Sebelum aku buat entri pasal trip aku ke cambodia a.k.a kemboja, aku nak citer sikit perancangan awal dan sebenarnya trip kali ini hampir-hampir dibatalkan!
Korang pasti tahu cambodia ni terletak di Asia Tenggara. kalau tak tahu, nampak sangat korang ni sangap giler bab geografi. kedudukan sebenarnya seperti yang tertera pada map yang aku dah letak..
Trip kali ini juga adalah masih aku sebagai solo traveller. Dan asalnya adalah berdua, tetapi terjadinya aral, maka aku sorang je yang mengharunginya sorang diri..
Tiket ke sana memang dah beli awal-awal lagi dan memang benar-benar murah. Aku dan seorang lagi partner (yang aku kenal melalui internet) memang dah rancang pasal trip ni. Kami siap study dengan gigih pasal negara bekas rejim khmer ni.
Kami telah mengagihkan tugas. Jadi ini dapat meringankan beban dan lebih fokus. Tambahan pula, kami hanya memperuntukkan waktu yang terhad untuk aktiviti melancong di Cambodia. Cuma 3 hari dan 2 malam sahaja. singkat bukan?
Tugasan diberi. Aku fokus kepada Phnom Penh dan partner aku pula kena study pasal Siem Reap (Angkor wat). Kami dah buat ringkasan itinerary sebenarnya. Tetapi, bila tiba waktu yang ditunggukan, partner aku tak diluluskan cutinya dan tepaksa membatalkan trip kali ini.
Aku juga memang ingin membatalkan juga walaupun cuti aku dengan mudahnya di-approve! tetapi last minute(dlm 5 hari), aku tukar fikiran dan aku tak maklumkan pun pada partner aku *sori, aku sengaja tak bagi tahu, takut dia menggelupur nak join jugak..hehe*
Tunggu aku ada mood, baru aku akan tulis pasal trip kali ni. Tunggu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan