nuffnang

NUFF

Sabtu, 22 Disember 2012

TRAVEL: TRIP PADANG BUKITTINGGI (RANCAK BANAR!) III

5   D i s ,   R a b u   ( H a r i   K e t i g a )

Okeh, hari ketiga ni kami tak guna khidmat supir Pak Uncu. Konsep hari ni adalah free & easy. Aku sengaja rancang macam ni sebab yang utama adalah dapat menjimatkan kos. Tambahan pula, aku memang dah tahu serba sikit tempat-tempat menarik sekitar Bukit tinggi.

Hotel Orchid

Sebelum aku bercerita lebih lanjut pasal aktiviti pada hari ketiga ni, aku nak beri bayangan sikit tentang penginapan kami di Bukittinggi. Aku telah menempah selama 3 malam di Hotel Orchid ni. (sila sebut orchid = orcid, bukan "orked" tau!).

Kami sengaja pilih bilik murah. Harga satu bilik double/twin cuma 125rb rupiah satu malam. Sekitar rm42. Kalau dah murah macam tu, maknanya dalam bilik tak ada aircond dan air panas. Tapi bagi kami dah cukup selesa. Lagipun Bukittinggi kan dingin. Setiap pagi, hotel ni menyediakan air kopi/teh dan toast (roti bakar jem blackcurrent) secara percuma. Ada wifi gratis (free) juga di lobi! kalau nak guna seterika (iron), request aje kat kaunter.


walaupun bilik bajet (tanpa aircond) tapi tilam & katilnya masih selesa

Ada almari bercermin. Ada tv tapi tak dapat on. Dalam almari disediakan sejadah juga walaupun hotel ni dekat je ngan masjid 

 Kat luar tingkap ni ada balkoni. kalau bukak tingkap ni awal-awal pagi terasa macam aircond masuk ke dalam bilik

 Bukak pintu toilet terus jumpa sinki. hujung sana tu kolah mandi dan jamban cangkung.

Kebersihan toiletnya agak kurang sikit sebab tak berkilat. Overall masih tak menjijikkan bagi aku.


keseluruhannya, hotel ni selesa dan bersih walaupun bajet. Ada khidmat dobi kalau mahu, dan kalau korang blur tak tau nak pegi mana, hotel ni ada menyediakan khidmat tour. Harganya aku taktau la. Berdasarkan pakej/tour yang ditawarkan tu, bagi aku cukup menarik juga. Lokasi hotel ni pun tak jauh dari jam gadang jika dibandingkan jarak hotel nikita/kharisma ke sana. Kedudukan hotel ni bukannya terletak di jalan raya utama. So, takde la bising sangat dengan trafik.

Baiklah, lupakan sekejap pasal penginapan ni. Pagi-pagi lagi aku dah terkejut dari tidur. Azan memang jelas sekali kedengaran dari bilik aku. masjid just beberapa puluh meter je dari hotel. aku buka tingkap, terus angin dingin menerpa masuk ke bilik. Nyaman. Kubah masjid pun jelas kelihatan.

Usai solat dan mandi, mata aku tak leh lelap. Jadi kebosanan pulak duk dalam bilik. Kadang-kadang aku keluar ke beranda hirup udara segar dan snap gambar gunung merapi (err, bukan gunung singgalang ke?). Apa-apa lah. Jadi aku turun awal ke lobi tunggu geng-geng yang lain sambil meng-online-kan diri. Wifi hotel ni boleh tahan laju.

Lubang Japang & Taman Panorama

Setelah berkumpul dan menikmati kopi serta roti bakar, kami berjalan kaki ke destinasi pertama kami; iaitu Taman Panorama. Di sini letaknya Lubang Japang. Lebih kurang 15 minit berjalan, kami sampai di pintu masuk Taman Panorama ni. Bayaran masuk hanya 3rb rupiah seorang.

Bergambar dulu kat pintu depan Lubang Japang. Nak masuk ke dalam kena bayar lagi. Tapi kami tak masuk. Supir kami Pak Uncu pun belum pernah masuk ke dalam, alasannya cemana tiba-tiba berlaku gempa, habisla terperangkap kan? Betul jugak kata dia.

Lubang Japang ni sebenarnya adalah terowong yang dibina oleh orang jepun pada suatu ketika dulu. Dalam tu ada jugak bilik dan penjara. Suasana dalam tu nampak macam menyeramkan jugak la kalau jalan sorang-sorang. Aku agak je..

Dari taman ni, kita boleh nampak dengan jelas ngarai (canyon) yang terbentuk di kawasan tu. Ngarai Sianok memang mempersona bagi aku kerana benda ni tak da kat Malaysia. Korang ni tau tak ngarai ni apa? *Apa tak tahu? Pegi sumbat mulut dengan buku geografi sekarang!*

Dah puas menyaksikan semua tu, kami bergerak ke deretan kedai servenir. Kalau korang nak shopping kain sulam/baju bajan kat sini tak digalak kecuali untuk beberapa item. Kat sini senang nak cari fridge magnet. Harganya agak murah berbanding tempat lain. Enam ketul dalam 45rb rupiah (rm15). Kena pandai tawar la. Lukisan kat sini pun cantik dan murah. Item-item yang lain tak recomended beli kat sini.

Dihujung deretan kedai ni, ada menara tinjau. Okey jugak kalau nak bergambar kat sini. Pemandangan nya juga lebih best dari sini kalau nak menikmati keindahan ngarai.

