nuffnang

NUFF

Jumaat, 18 Oktober 2013

TAKWIM CUTI SEKOLAH 2014 DAH KELUAR!

Takwim persekolahan 2014 boleh diakses di http://www.moe.gov.my/v/takwim-sekolah-2014 secara rasmi.

Cuti sekolah 2014 sangat dinantikan untuk merancang sebarang aktiviti travelling bagi aku.. hehe. Tapi susun atur atau pola cuti sekolah ni agak berbeza sikit dengan tahun-tahun sebelumnya. So, takwim cuti sekolah 2015 mungkin sukar dijangka juga seperti tahun 2014. Takwim persekolahan dan cuti umum 2015 klik sini.

Takwim persekolahan dan cuti sekolah ni aku attach-kan sekali kat sini. Pandai-pandai la korang pergi semak calender / kalendar 2014 ye (cari sendiri).


p/s- mutakhir ni, aku malas la nak ber-blogging. kenapa entah?
#kejap, kau mampu guna perkataan 'mutakhir'? hahahaha

Ahad, 1 September 2013

TRAVEL: KOREA SELATAN, PERLU KE GWIYOMI? PART 25 (DRAF ITINERARY DI JEJU)

Lama tak tulis pasal travel ke korea baru ni. Alrite, aku sambung balik cerita yang terbengkalai.

Ada pulak orang tanya pasal itinerary aku kat pulau jeju. Okey, aku akan share kat sini. Tapi perlu diingatkan bahawa, itinerary ini adalah draf semata-mata dan mengikut kemampuan aku sebagai seorang lelaki yang gagah perkasa mengharungi perjalanan/kembara secara solo!

klik untuk besarkan gambar. Ini adalah draf sahaja, dan mungkin aku sorang je yang faham isi kandungannya..

Hokeh, kat bawah ni draf itinerary aku. Lenkali aku share yang actual pulak. Ada la sikit-sikit berubah dengan yang sebenar. Aku gunakan draf ni sebagai panduan je.

D
Time
Activity
exp.
remark
1
0800
Boarding


1600
Imigresen, T-money
30,000

1830
Gimpo --> Take a bus 100 from Jeju airport to Jeju intercity bus terminal
1,000

2000
Terminal bas to Seongsalliipgu bus stop
3,000
Dongilju bus to Seongsan
2200
Hotel
55,000
*Dinner AA
2
0500
Seongsan Ilchulbong
2,000
*0524 sunrise
0700
Breakfast


0730
Seopjikoji (adm;Free) by taxi
10,000
*return taxi fare
0845
Checkout


0900
Taxi (hire 9am-5pm) Nature tour!
130k

0945
Manjanggul(2,000), + *Maze (3,300)
5,300
*Gimnyeong Maze Park
1100
Depart to Sangumburi crater


1145
Sangumburi (20min)


1215
Depart to Seongeup folk village = SFV


1300
Lunch, SFV (45min)South Gate→ Yeonjamae (ox-pulled millstone) & Gopyeongo’s old house→ Gosangeun’s old house→ Bangjuk→ Jeongeuihyeon→ zelkova tree & hackberry tree→ lgwanheon (ancient administration building)→ Leeyeongsuk’s old house→ Jeongui Hyanggyo→ Hanbongil’s old house→ South Gate

*lite lunch: maggi cup or instant rice with tuna magic

see: the black lava rock walls, the straight but curvy alleys to block the wind, and the stone grandfather statues (Harubang)
1400
Go to Jeongbang Falls


1500
Jeongbang falls (20min)
2,000

1530
Cheonjiyeon falls (20min)
2,000
07:00 - 23:00
1600
Jusangjeolli cliff (20min)
2,000
08:00 - 19:00
1630
Cheonjeyeon falls (20min)
2,500

1700
Depart to Jeju-si


1800
Mysterious road


1830
Check-in SUM GH


1915
Yongduam rock(24 hrs)
take any airport bus except No. 200,300 and get off at Yongdam 2-dong Office. Walk 15 min. Taxi Approx 15 min
Free

1,000
4,000
*1940 sunset
bound for jeju-si Jungang-ro.
Get off at Yongdam Rotary
1945
Dongmun market

