4 D i s , S e l a s a ( H a r i K e d u a )
Aku terbangun agak awal, Pak Uncu di sebelah masih terbungkang. Nyenyak tidurnya. Azan subuh jelas kedengaran dan jam tangan aku menunjukkan pukul 4.45 pagi. Waktu subuh kelihatan awal kerana Waktu Indonesia Barat lewat sejam berbanding Kuala Lumpur.
Mata dah buka, tapi badan tak reti-reti nak bangun. Sudahnya, aku berbaring sambil cuba memanggil semula ingatan tentang tentatif program untuk hari ini. Helaian planning-note aku tertinggal kat rumah. Aku dah siap print sebelum cuti akhir tahun persekolahan bermula lagi! Sememangnya ku gagal untuk me-recall memori aku. Kenapa? Sebab aku terlupa untuk beritahu pak Uncu melawat Muzium Buya Hamka yang terletak di Maninjau! *Korang kenal ke siapa tu Hamka? Penulis nasionalis Indonesia.. dan bagi aku, tak menarik kot? hehehe.. alasan jer!*
Kopi Bukittinggi
Pukul 5.30 pagi, baru aku pergi basuh muka & solat. Usai solat, aku kejutkan pak Uncu. Geng lain pun turut bangun, sudah dengar bunyi air dari bilik mandi masing-masing. Pak Uncu bangun dan terus berbual tentang rencana pagi tersebut. Kemudian dia masuk toilet dan aku pula menuju ke anjung tinjau. Mahu menikmati keindahan danau di waktu matahari terbit. Tak lama kemudian, aku perasan kelibat pak Uncu di luar pintu bilik.
Pak Uncu turun ke lobi dan aku juga mengekorinya. Kami ingin bertanya tentang sarapan. Ternyata, pelayan tamu sudah dapat membaca fikiran kami.
"Pak, sebentar ya.. Air kopi dan teh akan dihantar ke atas"
"Bisa serve sendiri?"
Maknanya, kami perlu bancuh sendiri. Minum kopi sambil menghayati pemandangan istimewa dari anjung! Kedinginan pagi itu membuatkan kopi cukup nikmat. Geng yang lain juga sudah berkumpul di anjung. Masing-masing belum mandi tapi rasa excited & kagum jelas terpancar di wajah.
Kakcik berselendang ayu siap posing senang hati berlatarbelakangkan keindahan danau, yang lain tidak mahu kalah juga. *aksi pose-pose maut pun ada* Kak Suri sebenarnya yang bancuh air kopi kitaorang. Rasa kopi sana memang berbeza dengan kopi kita di sini. Sempatlah kami berdiskusi pasal kopi bersama pak Uncu. Hasilnya, semua orang kecuali Umi setuju order kopi buatan tempatan. Harganya 60,000 rupiah per kg. Kira-kira rm20/kg.
Selepas minum kopi dan makan biskut-roti yang dibeli kelmarin, kami bersiap-siap pula. Pagi ni kena check-out. Mahu gerak ke Bukittinggi. *Danau maninjau memang best! terutamanya pasal suasananya. Bikin hati hanyut bersama panoramanya*
Kelok 44
Siap tancap sini, tancap sana dan bermekap-mekap, geng-geng bunga sibuk bergambar lagi. Beg semua dah packing, tunggu nak gerak je. Sesi berfoto sentiasa berlaku sehingga hampir jam 8 barulah beg-beg dimasukkan ke dalam kereta.
Sebelum mendaki dengan kereta kelok 44, ada pasar pagi kat simpang empat Maninjau tu. Rugi pulak kami tak merayap pagi-pagi ke situ. At least boleh tahu barangan setempat yang dijual. Manalah tau ada kraftangan special, kan?
Nak ke Bukittinggi dari maninjau kena lalu 44 kelok tau! Boleh membuatkan orang jadi mabuk kerana laluan yang sangat berliku yang mana terdapat 44 selekoh tajam. Kalau ada 2 kenderaan yang berselisih di setiap kelok/selekoh, salah satunya kena mengalah!
