nuffnang

NUFF

Ahad, 9 Disember 2012

TRAVEL: TRIP PADANG BUKITTINGGI (RANCAK BANAR!) I

Disebabkan aku tak menulis/catat short-note pengalaman ke sana selama 5H 4M, jadi kena taip cepat-cepat sikit, takut lupa. *bunyi cengkerik* lambat gak taip entry!

Okey, ini adalah kali kedua aku ke sana. Cuma kali ini aku pergi berkumpulan.  Kami pergi berlima; sorang kumbang dan empat bunga. Jadi aku dengan sesuka hati bagi gelaran geng 1K4B (~geng IKAB). Aku sebagai mastermind dan ketua kumpulan (lantik sendiri) yang mana disertai oleh perajurit-perajurit berikut, kak suri, umi, siti intan dan kakcik.
"walau beribu-ribu foto yang diambil, takkan sama dengan mata sendiri yang melihat"

Itu adalah ungkapan yang tepat untuk trip kami ni. Tak habis-habis sebut "oo..comey nya!". Memang indah sangat hoccay! MasyaAllah, indah sungguh ciptaan-Mu.. Sepanjang trip ni, 4 danau(tasik) yang kami jengah.

Cakap banyak tak guna. Baiklah terus pada penceritaan pengalaman trip kami:


3   D i s ,   I s n i n  ( H a r i   P e r t a m a )

Pesawat kami jam 7.50 pagi, sempat lagi bersarapan kat Cafe Taste of Asia kecuali aku. Aku dah makan nasi lemak kat FoodGarden Lcct.

Oleh kerana kesesakan trafik di landasan, flite kami agak lewat berlepas. Jam 8.10 pagi baru berlepas. Dalam perut kapalterbang, aku habiskan banyak masa berbual. Cik umi sempat tidur sampai terlepas nak mintak kad departure/arrival & borang pengisytiharan kastam yg perlu diisi utk memasuki Indonesia

Bandara Internasional Minangkabau

Pesawat mendarat jam 8.10 am dengan jayanya. Barang diingat, waktu di sana sejam lebih lewat daripada waktu Malaysia. Berpandukan pengalaman, imigresen kat bandara(airport) Minangkabau memang lambat sikit, jadi aku segera beratur untuk mengurang waktu berbaris.

Sebaik melepasi imigresen, bagasi kami dicari oleh kakitangan airport untuk dikumpulkan dan diserah. Yang peliknya diaorang minta tip! Aku cukup geram, sedangkan itu merupakan tugas mereka. Kami memang tak ada duit kecil, note paling kecil pun 100,000 rupiah! Tak habis-habis dia ekori kami mintak tip sehingga kami keluar dari balai ketibaan pun masih lagi macam tu. Dengan nada geram, aku suruh je kak suri kasi rm1 kat dia. Cukup tak cukup, lantak lah! Dan lepas tu terus senyap..

Kat airport ni juga lah first time backpack aku digeledah. Geng-geng yang lain tak. Memula cuak jugak la, tapi lepas dia senyum dan nampak mesra, terus aku rasa tenang. Walaupun beg digeledah tapi aku tak tensen pun sebab cara petugas tu periksa beg aku dengan cukup baik. Siap berborak-borak mesra lagi sambil menggeledah. Dia tak sepah-sepahkan pun baju-baju dalam beg tu.

Bila dah berada di luar balai ketibaan, Pak Uncu iaitu supir kami tak muncul-muncul. Mengikut sms yg aku terima, katanya dia dah sampai airport. Pastu, ada sorang pakcik ni asyik push kitorang guna khidmat pengangkutan dia.. dalam keadaan tercari-cari pak supir, ada pulak orang yang menyibuk! Sampai lupa aku ada no.tel tempatan yang masih aktif (aku beli kat Bali 2,3 minggusebelum ni).

"Pak mahu mobil?"

"Tak mengapa, kami sedang tunggu  supir"

"Saya bisa tolong, mana supirnya? kalau nggak ada bisa naik mobil saya"

"Err, sekejap ya.. memang kami udah janji. Nanti datang lah pak supir kami"

"Pak, guna aja ni. Nelpon pak supir kamu"

Pandai taktiknya, suruh aku guna hensetnya call pak supir kami. Kalau tak dapat dihubungi, konfirm kami terhutang budi dan terima khidmatnya pula.

Tut...tut..tut... telefon diangkat!

"Assalamualaikum pak Uncu, di mana bapak?"

"Oh, iya.. saya sudah berada di parkir bandara, di mana kamu..?"

