nuffnang

NUFF

Selasa, 21 Februari 2012

KIRIMAN ITU TELAH KUTERIMA

Wah, tajuk entri ni kalau dibuat tema telenovela pasti takde orang berminat! huhu.. Apakah kiriman itu? Ianya Dikirim melalui mel(courier) udara dari syarikat Airpak.

Aku pegi ambil kat Kuching tau kiriman tu. Sanggup aku drive ke kuching yang terletak 4-5jam perjalanan tu. (sebenarnya memang ada niat nak pusing-pusing kuching hujung minggu baru-baru ni). Kiriman berbentuk bungkusan itu, boleh je di kutip kat saratok tapi ketidaksabaranku membuak-buak untuk menerima "nya".

Syarikat Kurier Airpak ada menghubungi aku pada jumaat lepas.

"Helo, saya Ellizeberth dari Airpak. Encik Zulfahami kah ini?"
"Iya, kenapa cari saya?"
"Ada bungkusan untuk encik, baru tiba"
"Oo.. jadi cik nak saya collect?"
"Betul, tapi kalau encik nak segera, sila datang ke ofis kami terletak di belakang Hock Lee Center, kuching"
"Eh, jauhnya. kenapa tak dihantar terus ke Saratok?"
"Boleh kalau encik kisah bungkusan ni sampai agak lewat kerana kami terpaksa menggunakan khidmat ejen untuk menghantar ke sana. Kami tiada cawangan di sana"
"Jika begitu, biar saya fikirkan dahulu.. nanti saya contact semula"

Jadi sabtu lepas, aku terus ke kuching mendapatkan bungkusan sambil cuci mata di kuching. hehe. Akhirnya Huawei Mediapad ku tiba jua. boleh la ber-internet dgn santai & sambung semula main angry bird.
mediaPad yg tidak se-gah samsung galaxy tab tetapi lebih banyak kelebihannya..

kelebihan: kamera 5mp, skrin yg tinggi resolusi dpi, support HD, duo core prosessor, yg penting lebih murah berbanding galaxy tab 7.o

android honeycomb 3.2 dan boleh di upgrade kepada android ice-cream sandwich 4


p/s- harap lepas ni, aku dpt sambung balik entri pengembaraan ke padang-bukittinggi selepas dpt mood baru ni..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...