Okey.. dah lama tak update. Hari ni kita belajar sains sikit. Biologi. Pasal darah. Sebelum tu, aku nak share kaitan jenis darah terhadap perwatakan manusia. Mungki tak berapa tepat sangat, dan kalau sama sekali pun, jangan terlalu taksub pula. Perwatakan manusia banyak dipengaruhi oleh banyak perkara kan? Apepun manusia boleh berubah! *bertukar! aku mahu jadi oltromen..hehe*
Darah O
#Keinginan yang kuat untuk jadi pemimpin/ketua.
#Jika inginkan sesuatu, individu ini akan berusaha mencapai matlamatnya walau dengan apa cara sekalipun.
#Adakalanya bersifat kuat cemburu.
#Terlalu kuat untuk bersaing hinggakan mungkin merosakkan diri sendiri.
#Dinasihatkan supaya mengawal tekanan dan bijak mengawal emosi.
Darah A
#Keamanan dan keharmonian adalah matlamat dalam hidupnya.
#Gemar melakukan kerja-kerja berkumpulan dan bermasyarakat
#Bijak bergaul dan mudah diterima oleh orang di sekeliling
#Sikap sensitif, sabar dan prihatin serta bertimbang rasa melambangkan individu ini dikategorikan sebagai memiliki keperibadian penyayang.
#Kadang kala terlalu degil & terlalu fokus pada kerja hingga mengabaikan diri sendiri
#Jangan terlalu leka pada kegemaran/kesukaan dan memandang rendah pada perkara remeh
Darah B
#Sempoi dan lebih selesa pada kesederhanaan
#Jujur dan gemar berterus terang(meskipun kadang kala menyakitkan hati orang lain)
#Gemar melakukan perkara mengikut kehendak diri dan cara sendiri.
#Individu yang kreatif dan fleksibel serta bijak bersosial
#Sikap yang enggan mendapatkan pertolongan orang lain, kerap menyusahkan diri malah orang di sekeliling. Jadi pandai-pandai menilai!
Darah AB
#Tenang dan bijak mengawal emosi
#Kadang kala bersikap dingin tapi terkawal
#Sentiasa menghormati orang lain dan mudah didampingi
#Memiliki sikap humor dan sering kelihatan ceria namun kadangkala cepat juga moody
#Sukar membuat keputusan dengan cepat & tepat
#Perlu berani membuat keputusan, hindari keputusan yang dipengaruhi oleh orang lain
Apepun, korang tau tak aku darah jenis apa? Apa? Darah kacukan? *Matilah dituduh Pan-Asia.. Pengsan!* Hei korang, nak main tuduh pun biarlah bertempat.. tau la nak mengutuk aku. Ye la, aku ngaku.. kulit aku gelap. full stop!
Itu lah korang, tak minat sangat subjek biologi.. aku dulu-dulu pun terpikir juga cemana kakak aku berdarah O. Jadi selepas belajar biologi, aku dah tau jawapannya. Rujuk artikel kat link wikipedia ni ye:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan