nuffnang

NUFF

Ahad, 12 Februari 2012

TRAVEL: PADANG - BUKITTINGGI


Kalau ada cuti yang agak panjang, aku sedaya upaya cuba manfaatkannya untuk memenuhi impian aku; melancong. hehe. Meskipun cuti umum maulidur rasul tak panjang, tapi aku masih menggunakan kesempatan ini untuk mengembara ke Indonesia.

Lokasi tuju kali ini adalah Bukittinggi yang terletak dalam wilayah Sumatera Barat (disingkatkan jadi Sumbar). Berbekal tiket tambang murah yang dibeli tersangat awal (10 bulan lalu), mujur la tiada problem pada tarikh penerbangan tu.

Overall, kembara ke bukittinggi agak best dan aku rasa lebih selesa berbanding ke Medan tahun lalu. Orang sumbar agak boleh diharap dan jarang jumpa yang mahu ambil kesempatan, kotanya tak terlalu macet, kehijauannya terasa nyaman sepanjang perjalanan ke bukittinggi kerana terletak di kawasan tanah tinggi.

Sebelum ingatan aku makin pudar, silalah baca catatan kembara aku di mana ianya dilakukan secara solo aku. Aku ke sana cuma sebagai backpackers dan tanpa ditemani sesiapa! Tapi kepuasan terjana sebaik sahaja misi aku ni tercapai. Korang patut cuba! haha. Dan tiada seorang pun ahli keluarga tau aku menjayakan misi ini.

BACA SINI juga - trip berkumpulan ke PADANG-BUKIT TINGGI

Jumaat, 3 feb 2012
Kereta dipecut dari saratok ke kuching (4.5 jam) supaya sempat naik flite AK dari kuching ke kuala lumpur. Setelah delay hampir setengah jam, aku naik ke perut kapal terbang dengan mata yang mengantuk. Sebaik pesawat berlepas, aku turut berlepas dari alam nyata(tidur la tu..), kononnya mahu dapat tidur secukupnya. Pesawat mendarat dengan selamat di lcct jam 2235. Keluar dari airport, terus aku ke Food Garden cari port nak lelapkan mata. sementara tunggu mata jadi kuyu sempat la aku charging bateri henpon sambil cari maklumat tentang tempat yg akan dituju keesokannya.




Sabtu, 4 feb 2012
pukul 1pagi, mata dah mengantuk sangat & aku tidur dalam keadaan duduk, kepala dibantalkan dengan beg beg atas meja. Memang tidur-tidur ayam je.. beberapa kali aku terbangun kemudian sambung semula. Jam 3.30 pagi mata aku tak mau lelap. mungkin tidur dalam keadaan kurang selesa kot! Kemudian aku sekali lagi surf internet pakai henpon dan bersarapan tepat jam 5pagi. takut kelaparan. Then, pergi check-in dan tanpa diduga terjumpa rakan sekolah & universiti. Berborak-borak la kami. Kawan aku tu mahu ke Jogjakarta. Solat subuh dan landing kat kerusi di Gate 3 menunggu kehadiran pesawat.

Pesawat berlepas lewat 10 minit daripada waktu asal iaitu jam 7.50pagi. Sampai di Bandar Udara Minangkabau, Padang jam 8.05 waktu tempatan. Perjalanan agak singkat cuma 1jam 5min sahaja ke sana. Seperti biasa, aku akan bawak pen kalau pergi keluar negara, senang nak isi form. Barisan agak panjang untuk melepasi imigresen indonesia sebab cuma 2 kaunter saja dibuka kepada foreigner. Hampir 45minit aku berbaris.

Sebaik kaki melangkah keluar dari balai ketibaan, kelihatan ramai pak supir dan travel agen memegang nama-nama klien mereka. Nama aku takde la, sebab aku kan gi sebagai backpacker. hehe. Berdasarkan pembacaan aku melalui internet, ada bas yang beroperasi di berdekatan luar balai ketibaan. Menapak beberapa meter ke kiri pasti akan terjumpa bas tranex.

Aku naik bas tersebut, sempat berbual dengan seorang makcik dan konduktor bas tersebut.

"Anak dari mana?"
"Dari Malaysia, bu"
"Sendiri?"
"Iya, gi mana mahu ke Bukittinggi?"
"Bis ini akan henti di Traning, kelak ambil 'trafel' ke Aur Kuning"
"Pernah datang ke sini?"
"Nggak pernah, cuma pernah berlibur ke Danau Toba(medan) dan Bali"

banyak lagi yang dibualkan dan aku bertutur sekejap berbahasa melayu, sekajap indo.. huru hara!