Oh, teringat perbualan lucu antara Kakcik dan Pak Uncu
Pak Uncu: Tahu apa itu kelok?
Kakcik: Ya, pak!
Pak Uncu: Jadi, orang malaysia nyebut 'kelok' tu apa?
Kakcik: Selekoh... Sebut betul-betul, pak! Bukannya Selingkuh!
Pecah perut kami ketawa dalam kereta. Bila sampai dipertengahan perjalanan, pak Uncu berhentikan mobil memberi peluang kami berfoto-foto. Hanya Allah yang tahu betapa indahnya pemandangan dari kelok itu. Tak terucap dengan kata-kata!
Puncak Lawang
Aku dah bagitau pak Uncu supaya bawa kami ke Puncak Lawang ketika berborak pagi tadi. Dia pun belum pernah sampai ke sana. Puncak Lawang ni letaknya dalam perjalanan menuju ke Bukit tinggi. Pak Uncu memang bersetuju.
Dari Puncak Lawang, kita boleh melihat saujana mata memandang keluasan Danau Maninjau dari jauh. View dari sini memang superb! Cuma kami je ambil gambar pakai kamera cikai & kamera henset. hehehe..
Sepanjang perjalanan ke puncak lawang, kami disaji dengan kebun-kebun tebu yang agak tebal. Kiri kanan ada pokok tebu. Sekali sekala terjumpa sang kerbau bersantai di tepi jalan. Kata pak Uncu, sering juga ke sini untuk membeli gula tebu merah tapi memandu sehingga ke puncak belum pernah lagi.
Seperti biasa, dah sampai puncak jari memang tak henti-henti snap gambar. Sebenarnya kami tak sampai pun ke puncak lawang tu. Puncak Lawang dikatakan milik persendirian. Kalau nak sampai situ kena bayar. Mahal la jugak, kalau tak silap 50rb rupiah seorang! So, kami bergambar kat bawah je. Sesiapa yang nak gliding okey la naik puncak lawang tu kot.
Last-last kami ambil alternatif lain ke Taman Lawang yang terletak agak jauh sikit dari puncak lawang. Bayaran ke taman itu cuma 3rb rupiah sahaja untuk kami berlima! Err, rasanya macam bayar utk parkir kereta kot?
Pemandangan di situ juga tak kurang hebatnya. Cantik! Ada bunga-bunga dan platform untuk view pemandangan danau meninjau. Tak rugi kami skip Puncak Lawang tu. *Kalau free & murah memang kami sambar je! haha*
Matur
Korang pernah tengok orang berburu babi hutan naik lori? *pengsan* Apa, tak pernah? Kami bertembung dengan pemburu-pemburu tu sewaktu menuju ke puncak lawang. Mesti korang terpikir yang pemburu-pemburu tu kejar babi hutan dengan senapang pakai lori kan? Tidak..tidak.. imiginasi korang meleset sekali. Sebenarnya pemburu-pemburu naik lori bersama-sama sekumpulan anjing. Diaorang naik lori pasal tempat berburu mereka jauh. Babi hutan duduk dalam hutan la, logik ke kejar babi hutan atas jalan pakai lori? hehe..
Perjalanan turun kami pastinya menuju ke Bukittinggi. Kami sempat singgah di kedai menjual kacang tanah panggang dalam kawasan Matur. Di area ni memang terkenal dengan kacang tanahnya. Tak tau la murah ke tak, kami beli sebungkus kacang tanah (dimasukkan dalam plastik lutsinar seperti bentuk polibeg tu) dengan harga 17rb rupiah satu ikat/bungkus. Okey juga rasa kacangnya. Kami jamah sikit je dalam perjalanan tu.