Belum habis berbicara, kami sudah nampak kelibat masing-masing berdiri leka melekapkan henfon di telinga. Ucapkan terima kasih pada pakcik yang meminjamkan telefon, dan terus menuju ke pak supir kami.

Sempat juga posing di parkir sebelum beredar meninggalkan bandara (airport). Mulalah sesi beramah mesra sebaik sahaja mobil bergerak.

Batu Malim Kundang, Pantai Air Manis

Arah tuju pertama kami adalah ke pantai Air Manis. Di situ letaknya batu malim kundang. Kalau di Malaysia persamaannya adalah si Tanggang yang derhaka. Malim Kundang juga sama, disumpah jadi batu oleh ibunya.


Sepanjang perjalanan ke sana, kami melihat suasana kota Padang yang sibuk walaupun pernah di landa gempa bumi suatu ketika dulu. Sukar untuk temui bangunan yang rosak akibat gempa terdahulu kerana kebanyakkannya telah dibaikpulih, malah banyak hotel dibina dengan gah dan ada juga yang masih dalam pembinaan!

Laluan kami menyusuri jalanraya di pesisir pantai. Kami melewati jambatan Siti Nurbaya. Kata Pak Uncu, kawasan tersebut cuma meriah pada sebelah malam. Benar, walaupun kami tak menjejak kaki atas jambataan konkrit tu, pada waktu siang ianya kelihatan seperti jambatan biasa sahaja.

Nak sampai ke Pantai Air Manis terpaksa melalui jalan berbukit dan bengkang bengkok. Dan sebaik tiba di sana, kami diminta membayar sejumlah wang untuk masuk ke situ. Pak Uncu cuba untuk mengelak membayar, katanya itu tempat awam. Tapi kami mengalah juga, namun dengan membayar kurang daripada bayaran sebenar! hehehe..


Batu malim kundang bukannya mengujakan sangat. Namun, kepuasan melihat dengan mata sendiri itu sudah memadai. Kat sini ada gerai makan dan juga deretan kedai jualan cenderamata. Kalau mahu dapatkan t-shirt bertema 'Padang' seperti I Love Padang, cari sahaja di sini.. (kalau di bukittinggi, susah mau jumpa). Kena pandai tawar menawar tau!

Padang-Pariaman-Maninjau

Hohoho.. nampaknya perut si Siti Intan mula berkeroncong si endang endong sebaik sahaja mahu beredar dari pantai air manis tu. *disumpah Malim Kundang kah?* Jadi Pak Uncu nak bawa kitorang gi makan dulu kat area kota Padang.

Kami melantak nasi padang sepuas-puasnya. Seperti yang pernah aku ceritakan sebelum ini, nasi padang ni merupakan nasi putih biasa yang dihidangkan bersama hampir berbelas-belas lauk di atas meja. Pilih sahaja lauk yang kita mahu, lauk yang tidak terusik tidak akan dikira/masuk dalam bil. Kos makan siang kami berenam (termasuk pak Uncu) sejumlah 136rb rupiah. Sekali dengan 1 gelas jus jeruk, 2 jus alpukat dan 1gelas teh es. Err, aku nak komen sikit pasal masakan kat restoren ini. Terlalu masin! Juga kurang ummph! Kalau kami dapat bertahan sedikit, Pak Uncu mahu bawak ke restoren yang lebih sedap di Pariaman. *mampukah siti intan bertahan? rasanya sempat jadi batu dulu kot, hehehe..*

Stop solat dulu then meneruskan perjalanan melalui Pariaman. Pariaman terkenal dengan penduduknya yang suka berniaga. Rasa-rasanya, ada tak kilang yg buat kain sulam kat sini? Kalau ada, pasti murah giler kan?

Pemandangan sepanjang laluan padang-pariaman tipikalnya rumah-kedai-kebun tak putus-putus. Perjalanan hampir 3jam sebelum sampai ke maninjau itu membuatkan semua orang mengantuk termasuk pak supir kami.

Ditegaskan di sini, kami tidak menuju terus ke Bukittinggi dari Padang tetapi membuat lencongan ke Maninjau melalui Pariaman. Kami mahu bermalam di Maninjau!

Kenapa maninjau? kenapa??? Apa menarik di situ?

Danau Maninjau

Melewati 3 jam perjalanan, akhirnya kami memasuki wilayah Maninjau. Terasa kedinginan udara segar di luar sebaik sahaja pak Uncu menurunkan cermin tingkap kereta. Maha Agung Allah, pemandangan sawah padi di kaki bukit dan hamparan danau(tasik) maninjau yang membelah laluan kami sungguh indah tak terkata!