7:00 - 20:00
2000
Dinner,


2100
Back to GH



3
0430
Breakfast


0500
Depart to Mt. Halla


0600
Yeongsil -starts from Yeongsil Rest Area. 1.volcanic rocks collectively (Yeongsilgiam)  2.crater wall of Hallasan Mountain
Witsae-oreum Shelter

3.7 kilometers long
1 hour 40 minutes
*Pass Sajebi Hill to glass of mineral spring water
0745
Eorimok - 3 hrs Eorimok Valley, Sajebi Hill (altitude 1,423m), Manse Hill (altitude 1,606m), Witsae-oreum Shelter (altitude 1,700m) and the south cliff beltway up to the south cliff junction(altitude 1,600m), covering a total of 6.8km

1100 Bus(35min)
08:00, 09:00, 10:00, 11:00, 12:20, 13:40, 15:00
Hallasan National Park Visitors Center -- Eorimok valley -- Sajebi Hill -- Manse Hill -- South cliff junction
1030
Bus to terminal
1,700

1130
Jeju terminal


1200
Love land( fare adm:9,000 ) +taxi
19,000
10min from the Jeju International Airport

1330
Lunch, Check-out GH


1510
Depart to Gimpo (fr jeju airpt)


1630
Gimpo

Line No. 5 to Gwanghwamun Station (Exit #6)
1715
Gwanghwamun (buy night course)
Seoul City tour bus - Infront donghwa duty-free
5,000
Line5Exit#5 to Jonggak line1 exit#6 (350m)  to Jongno-5ga exit#3
1800
Kimchee Dongdaemun GH

Map GH (Jongno-5ga exit#3)
1815
KD GH - ikan bakar (1000m)
#Dinner
#Take metro

7,000
#refer map
1900
Dongdaemun St. → Jonggak St.(exit#5) walk 80m to Cheongyecheon streams, turn right, pass 2bridges (400m), plaza turn left, ahead to Gwanghwamun st. exit#5 cross to exit#6 (donghwa duty-free shop)


2000
Seoul City tour night course
Gwanghwamun→ Mopo Bridge→ Yeouido→ Seogang bridge(island)→ Seongsu bridge→ Hannam bridge→ NSeoul tower→ Namdaemun market→ Cheonggye plaza

1hr 30min
Walk to cityhall plaza (350m) take exit#4/5 city hall line1
2230
Back to GH: City hall→ Jongno 5ga






Khamis, 29 Ogos 2013

BIAR PUTIH GIGI, JANGAN PUTIH TULANG. ERR?

Pernah sekali ketika dulu, bekas anak didikku tulis kalimat ni. Sepatutnya biar putih mata, jangan putih tulang. Ini kerana kurangnya pendedahan terhadap pribahasa dan pembacaan bahan ilmiah.

Sebenarnya, aku nak cerita pasal gigi. Okey tak buat mukaddimah macam tu? hehehe..

meraka datang dengan pacuan 4 roda ini..

Sudah tiga hari pasukan dari klinik pergigian saratok berkampung di sekolah aku. Perkara ini adalah rutin bagi pihak kementerian kesihatan untuk memastikan setiap tahun murid-murid sekolah rendah mendapat rawatan pergigian yang sewajarnya.

Ingat lagi tak korang sewaktu kecik-kecik dulu? Bagi mereka yang berumur sebaya atau sekitar umur aku pastinya akan mendapat perkhidmatan percuma ini ketika di bangku sekolah dulu kan?

Ada yang menangis tak mahu jumpa doktor gigi. Kawan-kawan selalu memomokkan jarum yang besar akan disuntik di gigi membuatkan hati menjadi gerun. Playar yang memulas gigi dan disentap dengan kuat tidak kurang juga menghantui fikiran ketika itu!

Tapi, aku nak bangga sikit la kat korang semua.. *buat gaya penuh eksyen!*

Ketika sekolah rendah dulu, gigi aku tak pernah dicabut dan ditampal! Perkara ini berlarutan sehingga sekolah menengah. Pendek kata, aku jumpa doktor gigi hanya untuk diperiksa atau dibersihkan sahaja! No cabut-cabut or tampal-tampal!

murid pra-sekolah juga menjalani rawatan gigi


Seolah-olah situasi yang lalu wujud kembali apabila aku melihat anak-anak murid menghadapi kehadiran team klinik pergigian ini!