Bas bergerak dalam jam 9.05 dan turun di hentian transit yang namanya Traning 30minit kemudian. Di situ aku naik minivan yang akan membawa diriku ke Aur Kuning, Bukittinggi. Minivan akan berangkat sebaik sahaja ianya dipenuhi dengan penumpang. memang padat dan aircond pula tak terasa. panas. Perjalanan mengambil masa lebih 2 jam setengah! berkematu ponggong aku. haha. Dipertengahan perjalanan, hujan turun mencurah-curah, baru la terasa agak dingin ditambah pula minivan(trafel) sedang menaiki kawasan tanah tinggi. Kalau tak silap aku, mungkin dalam kawasan lembah anai ada sekali minivan tu berhenti. Motif? penjual makanan akan buka pintu minivan dan kalau korang lapar, boleh la beli jajan yang dijual. Kekacang, kuih, kerepek dan pelbagai lagi makanan tempatan yang aku pun tak kenal.

Tambang bas, Bandara ke Traning(transit) = 18,000 rupiah
Tambang trafel, padang ke bukittingi = 16,000 rupiah
Tambang angkot, aur kuning ke pasar atas = 2,000 rupiah


Setibanya di Aur kuning (hentian terakhir), semua orang turun. Dengan bantuan seorang uncle(penumpang disebelah aku), dia menahan angkot dan meminta pemandunya bawakan aku ke Pasar Atas (tempat ini umpama sentral bagi kota bukittinggi). Sampai je kat situ, pemandu turunkan aku dan minta cross supermarket Ramayana untuk sampai ke Pasar Atas.i,

Setibanya di Jam Gadang yang terletak betul-betul di depan supermarket ramayana dan pasar atas, aku terus snap beberapa gambar. ketika itu hampir pukul 4.00 ptg. jadi aku tidak membuang masa untuk mencari tempat penginapan.

Berdasarkan gerak hati, aku mengambil arah bertentangan dengan pasar atas untuk mendapatkan hotel. Penginapan pertama yang aku jumpa adalah hotel Ambun Suri, lepas ditanya hotel ini dah full rupanya, pastu aku jalan lagi jumpa satu lagi hotel (lupa namanya) tapi ratenya agak tinggi dan hotel terakhir yang aku jumpa di mana adalah hotel yg menjadi pilihan penginapan aku adalah Hotel Yuriko. Ratenya agak berpatutan.

Sebelum aku setuju menerima hotel ni, aku membuat satu permintaan di mana pihak hotel perlu menyediakan/mendapatkan khidmat transfer ke airport (sebab flite aku awal pagi, jadi sukar nak dapatkan pengangkutan awam!). maka pihak hotel telah menelefon teksi. Dapat. pemandu teksi mahu dibayar 300,000 rupiah kerana terlalu awal pagi, namun selepas berbincang, dia sanggup kurangkan kepada 250,000 rupiah saja. Tak kisah la. Janji aku sampai airport mengikut ketetapan waktu. Di samping itu juga, aku cuba mendapatkan khidmat sewa motosikal tetapi pihak hotel tak menyediakannya. Atas inisiatif receptionist a.k.a penyambut tetamu hotel, dia telah banyak membantu aku. dia telah menelefon saudaranya dan akhirnya aku diberi dua pilihan sama ada mahu menyewa motosikal iaitu 65,000 rupiah/hari atau menggunakan khidmat kereta sewa berharga 450,000 rupiah/hari (termasuk driver+minyak). Jadi aku mengambil keputusan menggunakan kereta sewa berserta driver kerana cuaca ketika itu agak tidak menentu. Sekejap panas, sekejap hujan.

Selepas menyimpan beg dalam bilik, aku turun untuk menjelajah kawasan sekitar. hotel ini berada tidak jauh daripada lubang japang berdasarkan peta yang aku dah print siap-siap. Lubang japang ni terletak dalam Taman Panorama. nak masuk kena bayar. Dah lupa berapa entrance fee nya..

*akan disambung lagi*





8 ulasan:

  1. salam..
    tengah kumpul info pasal bkt tinggi..
    bile nak sambung cite? :)

    BalasPadam
  2. cerita ni dah habis ke ada lagi? nxt month insyaAllah nk backpacker ke bukit tinggi juga,skrg tgh survey2

    BalasPadam
  3. best travel mcm ni...baru jer balik dr bkt tinggi tp ikut travel..tak best..byk stop kat shopping jer...next time kena p backpacker jer...

    BalasPadam
  4. Salam, ada tak contact nombor kereta sewa dengan pemandu tu? Kalo ada boleh bagi kat saya kat cni atau kat email saya fatyn_kisses@yahoo.com

    BalasPadam
  5. Salam, En.Zul, bile nk smbung crite ni?? sdang mngumpul mklmat ni..

    BalasPadam
  6. Contact number Pak Uncu (supir):
    No.tel: +6285263050669

    BalasPadam
  7. ada email address pak supir tak? blh email saya ke biqque@gmail.com pls :)

    BalasPadam
  8. assalamualaikum.. saya nak tny, kalau trafel dri padang ke bukittinggi tu nk ambil dekat mane ye? kalau dari airport sne nak pergi ke bukittinggi awk suggestkan naik apa ye yg murah?

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...