Mata kami disajikan dengan kekuasaan & kebesaran si Pencipta yang mana kehijauan padi dan ketakjuban danau, hampir setengah jam kami susurinya sebelum tiba di rumah penginapan.

Danau maninjau adalah salah satu tasik yang terletak di Sumatera Barat (Sumbar) dan merupakan tasik kedua terbesar di Sumbar selepas tasik Singkarak. Tasik ini terbentuk akibat kesan letusan gunung berapi sehingga membentuk kawah. Kawah inilah akhirnya menakung air dan membentuk danau Maninjau. *Takjub tak aku bagi penerangan ala-ala pakar geologi?*


Menurut Pak Uncu, sekali sekala belerang dari dasar danau keluar dan menyebabkan kerugian besar kepada nelayan yang membela ikan dalam sangkar. Tau tak, kat danau juga ada pantai? *pengsan* Sebenarnya cuma pasir bukit ditepi danau yang kelihatan seperti pantai kecil.

Kami tiba di Mutiara Danau Maninjau Boutique Guesthouse selepas pukul 5 petang. Check-in dan letak barang kat situ. Kesian pak Uncu keletihan memandu. Aku mempelawanya tidur di bilik sementara kami berlima keluar menjelajah pekan kecil Maninjau.

Mutiara Danau Maninjau Boutique Guesthouse

Sebelum aku bercerita tentang aktiviti kami sebelah petang di Maninjau, elok kiranya aku bercakap serb sedikit tentang rumah tamu ini. Bangunannya terletak di kira-kira 70 meter dari simpang utama pekan kecil Maninjau. Lokasinya, jika anda dari Bukittinggi, turun melalui 44 kelok dan bila sampai di simpang empat Maninjau ambil jalan ke kiri dalam 70 meter, letaknya sebelum rumah tamu pillei.

Kami memang mementingkan bajet, mahu yang murah aja. *matilah dianggap kedekut* Terdapat bilik yang ada aircond(A/C) dan tv. Kami? Pilih aja bilik tanpa kedua-duanya. Tak perlu aircond sebab ada kipas dan danau maninjau sudah maklum dingin. Tv? Nehi..nehi.. kitorang tido awal. kalau nak tengok tv jugak, kat ruang tamu pun ada sebenarnya.

Bilik kami selesa. Kami ambil 3 bilik standard. Masing-masing ada satu katil queen. Bilik kami terletak di aras 3. Hotel ini best sebab pagi-pagi kami boleh menjenguk keluar di anjung tinjau (satu aras dengan bilik) untuk menyaksikan panorama & keindahan tasik maninjau! Sungguh tenang dan mendamaikan..

Harga setiap bilik adalah 125rb rupiah. Tiada makanan berat sebagai breakfast disediakan kecuali kopi/teh. Kopinya perlu dibuat sendiri. Rasanya? Sungguh nikmat!

Pekan Kecil Maninjau

Baiklah, sambung semula aktiviti sepetang kami. Kami keluar dan sasaran utama kami adalah makan! Makan bakso. Gerai bakso tu kami dah nampak dalam perjalanan menuju ke hotel. Sampai je kat situ, masing-masing order bakso. 5 mangkuk bakso tapi aku lain sikit, aku mintak campuran mie-ayam (mee pangsit) dimasukkan dalam bakso. Predict lah rasa bakso ni? Marvelous tau!

Oh ya, sebelum kami keluar, pak Uncu ada pesan mencuba kerang tasik. Kerang yang direbus cuma 1ribu rupiah je (sekitar rm0.35). Tapi kami berlima takut nak cuba. Bagi aku, kerang tu macam etok-etok di sungai kampung aku je bentuknya. Mungkin benda yang sama!



Tak ada apa yg menarik di pekan kecil ini. Deretan kedai banyak juga termasuk rumah penduduk asal. Kat sini ada juga money changer dan mesin atm. Sayangnya, mesin atm itu merupakan kepunyaan bank tempatan, bukan cimb niaga atau maybank.

Leka kami memerhatikan anak-anak pulang dari sekolah. Mahu diajak bergambar, tapi malu-malu pula. *Mula-mula diorang nak, pastu tukar pikiran. Dengan selambanya berlari-lari anak tinggalkan kami terkebil-kebil..hahaha* Habis pusing-pusing, kami pegi beli makanan kat mini market. Beli roti tapi keras! hahaha.. Makanan ni untuk dikunyah di hotel nanti dan sebagai sarapan keesokkannya!

