nuffnang

NUFF

Sabtu, 10 Januari 2009

JAUH PERJALANAN, LUAS PEMANDANGAN

Ya, memang tersangat luas pemandangan bila aku sampai ke negeri sarawak ni. bermula dari bandar kuching sehingga ke pekan saratok, bermacam-macam panorama yang kelihatan. Tapi sempat aku snap, beberapa tempat sahaja. Bateri pun dah low. Kira nak save bateri lah ni..

Terlebih dahulu aku nak ucapkan alhamdulillah dan memanjat setinggi kesyukuran kerana diberi kesempatan untuk online walaupun terpaksa keluar ke pekan pada weekend ni. Kami (aku dan 3 rakan sekerja yang lain)terpaksa bermalam di hotel murah semata-mata untuk berhubung dengan dunia luar. maklumlah, sekolah kami tiada coverage celcom, maxis mahupun digi.

Perjalanan dari sekolah ke pekan saratok ni, mengambil masa kira-kira satu jam dan terpaksa melalui jalan tidak berturap untuk separuh perjalanan (walaupun tak berturap, tapi bukan jalan tanah merah.. cuma jalan batu kerikil sahaja).

Baiklah, gambar ni adalah perjalanan dari kuching ke pekan saratok. Kira-kira 5 jam untuk sampai ke tempat yang dituju. Hujan turun sekali-sekala sepanjang perjalanan. boleh nampak banjaran pemisah kalimatan sepanjang perjalanan ke sana. Kawasannya agak mundur. dipenuhi dengan hutan dan pokok-pokok sepanjang perjalanan.

Yang ni pula, perjalanan sebelum sampai ke pekan saratok. pinggir pekan. terasa damai je bila nak masuk ke pekan saratok. hehehehe.. lenkali, aku criter pasal pekannya pulak..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...