Alhamdulillah, walaupun di kawasan sekolah tiada coverage telefon atau internet, tapi aku masih diberi kesempatan oleh tuhan untuk meng-hupdate-kan blog ni setiap weekend. Setakat ni, sudah 2 minggu berturut-turut aku berada di pekan saratok untuk keluar dari kawasan 'tertutup' di pedalaman sana. hehehe..
Aku pun tak tau nak tulis panjang-panjang. banyak sangat cerita nak dikongsi tapi sampai taktau nak pilih.
okey la, aku start dengan life di rumah guru dulu. tempat tinggal aku ni simple je. kami duduk berempat dalam sebuah rumah. semuanya cikgu baru dari semenanjung. sorang dari kelantan, sorang dari besut dan sorang dari pahang. biasanya, kami jarang masak sendiri kat umah. selalunya kami makan kat dewan makan asrama. apa yang budak makan, itulah yang kami makan. nasib baik tukang masang tu orang melayu islam. kalau bukan islam atau orang iban, konfirm tak makan kat situ.
elektrik guna sepnuhnya kuasa dari jenset. 24 jam. air pulak datang dari bukit. sejuk sangat untuk mandi pagi-pagi. paling tensen bila air jadi keruh sebab hujan lebat sangat. terpaksa mandi air tadahan hujan dalam tangki yang besar kat belakang rumah tu.
Disebabkan susah nak online, jadi lenkali aku criter lagi sebab tak cukup masa nak online lama-lama. jumpa lagi next week.
wah pedalaman nyer tmpt ko posting...
BalasPadamso cepat2 laa kawen.leh mintak blk semenanjung...