Untuk mengisi masa terluang, setiap rabu aku akan tulis sesuatu yang merapu lagi mengarut. kalau korang nak percaya, ikut sukahati korang la.. sebab semuanya adalah m-e-r-a-p-u.
Sebagai permulaan aku nak kongsi tips cemana nak bersihkan muka korang supaya menimbulkan seri dan kelihatan muda.
tips 1: Perasan tak bila korang bangun tidur pada waktu pagi. Memang muka cam jahanam, kalah geng enam jahanam. Jadi sila la bergegas ke toilet. Basahkan tapak tangan dan sapu ke muka. hilangkan tahi mata yang berketul-ketul serta air liur basi. Basuh muka lagi, kemudian lengan tangan, anak rambut, telinga dan kaki disertai niat berwuduk sebelum memulakan semua ni. Hehe. Pasti muka jadi akan lebih berseri kalau kita bersolat subuh selepas tu.
tips 2: Percaya tak muka berjerawat boleh dihilangkan dengan teknik basuhan yang betul? (dah bagitau awal-awal entry ni mengarut pun masih nak percaya?). Sembankan muka anda kat sinki dan mulakan langkah berikut. Ambil ubat gigi, letak pada berus gigi dan gosok gigi anda selama 5minit kemudian jelirkan lidah. Tahan. Berus lidah anda sekurang-kurangnya 3 kali. Kemudian, basahkan kain dan lapkan sekitar bibir. berkumur-kumur seketika. Laaa.. kenapa banyak sangat step ni? Bodo la korang baca tips ni..haha. Pakai aje oxy, ingat boleh ilang jerawat stakat basuh muka? Bengap!
tips 3: Muka berminyak? Basuhla dengan air sabun atau detergen. Bilas dengan air. Ni la yang aku blaja masa ambik kimia masa SPM dulu. Semua ni berkaitan dengan sifat hidrofobik dan hidrofilik bahan tu. Yang tak paham tu, siapa suruh tak ambik kimia.. Tips ini hanya berguna kalau muka terkena percikan minyak masak, petrol/diesel/kerosin atau minyak gris. Muka berminyak secara semulajadi jangan tiru. nanti orang sebut, bodo ke diri! hehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan