nuffnang

NUFF

Isnin, 5 Januari 2009

BUMI KENYALANG: MY FIRST TIME..

Alhamdulillah, akhirnya aku selamat menjejakkan kaki ke negeri sarawak kemarin. Bandar kuching menjadi saksi kedatanganku ke sini. nah, bacalah bingkisan dari bumi kenyalang ni:

First time naik flight
~perasaan ku berasa sungguh excited dan penuh curiosity bila first time naik 'belon' ni, sebagaimana/seumpama excitednya apabila rollercoaster mula bergerak (sesaper tak pernah naik rollercoaster, patut cuba tau!). Tapi bila dah berada dalam penerbangan lama sikit, rasa macam naik bas ekspress je.. Anyway, flight tiba di bandar kuching pada pukul 7.55ptg setelah bertolak dari KLIA pada pukul 6.10ptg.

First time menginap di Hotel 5 bintang!
~kami diberi penginapan di Hotel Merdeka Palace yang dikatakan bertaraf 5 bintang! Kad Akses diberi sebagai kunci bilik hotel dan kunci keselamatan di sini. Tak pernah naik lif kena swap/insert kad akses. masuk lif, kemudian insert/swap kad akses then baru boleh pilih menu aras. kalau tak, butang-butang kat lif tu tak berfungsi..

First time rasa mee kolok sarawak
~bila dah sampai kat hotel, perut dah terasa lapar. kuar jejelan kat sekitar hotel. pergi kat sebuah gerai lebih kurang 500meter dari hotel (nak makan kat hotel, mahal harganya!kehkehkehkeh). Operasi dilakukan bila jam mencecah pukul 10.30mlm. jumpa sebuah kedai. Makanan diorder. aku mintak sirap barli dan mee kolok. sengaja nak cuba mee kolok. tak pernah rasa. katanya, special sket mee kolok ni.. biar aku describe sket pasal mee kolok ni. baru ku tahu, mee kolok ni diperbuat daripada mee spageti..bukan mee kuning biasa, digoreng dengan kicap dan dan dimakan bersama sup daging (diletakkan secara berasingan drpd mee). Okey la rasa mee tu..

First time jejak kaki ke sarawak!
~sudah pasti berdebar-debar bila kita kena menyesuaikan diri ditempat orang. Budaya, bahasa, cara hidup di sarawak amat berbeza dengan semenanjung.. semoga diriku dapat menempuhi segalanya ini.

Pagi nanti, penempatan ke sekolah akan diberi.. so, boleh la tau dapat sekolah mana! Luas daerah betong tu.. aku dapat rasakan akan dipostingkan di kawasan pedalaman je.. waaa.. pasrah aje la bila dapat mana-mana pun. Lepas ni (taklimat penempatan), kami akan terus dihantar ke tempat posting masing-masing di betong. tengahari nanti kena naik bas pulak ke betong..

p/s- terpaksa online pakai digi broadband. lupa nak ambil password kat reciptionist kat kaunter bawah hotel ni untuk akses WiFi. Gambar tidak berjaya di-upload, tak tau kenapa? blogspot ni ada problem sikit kot.. dah cuba banyak kali..

Tenkiu kepada pembaca yang memberi sokongan kepada aku! Perjalanan hidup di sarawak baru sahaja hendak bermula! selamat berjuang!

2 ulasan:

  1. salam. Urm,mst dah masuk sekolah cgu fahmi ni.. Slmt mgajar.bru odway ke k.lumpur ni.ok,if u free,u can call me. I hope my school have phoneline too. 1st week memang busy,nak kenal cgu2,bdak2 sek,parents lg,jiran2 pn, nak sesuaikn dri lg,nak fkr cara mgajar lg. Begitulah awl mula seorg guru d tmpt baru. Xpe,pglman itu y pentg, seronok bila dkenang dn dkongsi. Janji ikhlas krn Allah. InsyaAllah,sglnye baik.

    BalasPadam
  2. salam...selamat bertugas cikgu... walaupun di mana kita berada... yang penting amanah dan tanggungjawab kita perlu dilaksanakan dengan penuh kesungguhan... bergembiralah dan berbahagia selalu menjadi seorang guru... Senyum selalu...
    p/s : entah2 boleh grab sorang aweks dari betaong kot ??? hehe...

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...