nuffnang

NUFF

Khamis, 9 Februari 2012

LAWAN SEPAK BOLA

Perlawanan persahabatan bola sepak antara staff SK Nanga Grenjang dan SK Nanga Budu telah berlangsung petang tadi bertempat di Padang Sekolah SK Nanga Budu. Hujan turun agak lebat namun tidak mematahkan semangat kami. Perlawanan dimulakan agak lewat kira-kira jam 5 petang. Habis lenjun pakaian kami meredah hujan demi meyempurnakan perlawanan yg telah diatur ini. Kesudahannya kami kecundang tapi tak kisah sebab kami lebih bergaya berbanding pihak lawan. Kenapa?

“Wah, merah-merah semua baju korang!”

“Hehe.. merah tu tanda bersemangat”

“Cantik la design ni, tak boleh jadi.. nanti pihak kami pun nak beli jugak”

Jersey kitorang murah je.. tapi bila semua pakai, nampak macam hebat kann?”

“Ye lah..”, dibalas pendek oleh Cikgu Lan (pihak lawan) dengan agak cemburu.

Kami menang bab bergaya.. bergaya dengan jersey merah tertera nama sekolah.

Inilah jersey itu. Jersey yang baru dibasuh selepas berhempas pulas menandingi kehebatan pihak lawan.

Saat ni (ketika menaip entry), kaki aku terasa amat lenguh dan sengal-sengal belum lagi hilang. Matilah nak bertugas esok, jawabnya berjalan terhencot-hencot la esok pagi!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...