Bukittinggi
Lama jugak la nak sampai Bukittinggi. Kena lalu kawasan berliku-liku juga tapi takde la seteruk melalui kelok 44. Aku seperti biasa, duduk seat paling depan dengan pak Uncu akan berbual-bual tapi bila ditoleh ke belakang, sekurang-kurangnya seorang akan tertidur. Betul tak Siti Intan? *eh, kenapa tanya dia pulak?*
Hawa Bukittinggi memang terasa dinginnya. Kami sampai di sana langsung menuju ke Hotel Orchid. Misi kami nak letak beg dulu sebelum meneruskan aktiviti lain. Di kaunter, aku berbincang dengan penyambut tetamu mengenai bilik. Biliknya sudah tersedia dan kami dibenarkan check-in lebih awal. Alhamdulillah, syukur! Tiga bilik standard ditempah kami. Malangnya, bilik kami di aras 3 dan hotel ni tak sediakan lif.
Lepas masukkan beg ke dalam bilik masing-masing, kami bergegas turun. Pak Uncu sudah merancang untuk membawa kami ke Lembah Harau dulu. Tapi, aku minta dia bawa kan kami ke pasar Aur Kuning dulu. Asyik tengok nature je.. kena suap kelainan juga kan? *Matila.. gi shopping je pun*
Sebelum apa-apa, perut kena isi dulu sebelum shopping ya kawan-kawan! Kami makan nasi padang lagi, letaknya restoren itu tidak jauh dari pasar Aur Kuning. Lauk kali ni memang best berbanding hari sebelumnya. Dan harganya untuk 6 orang makan adalah 130rb rupiah sahaja.
Pasar Aur Kuning (first time)
Usai makan, langsung kami ke pasar aur kuning. Bagai syurga membeli belah; kain-kain, baju-bajan, sulam-sulaman dan blouse-blousan memenuhi lot-lot kecil dalam bangunan pasar ni. Dari pakaian baby sampai la ke kain kapan ada jual di situ *Bab jual kain kapan tu aku tipu okey..* entah-entah ada!
Pak Uncu parking kereta di bahagian hujung pasar. Tak apa, kawasan tu dekat je dengan kedai jual kain-kain. Kalau ikut depan, memang agak jammed dan area terminal tak boleh masuk bagi kenderaan persendirian. Wajah-wajah ceria mula terpampang sebaik sahaja kaki melangkah ke arah pasar Aur.
Aku sengaja masukkan shopping ke pasar aur ni dalam planning untuk hari ini sebab nak servey dulu kawasan & harga kat situ. Nanti boleh aku bandingkan yang mana lebih murah; Pasar Aur Kuning atau Pasar Atas. Esok kami akan ke sini lagi! * jangan cop kami gila shopping tau! *
Laluan lorong dalam pasar aur ni agak sempit sikit berbanding kat pasar atas. Tapi kalau korang nak cari kepelbagaian jenis pakain, sila lah datang ke Pasar Aur Kuning. Kami sempat teroka kira-kira 15% je kawasan pasar ni. Tak lama kami kat situ. * Iye ke tak lama? lebih dua jam gak!*
Konon-konon nak survey aje.. tapi lepas keluar aje dari pasar, plastik berisi kain tak pandai duduk diam; bergayutan di tangan setiap sorang! Rambang mata kerana murah bangat, lagi pun risau kalau tetiba besok tak jadi datang semula.
Dah masuk dalam kereta, otak masih terngiang-ngiang membayangkan kain-kain yang patut dibeli untuk keesokan hari. Siti Intan tak habis-habis menekan kalkulator yang di bawa dari malaysia tau. Kejap convert rupiah kepada ringgit, kejap kira duit yang masih berbaki.. macam-macam. But, sangat-sangat happening la dengan adanya kalkulator tu. Kami semua guna tau!
"Eh, Pahmi.. kita nak gi mana lepas ni?"
"Kita nak tengok benda-benda hijau lagi.."
"Bagitau la, ape kebenda tempat hijau tu!"
"Kekgi (nanti), bila sampai tau la cemana tempat tu.."