Pasar Atas (pasar ateh)

Sebaik nak jejak kaki keluar dari taman ni, hujan mulai merintik-rintik. Jadi kami cepat-cepat berjalan menuju ke arah jam gadang. Belum sempat sampai, hujan turun dengan lebatnya secara tiba-tiba. Kami menumpang berteduh di sebuah kedai makan. Hujan tu tak lama, kami redah juga sebaik sahaja ia kembali reda.

Ingat mahu bergambar di mercu tanda Bukittinggi iaitu Jam Gadang tetapi hujan masih lagi merenyai maka kami bergegas naik ke Pasar Atas. Kami naik ke tingkat atas bangunan tu dan mata kami terus disajikan dengan kain sulam yang cantik-cantik. Tak boleh beli lagi ni, kena servey dulu. Memang banyak kedai kain kat sini dan banyak sangat pilihan kain. Coraknya pun bervariasi. Rambang mata? Tak usah cakap la bagi keempat-empat geng aku tu!

Tapi! kain kat sini tak semurah di Pasar Aur Kuning yang kami pegi kelmarin. Cuma Pasar Aur kuning ni, kalah dari segi variasi kain sulamnya. Kalau korang betul-betul nak beli kain sulam kat pasar atas ni, tawar la habis-habisan ye! Apepun, kami seronok lagi shopping di Pasar Aur.

Perut terasa lapar setelah beberapa ketika ronda-ronda pasar atas, dan misi kami seterusnya mencari kedai makan. Kami memilih makan nasi padang lagi


Taman Margasatwa dan Budaya Kinantan

*Dipetik dari Wikipedia* Taman ini atau yang lebih dikenal dengan nama Kebun Binatang Bukittinggi adalah salah satu kebun binatang di pulau Sumatera, yang terletak di atas Bukit Cubadak Bungkuak Bukittinggi, provinsi Sumatera Barat, Indonesia.




Taman Marga Satwa dan Budaya Kinantan ini juga merupakan salah satu kebun binatang tertua yang ada di Indonesia, dan satu-satunya di Sumatera Barat, dengan koleksi haiwan terlengkap di pulau Sumatera.

Kebun binatang ini dibangun oleh pemerintahan Hindia Belanda ditahun 1900-an, dengan nama Stormpark (Kebun Bunga). Pembangunan kebun binatang ini dirancang oleh Gravenzande, Controleur belandayang bertugas di kota Bukittinggi pada waktu itu. Pada awal pembangunannya, Taman Margasatwa dan Budaya Kinantan ini hanya berupa taman yang belum mempunyai koleksi binatang, kemudian beberapa koleksi hewan mulai dimasukkan kedalam taman tersebut, dan barulah pada tahun 1929 tepatnya pada tanggal3 Julitaman ini dijadikan kebun binatang dengan nama Fort De Kocksche Dieren Park atau Kebun Binatang Bukittinggi oleh Dr. J. Hock.

Pada tahun 1935, di area kebun binatang ini dibangun Rumah Adat Baanjuang (Rumah gadang) bergonjong gajah maharam, yang mempunyai 9 ruang dengan anjungannya di bagian kanan dan kiri.



Kemudiannya lagi, terjadi perubahan nama dari Fort De Kocksche Dieren Park menjadi Taman Puti Bungsu. Dan pada tahun 1995 melalui peraturan daerah No. 2 Tahun 1995 juga terjadi perubahan nama dari Taman Puti Bungsu menjadi Taman Marga Satwa dan Budaya Kinantan.

Fort de Kock di atas bukit

Ada meriam kat depan Fort de kock tu

Kebun binatang yang juga menjadi objek wisata andalan di kota Bukittinggiini dihubungkan oleh Jembatan Limpapeh dengan objek wisata benteng Fort de Kock. Letaknya yang tidak jauh dari pusat kota, menjadikan kebun binatang ini menjadi daya tarik tersendiri bagi para wisatawan yang mengunjungi kota Bukittinggi.














Aku pergi ke kebun binatang ni sendirian sahaja, tanpa geng yang lain. Mereka naik hotel rehat & solat dalam bilik dan aku guna kesempatan ini terus ke situ selepas solat di masjid berdekatan hotel tu. Hotel Orchid dan kebun binatang ni tak jauh pun! Aku kat situ dalam 40 minit je. Jenuh nak round kawasannya.

Pasar Aur Kuning (second time)

Next, kami gerak ke pasar aur kuning. Naik angkot je. Shopping sakan!
-terminal,beli buah, jam 4
-balik bilik, beli ubat, pasar atas, jam gadang
-makan bakso ramayana


*bersambung lagi..

3 Dis, Isnin (Hari Pertama)
4 Dis, Selasa (Hari Kedua)
5 Dis, Rabu (Hari Ketiga)
6 Dis, Khamis (Hari Keempat)
7 Dis, Jumaat (Hari Kelima)

dan juga..
BACA SINI - kisah pengembaraan solo aku ke Padang-Bukittinggi yg lalu

p/s- ada pulak geng aku tanya pasal pak uncu ni. nak guna khidmatnya ke? recomended la bagi aku..

Contact number Pak Uncu (supir):
No.tel: +6285263050669

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



    BalasPadam
  2. Perkenalkan kami Sinar Alam Wisata tour and travel di Padang Indonesia,bila tuan/puan nak bercadang bercuti dipadang bukit tinggi indonesia kami menyediakan perkhidmatan pakej percutian dan sewa pelbagai kereta dengan harga jimat dan servis paling ok.
    nak bertanya sila tempah talian dibawah ini :
    Wassap -- +6285356000747
    Emel -- sinaralamwisata1409@gmail.com
    Website -- www.sinaralamwisata.com

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...