Balik bilik aku tengok pak Uncu masih ketiduran. Capek bangat ya pak? Mana taknya, dia bangun seawal 5pagi terus menjemput kami di airport kemudin bawak kami dari padang sampai ke manijau. Kebetulan malam tu dia tidur jam 2 pagi kerana ada hal. Cuma 3 jam aja sempat dia tidur!

Kami sampai di bilik hampir maghrib. Jadi sempat menyaksikan matahari terbenam di sebalik bukit-bukit. Danau maninjau kelihatan kemerahan bersama sang mentari di ufuk *chewahh..ayat romantika giler!*



Sebelum bersihkan diri dan menghadap si Pencipta, aku kejutkan pak Uncu. Dia bangun dan turun ke bawah (hisap rokok barangkali) sementara aku dan kakcik berlepak-lepak di anjung.

Jam hampir 8 malam, aku turun ke bawah dan berborak ringkas dengan pak uncu. Yang lain? Entah.. kot-kot dah tidur? Aku tahu pak supir kelaparan.

"Pak, udah kelaparan?"

"Iya, pak Fahmi udah makan?"

"Kami berlima sudah makan bakso petang tadi. Tak apa kalau bapak mahu saya temankan"

"Oh, begitu ya!", sahut Pak Uncu ringkas.
"Pak Fahmi usah khuatir, saya bisa sendirian"

Jadi, aku biarkan saja tanpa teman. Mungkin aku berkain pelikat maka pak Uncu rasa macam menyusahkan pula kalau ajak menemaninya.

Aku layan sekejap tv di ruang tamu. Agak-agak dah bosan, aku naik ke bilik. Tidur. Kemudian, aku tersedar pak Uncu masuk ke bilik tapi aku malas nak buka mata & mulut. Pak Uncu bermalam dalam kamar aku sekali. Aku yang ajak. Dah bagitau awal-awal lagi. Memang planning aku. Kenapa? Rumah pak Uncu letaknya di Bukittinggi, jadi agak jauh Maninjau dari situ. Biarlah dia bermalam sekali dengan kami. Menjimatkan masa!

*bersambung lagi..

3 Dis, Isnin (Hari Pertama)
4 Dis, Selasa (Hari Kedua)
5 Dis, Rabu (Hari Ketiga)
6 Dis, Khamis (Hari Keempat)
7 Dis, Jumaat (Hari Kelima)

dan juga..
BACA SINI - kisah pengembaraan solo aku ke Padang-Bukittinggi yg lalu

p/s- ada pulak geng aku tanya pasal pak uncu ni. nak guna khidmatnya ke? recomended la bagi aku..

Contact number Pak Uncu (supir):
No.tel:  +6285263050669


7 ulasan:

  1. Hi, thanks for the info, it's really useful!

    BalasPadam
  2. saya ke bukit tinggi padang bulan oktober lalu..supir nya pak unchu,lawak banget dia,tenang aja pak! jika diberi peluang saya nak ke ranah minang lg..tak nyesal jika supirnya pak unchu hihi...lwatla entry saya aisyahpadang.blogspot.com..happening kan!

    BalasPadam
  3. Asslamualaikum Tuan/Puan.

    Sesiapa yang nak melawat ke Padang dan Bukittinggi jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami menyediakan PAKET TOUR DAN PENGKHIDMATAN KENDERAAN SAHAJA UNTUK LAWATAN PADANG DAN BUKITTINGGI dengan harga yang sangat berpatutan dengan driver yang mesra, educated, baik hati, sopan, suka menolong dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pengkhidmatan pada pelancong dari Malaysia.

    Kami berusaha menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna dengan famili dan rakan-rakan di masa percutiannya bersama kami.

    Our motto : We serve you with heart

    Wassalam
    Contact person :

    1. Amsyahril
    ( Director )
    Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )

    2. Riko Adryansyah
    ( Tour & Transportation Manager )
    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )

    BalasPadam
  4. Perkenalkan kami Sinar Alam Wisata tour and travel di Padang Indonesia,bila tuan/puan nak bercadang bercuti dipadang bukit tinggi indonesia kami menyediakan perkhidmatan pakej percutian dan sewa pelbagai kereta dengan harga jimat dan servis paling ok.
    nak bertanya sila tempah talian dibawah ini :
    Wassap -- +6285356000747
    Emel -- sinaralamwisata1409@gmail.com
    Website -- www.sinaralamwisata.com

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...