Sebenarnya aku pun tak berapa pasti pasal tempat yang dituju tu. Aku ada la terbaca pasal Harau Valley tu. Tempat eko-pelancongan. Kawasan hutan dan alam semula jadi. Aku tak pernah sampai lagi ke situ. Dalam otak aku harap sangat tempat tu cantik dan ada berbeza. Yang pasti, pak Uncu beritahu yang kawasan tu bukan danau.
Lembah Harau (Harau Valley)
Untuk sampai ke Lembah Harau agak jauh juga dari Bukittingi. Lokasinya adalah di kawasan Paya Kumbuh. Kalau bawak kereta sederhana laju, mungkin makan masa sehingga 2 jam. Sepanjang perjalanan ke sana, aku lebih suka perhatikan persekitaran dan atmosfera sesuatu tempat. Seronok lihat gelagat dan aktiviti penduduk di kiri serta kanan jalan. Sekali sekala aku mengajukan beberapa soalan pada Pak Uncu.
Kalau nak masuk ke Lembah Harau, nanti ada tiket yang kena bayar. kalau tak silap 5 ribu rupiah setiap orang. Sebelum tiba di situ, mobil kami telah melalui kawasan sawah padi. Memang cantik pemandangannya. Pak uncu sempat hentikan pemanduannya untuk memberi kami peluang bergambar dengan pola keemasan padi masak di bendang.
Lembah Harau memang sangat menawan bagi pencinta alam. Lokasinya di kelilingi bukit seakan-akan canyon dan air terjun yang muncul dari celah-celahnya amat mendamaikan mata yang memandang! Susah nak jelaskan. Kat sini, bukannya terdapat satu air terjun, tetapi terdapat lebih daripada 3 lokasi air terjun yang berlainan! Pengunjung tempatan kebanyakannya datang ke sini untuk menikmati pancuran air terjun serta berkelah.
Korang pernah tak tengok air terjun si piso-piso di Sumatera Utara, Indonesia? kalau tak pernah tengok gambar ni yang aku google..
Apa kaitan gambar ni dengan Lembah Harau ni? Air terjun Si piso-piso ni amat la tinggi dan ia keluar dari celah batu seperti yang korang lihatkan.Aku cuba kaitakan gambar ni dengan air terjun yang terdapat di Lembah Harau. Walaupun air terjun kat Lembah Harau ni tak de la setinggi air terjun Si piso-piso, tapi kat sini ada banyak air terjun tau. Kami sempat merasai tempias dua air terjun cenggini kat Lembah Harau ni tau.
Disebabkan kawasan ini sudah menjadi tempat wisata, maka banyak kedai-kedai di buka. Ada kedai jual cendermata, ada yang jual pelbagai jenis pokok hutan (ada pokok periuk kera tu!), ada yang jual makanandan lain-lain. Paling banyak, gerai makan! Kami berlima sempat beli jagung panggang. Makan sambil pusing-pusing kawasan. Kami juga solat jamak-qasar di musolla yang ada di situ. *Please.. jangan tanya pasal keadaan toilet di sana*
Supermaket Ramayana
Puas jalan-jalan kat kawasan air terjun tu, kami naik kereta untuk berangkat pulang. Kalau dapat mandi kat Lembah Harau tu best jugak kan? Apakan daya, kami tak bawa baju mandi dan mengejar masa.
Kami dihantar terus ke hotel selepas pulang dari Harau Valley. Sampai aje kat hotel, ketika itu hari masih cerah, mungkin dalam jam 5.30 petang. Kami simpan segala hasil borangan kami di Pasar Aur dalam bilik dan turun ke lobi semula. Kakcik dan Siti intan adalah manusia yang paling tak sabar kumpul di lobi hotel. Excited nak berjalan jalan lagi kah? Tidak! Diaorang berdua nak surf internet sebenarnya. Hanya di lobi sahaja ada wifi tau! Masing-masing sibuk membelek-belek henset canggih di tangan. *Canggih ke?*
Sementara menunggu ahli korum cukup, aku ambil kesempatan ke kaunter untuk bertanya dengan receptionist mengenai kedai makan yang ada di bukittinggi. Aku mintak map dan dia bagi sikit-sikit direction tempat yang sepatutnya. Aku sebenarnya dah tau sikit-sikit kawasan bukittinggi ni cuma takut terkeliru je jadi lebih baik rujuk peta.
