nuffnang

NUFF

Ahad, 14 Oktober 2012

TRAVEL: BANGKOK (PART 2) ~AYUTTHAYA

Salam semua!

*Gila ini orang sebab baru nak hapdate semula..

Apa-apa pun, sememangnya tabiat aku cenggini. Bukak laptop, sign-in blogger, pikir pikir.. buntu. keluar! haha. Okey baca je la apa yang aku taip ni;

6 OKT 2012
Hari aku ada full day untuk berjalan2. Kelmarin cuma sempat merayau-rayau sebelah malam je. Hajat di hati mahu ke floating market. Tapi, jaraknya jauh, kena keluar sikit dari bandar Bangkok. 

*seluk poket, duit ada 1500baht je. then, gigit jari

Alahai, nak ambil tour pasti duit tak cukup! Cemana ni/? Okey, aku ada plan B. Dah tau diri ni miskin lagi hina, aku terpaksa gi bandar pentadbiran lama siam.. di Ayutthaya. Ayuh..

Tepat kul 7 pagi aku dah siap-siap pakai baju. Bersarapan bekal roti yang aku bawak dulu. Dan pagi tu baru aku perasan yang  'kertas kerja' aku tertinggal. Planning-note tu ada tertulis cara ke mana-mana yg aku dah buat homework. Jadi aku kena bertindak ikut ingatan aku yang berkarat ni. Jadi, detail teperinci ke sesuatu tempat aku konfirm tak ingat.

Aku bukak map, tengok cemana nak sampai ke stesen ketapi Hua Lamphong dari Ramkhamheng. Coret sikit atas kertas. Buat kira-kira masa perjalanan. Capai kamera & henpon serta biskut+air terus keluar dari hotel.

Jam dah kul 7.35am, dengan pantas aku bergegas ke Airport link Ramkhamheng yang terletak bersebelahan hotel. nasib tak baik. Tren dah terlepas sebaik tiba, kena tunggu next tren. Tak lama, dalam 10minit dah datang tren. Naik dan turun kat stesen Makassan. Keluar dari tren ikut orang ramai.. turun ke ground floor  ambil pintu paling kiri untuk ke MRT Phetchaburi.

Jauh jugak la nak menapak ke MRT Phetchaburi tu, dalam 300m kot? seperti biasa, kalau lalu MRT ni kena lalu body scanning gate. Tren tak penuh, jadi aku duduk dengan selesa sehingga sampai ke MRT Hua Lamphong. Dari sini, ke cari signage yang menunjukkan arah mana untuk sampai ke stesen ketapi Hua Lamhong. Laluan jalan kakinya masih dlm bangunan terowong sehingga tembus di bahagian luar stesen ketapi Hua Lamphong. Keluar dari tunnel penghubung tu, jalan je lurus dalam beberapa tapak dan pintu masuk ke Stesen ketapi sebelah kanan je.

Aku smpai kat situ dalam jam 8 setengah pagi kot dan terpinga-pinga. masuk je aku meluru ke kaunter informasi yang terletak dalam stesen tu.

"Morning sir"
"Which and when train should I take to get to Ayuttaya?"

"Err, morning! You go to any counter and buy ticket there"
"Now, early train to Ayutthaya 9.20"

"Oh, the earliest at 20 minutes to nine, right?"

"Yes, yes.."

"Thank you"

Begitu lah lebih kurang perbualan aku. Alamak. Ada 45 minit lebih kurang untuk aku lepak di situ! Aku dah breakfast. Masih kenyang. Jadi aku round dulu keliling kawasan tu. Dah habis pusing sambil otak ligat pikir jarak perjalanan dan planning seterusnya, aku gerak ke kaunter pembelian tiket. Tiketnya adalah 20baht je yang mana perjalanannya sejauh kira-kira 65km. Dijangka akan tiba 1 jam setengah kemudian.

Tiket dah ada di tangan. Hati meronta-ronta nak keluar sekejap dan pusing-pusing area Stesen ketapi Hua Lamphong tu. Tak boleh.. tak boleh.. takut tersesat pulak cemana? Sebab kalau aku ni nak jelajah satu area tu akan cuba cari jalan pulang lain, baru puas! 

*Kalau sesat, pastu kena culik, pastu hilang nyawa cemana? haha..alasan jer tu!

Yang ini, kat kawasan arrival/depart ketapi. Kalau nak tunggu ketapi, kena ikut pltaform yang tertulis kat kertas tiket.

Ada kerusi kat area kaunter belian tiket. Kebetulan ada jualan buku kat tengah-tengah hall menunggu tu.

Tepat jam 9 pagi. Lagu kebangsaan berkumandang. kagum aku dengan orang thai ni. semuanya berdiri!

Ketapi delay sehingga jam 9.35pagi. Di sebabkan train aku adalah third class, maka aku kena duk kat gerabak paling hujung. anyway masih dapat tempat duduk (sebab tak ramai orang). cuma takde aircond.

Tingkap dibuka seluas-luasnya..

Pemandangan laluan ketapi

fokus pada pakcik korea yang duduk kat tengah-tengah gambar ni, nanti aku citer kisahnya..

*malas nak taip lagi.. letih, boleh cenggini? okey, nanti aku sambung lagi kalau rajin..hehe*

Ayutthaya






























5 ulasan:

  1. hahaha. tang nak update blog tu memang malas.

    saya gi Bangkok & Ayutthaya bulan September lepas. sampai sekarang pun belum habis update. HAHA.

    BalasPadam
  2. baru terjumpa blog cikgu. bestnye baca..santai n kelakar. byk info juga. cikgu bila nak cte pasal pakcik korea tu?

    BalasPadam
  3. Terima kasih. ada jugak yang sudi baca blog cenggini..hehe

    Kalau nak sambung cerita tu yang payah.. kena tunggu feel datang baru laju je menaip. hehe. trip ke bangkok ni, saya ada tulis short-note, tunggu masa nak mengarang je..

    BalasPadam
  4. zul, patpong night bazar tu mmg bukak hari2 eh? just nak confirmation sbb planning nak g bangkok september ni. tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya memang bukak tiap-tiap malam.. kalau tak silap la time aku study/buat homework pasal bangkok ni dulu-dulu.

      Selamat meg-explore-kan diri!

      Padam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...