nuffnang

NUFF

Isnin, 26 Januari 2009

PEKAN SARATOK

Hari tu janji nak ceritakan serba sedikit pasal pekan saratok kan.. jadi entry kali ni berkisar tentang pekan yang damai ni. Kepada pembaca budiman sekalian, terima ksaih kerana memberi sokongan walaupun secara senyap-senyap. Hehehehe..ada ke?

Biasanya, sebelum aku turun ke pekan saratok, awal-awal lagi kena bagitau kat cikgu ludin (cikgu lama kat sekolah tu) supaya tumpangkan kami berempat ke pekan tu. Habis aje kelas pada tengahari jumaat, terus je turun ke pekan dengan beg sandang/baju. Kami terus lepak kat pekan saratok sepanjang weekend tu, termasuk juga minggu ni (cuti CNY). Gambar berikut disnap melalui kereta kembara cikgu tu.. ibubapa ambil anak mereka pulang dari asrama/sekolah. Gambar yang ada tali belang-belang putih-merah tu adalah tebing jalanraya yang runtuh..

Cuaca kat sini selalu hujan. Biasanya mendung. Mungkin musim hujan kot. Sesampai je kat saratok, ngam-ngam masuk waktu zohor..terus je gi sembahyang jumaat kat pekan ni. Aku rasa, nilah satu-satunya masjid yang terdekat dari sekolah aku..lebih kurang sejam perjalanan!

Okey la, pekan saratok kecik je. Orang-orang iban biasanya merujuk ’turun ke pasar’ adalah turun ke pekan saratok. Aku ingat pasar pagi ke..pasar malam atau pasar minggu, rupanya pasar tu melambangkan kedai-kedai yang ada kat pekan saratok ni..hehehe. Betul-betul ditengah ’pasar’ tu.. ada majlis daerah saratok (MDS). Kecik je pekan ni.. mercunya ada sebuah tugu jam di depan MDS tu. Kalau korang sampai sini jangan cuba cari supermarket, apatah lagi hypermarket..sioa-sia je..kehkehkeh. Kedai fast food yang ada cuma sugar bun je..NO McD or KFC, sorry..

Dan sempat juga aku ke pasar basahnya, dekat tepi sungai dan jeti.. apa nama sungai tu? Aku pun dah lupa..hehehehe. Tenang je panorama tepi sungai tu. Dan kata orang, sungai tu ada buaya! Biasala, sungai kat sarawak konfirm ada makhluk tu..


SELAMAT BERCUTI SEMPENA TAHUN BARU CINA!!!

5 ulasan:

  1. selamat bercuti gak cikgu... seronok tengok gambar pekan saratok dlm gambar, dah lama tak ke situ (^,^)

    BalasPadam
  2. ambik ka gambar manah gik mie, gambar bak sekulo.keni gaya rumah cikgu, bilik kelas, bilik sumber endur mandi n dewam makan icak ke orang bak putra jayo din medok keni ke pemerinsak idup kitai bak sekulo.anang sidak ya berjaku ajak pasal pengawa cikgu, kemudahan endak disedia ka manah gik. peace 2 u....he..he...

    BalasPadam
  3. welcome to sk ng grenjang...aku skolah kt sini dr 1996-2001...thanks god...skolah ni dh bnyk brubh kalau nk banding ngn time aku msh study dulu...

    BalasPadam
  4. Hallow cikgu^^,
    Welcome to Saratok.. Ibu bapa di kawasan ini memang menghormati cikgu-cikgu. Jangan malu untuk berinteraksi dengan mereka sebab kebanyakan orang Iban di Saratok memang peramah lebih-lebih lagi kalau mereka tahu anda cikgu. Ada masa kita berjumpa di pasar Saratok..keh2..:) :) :)

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...