Arah tuju pertama kami sebenarnya nak cari kedai makan. Abang kaunter kata, kedai bakso yang best jauh sikit dari hotel, mahu cari yang dekat kena masuk kedai yang jual bakso biasa-biasa aje lah! Kami tak kisah. Kepingin nak makan bakso jugak. Jadi kami cari jugak kedai tu. Tak jauh, cuma di belakang pasaraya Ramayana.
Kami jalan-jalan sampai ke jam gadang. Tak pergi pun situ tapi terus masuk ke Pasaraya Ramayana. Sempat lagi pusing-pusing dalam tu. Ada juga yang sempat shopping. Bukan baju sahaja, makanan ringan pun dirembat juga. Puas mutar-mutar, kami keluar ikut pintu belakang. Alamak, hujan renyai-renyai la pulak! Redah juga cari kedai bakso tu.
Setelah dua tiga kali lalu depan kedai bakso yang sama, baru kami masuk kedai tu. Kenapa macam tu? Abang kaunter tu kata, gerai bakso tu terletak sebelak dengan gerai mee acheh. Tapi kamu tak jumpa pun. Akhirnya, redah je masuk kedai bakso tu. Tak kisah salah kedai pun, asalkan B.A.K.S.O! *Gila punya orang, ghairah sangat nak makan bakso!*
Hujan mula nak lebat. Sesudah aje makan bakso, perut masih lagi nak makan. * Perut tak terdidik nih!* Jadi, kami tak terus pulang ke bilik, sebaliknya masuk semula ke Pasaraya Ramayana. Tak lama kami kat situ kerana nak tunggu hujan reda sikit.
Kami sepakat, ambil kata putus redah aje hujan. Lagipun tak lebat mana. Tapi lenjun juga sebaik sahaja meredahnya! Dengan gaya lari-lari anak dan tak berapa macho. Kami singgah jap kat KFC. Ada yang tapau twisters dan burger. Yang pasti bukan aku. Perut melayu aku nak cari jugak nasi.
Dalam kehujanan tu, sempat juga singgah beberapa kedai di sepanjang jalan. Dan aku pula, pergi beli nasik uduk. Gerai tu kat roundabout dan waktu tu, ramai giler pelanggan kat gerai tu. Dah la hujan, mengigil-gigil aku order dan tunggu nasik uduk tu ditapau. Yang lain tak beli, tapi gi kedai lain. Tapau nasik goreng.
Balik hotel, kami tak terus naik bilik. Kami berlima buat satu forum perdana kat lobi. masing-masing duduk kat kerusi dan membuat pembentangan bajet. Tak ade lah, kami cuma buat kira-kira dan bahagi-bahagikan duit yang digunakan kepada ahli yang sepatutnya. Macam lucu pun ada! Kenapa? Kitorang selamba je cakap kuat-kuat sampai customer hotel lain yang lepak kat lobi senyum-senyum melihat kami. haha.
*bersambung lagi..
3 Dis, Isnin (Hari Pertama)
4 Dis, Selasa (Hari Kedua)
5 Dis, Rabu (Hari Ketiga)
6 Dis, Khamis (Hari Keempat)
7 Dis, Jumaat (Hari Kelima)
dan juga..
BACA SINI - kisah pengembaraan solo aku ke Padang-Bukittinggi yg lalu
p/s- ada pulak geng aku tanya pasal pak uncu ni. nak guna khidmatnya ke? recomended la bagi aku..
Contact number Pak Uncu (supir):
No.tel: +6285263050669

Tiada ulasan:
Catat Ulasan