lemang.

7. Bakar lah lemang. jangan sampai hangus sebelah tau. Macamana nak tau lemang dah masak? Mula-mula, santan kat bahagian atas buluh akan kering, (takde buih-buih yang gelegak tu) pastu, ambil satu lemang dan bukak je (bahan ujikaji)..hehe.




*I cerita pasal buat lemang dulu, lenkali I sambung balik cerita pasal cara nak buat rendangnya dan kuah kacang pulak ek.. sorry..



Resepi Rendang Ayam Grenjang








Resepi Kuah Kacang







p/s- Menu tambahan: 
Pansuh Ayam dan Lemang Rebus



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...