Ahad, 25 Ogos 2013

CUMA 4 JE YANG HADIR!

Pagi kelmarin aku masuk kelas dengan langkah bergaya. Sebagai guru kelas tahun 4 yang berdedikasi *sila percaya 100%*, aku akan mencatatkan kehadiran murid.

Apa? 4 orang je yang datang sekolah? Mana yang lain?

*berlakon macam tak percaya, sebenarnya memang dah dijangka!

Biasa lah, bila 'mereka' ini dah balik ke rumah, konfirm liat nak datang sekolah semula, maklum lah murid-murid ni duduk asrama. berapa kerat sahaja ibubapa yang sanggup hantar anak pada hari sabtu, sekolah ganti ni.


Tapi, kat sini kita dah boleh tahu ibubapa siapa yang lebih prihatin tentang pelajaran anak-anak mereka!

Khamis, 22 Ogos 2013

MONSTERCHEF: RESEPI LEMANG, RENDANG & KUAH KACANG ALA GRENJANG

1 Ogos, Dewan Makan SK Nanga Grenjang

*Ini adalah entry terakhir pasal Monsterchef 2013, lepas ni boleh la aku sambung balik entry pasal korea pulak yang tergendala sekejap tu!

Sempena penutup program monsterchef yang disertai oleh chef dina, chef ijan, chef hanis, chef azizi dan chef fahmi (aku sendiri), kitorang dah berpakat nak masak sama-sama diakhir program ni.

Maka, cadangan memasak lemang adalah sangat dipersetujui kerana bahang hari raya makin terasa di hujung ramadhan kan? Kebetulan, pada malam itu adalah malam tujuh likur! Err, kami masak awal lagi, bukan petang mahu pun malam tetapi tengahari! *kering tekak ketika jaga api lemang*

Nak buat lemang ni tak perlu banyak bahan. Cuma kena tahu cara dan teknik yang betul je, kalau tidak mungkin lemang tak masak, mentah, terlampau berkerak dan paling tidak lemang masak tapi berderai!

 


Resepi Lemang ala Grenjang

Bahan-bahan
3 kilo beras pulut
3 biji kelapa
garam
buluh lemang
daun pisang 

Cara Memasak
1. Buluh lemang dibersihkan. Jangan pilih buluh yang terlalu muda sebab mudah mengecut dan mudah pecah ketika proses memasukkan pulut dan ketika dibakar.


2. Rendam beras pulut sekurang-kurangnya 3 jam. Kemudian tos-kannya. Ketepikan.


3. Gulung daun pisang dan masukkan ke dalam buluh. Ketepikan.



4. Perah santan. Pastikan ianya pekat jadi guna sekali perahan (tak pakai banyak air). Tambah sikit air dalam santan yang pekat tu. Masukkan garam. Part ni kena alert sikit. Biarkan rasa santan itu sangat masin. Diulang.. SANGAT MASIN. Setakat terlebih masin sikit masih tak cukup!


5. Dengan menggunakan sudu, masukkan beras pulut yang ditos tadi ke dalam buluh. Setiap 3, 4 kali beras dimasukkan dalam buluh, hentak perlahan-lahan supaya beras pulut turun padat ke bahagian bawah buluh.

6. Tuangkan santan yang tadi ke dalam buluh sehingga kira-kira 2 atau 3 inci dari aras beras pulut dalam lemang.

7. Bakar lah lemang. jangan sampai hangus sebelah tau. Macamana nak tau lemang dah masak? Mula-mula, santan kat bahagian atas buluh akan kering, (takde buih-buih yang gelegak tu) pastu, ambil satu lemang dan bukak je (bahan ujikaji)..hehe.




*I cerita pasal buat lemang dulu, lenkali I sambung balik cerita pasal cara nak buat rendangnya dan kuah kacang pulak ek.. sorry..



Resepi Rendang Ayam Grenjang








Resepi Kuah Kacang







p/s- Menu tambahan: 
Pansuh Ayam dan Lemang Rebus



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...