nuffnang

NUFF

Sabtu, 3 Januari 2009

MENGEJAR WAKTU

Fuhhhhh.. Lega. Ungkapan pertama bila aku masuk blog sendiri. Kali ni aku nak tulis je.. malas dah nak upload gambar atau picture. Dua tiga hari lepas merupakan hari yang betul-betul mencemburui aku daripada singgah lebih lama kat blog ni atau untuk meg-online-kan diri.

30hb Disember
Bermula dengan nenek kepada anak sedara (mentua kakak aku @ ibu kpd abang ipar aku) aku meninggal pada 30hb baru nih.. Oleh kerana rumah aku bukannya jauh sangat dari rumah dia, jadi kena gi ziarah gak (dan duduk lama-lama sikit).. dah la hari tu semakan flight perlu dibuat secara calling.. jadi ke hulu, ke hilir aku bawa talipon.. bila calling putrajaya pun kena cari tempat yang takde orang ramai.. mungkin ada orang kata "tak senonoh betul bergayut(sebenarnya asyik mendail putrajaya, tapi tak dpt2) kat rumah arwah.." sakitnya hati bila line asyik busy je.. dalam kul 3ptg, jenazah selamat dikebumikan tapi sewaktu kat kubur, aku still berusaha call bahagian pengurusan sekolah rendah tu. Last-last aku tension, terus calling shahnizal.. saje je tanya khabar.. dan lepas tu aku terus balik rumah cuba nak online tapi memang takde mood sangat nak update blog..

31hb Disember
Rentetan peristiwa murung ni, sibuk pulak dengan kenduri arwah keesokkan harinya.. bila dah sibuk, memang malas nak online. Tapi aku cuba-cuba gak sedaya upaya untuk update blog sendiri atau blog kelas.. 31hb merupakan hari rabu yang tak bersemangat bagi aku. nak kata sibuk, tak lah sangat kot, cuma aku je yang menyibukkan diri. hehehe.. dan sekali lagi aku berusaha cuba call putrajaya dan akhirnya, usop hantor sms suruh aku tanya Atiq.. Alhamdulillah, tau gak bila flight penerbangan aku sekali dengan tempat posting! Walaupun dah malas nak online, aku tetap bukak je internet melalui henset.. dapat tau satu info; boleh check online semakan flight ke sarawak, sabah dan labuan pada 1hb.. (p/s-Online pakai henset lebih pantas daripada mengadap PC; tanpa gangguan adik-adik dan tak perlu meng-on-kan PC)

1hb Januari
Hari ni pulak, ayah aku dah rancang nak buat doa selamat, doa arwah dan sembahyang hajat dengan menjemput orang kampung datang pada sebelah malamnya. Sibuk sikit tolong siapkan pulut kuning dan makanan sebelah siangnya. Bila aku sentuh je PC, ada pulak orang panggil suruh kupas kelapa. Bila dekat aje lagi ngan PC, suruh beli barang. Ngadap je PC beberapa ketika, disuruh macam-macam lagi.. tapi sempat gak aku post entry Ucapan Selamat Tahun Baru kat blog, hehehe...

2hb Januari
Ringkasnya cerita.. aku pegi kenduri kahwin sanak sedara terdekat aku. Tolong tengok orang buat kerja je, aku datang ngan famili satu kereta awal pagi.. petang baru balik. Sempat gak aku online pakai henset... tapi coverage kurang msikit menyebabkan aku malas nak online lama-lama..

Dan hari ni, sibuk berkemas-kemas dan packing barang. Esok, aku gi KLIA dengan abang aku, nasib baik dia tak kerja hari ahad. Kepada rakan-rakan sekalian, doakan kesejahteraan aku.. selamat mendidik di perantauan kepada diri sendiri! Jumpe lagi di lain waktu sekiranya ada kesempatan!

1 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...